News dari Jakarta

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sudah 3 hari di Jakarta. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Berbagai berita menarik yang sedang berlaku di Indonesia tapi  aku nak berkongsi 2 news yang paling menarik dari Jakarta.

News yang paling ngetop di Indonesia sekarang adalah kasus (kes) Gayus. Gayus adalah seorang bekas anggota pemerintah yang bekerja sebagai pegawai rendah di kator pajak telah dipenjara beberapa tahun kerana kasus korupsi didapati bergerak bebas di dalam negara dan luar negara. Ketika sepatutnya Gayus berada di dalam penjara tetapi beliau didapati menonton pertandingan tenis di Bali dan keluar negara ke Singapore, Malaysia dan Macau. Terdapat juga kasus yang lain dimana seorang pesalah telah dihukum penjara 7 bulan telah mengupah seorang ibu Rp10juta untuk mengantinya menjalani hukuman tersebut. Hebatkan.

News lain yang tidak kurang ngetop juga apabila pemerintah Indonesia bercadang untuk memblokir (block) penggunaan BlackBerry di Indonesia sekiranya syarikat pengendali tidak dapat blokir  situs (website) porno. Di Indonesia BlackBerry antara brand yang paling ngetop. Hampir semua pengguna hp yang aku lihat di Jakarta menggunakan BlackBerry. Cadangan pemerintah nak blokir BlackBerry menjadi perdebatan hangat di TV dan media yang lain.

Bagi aku Indonesia ini kalau diurus dengan baik pasti boleh menjadi negara yang hebat seperti China dan India kerana Indonesia mempunyai sumber populasi yang terbilang sangat ramai tetapi kasus demi kasus melanda Indonesia menyebabkan proses meningkatkan ekonomi sering sahaja tersekat.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

131 Comments

  1. sebagai pengetahuan aja buat kita semua..dan pelajara buat ke depannya muda-mudahan negara ini Adil,maju dan mementingkan rakyatnya.

          1. Dekat Malaysia macam ramai jer guna Nokia ni.. tapi trend menunjukkan ramai yang berminat dengan blackberry dengan iphone. Tapi entah la sangat.

    1. Di Indonesia ada terlalu banyak tempat menarik untuk dijadikan projek pelancungan tetapi malangnya tidak diurus malah dibiarkan begitu sahaja… kalau diurus dengan baik ianya boleh menjadi sumber pekerjaan dan sumber pendapatan kepada negara.

      1. Apa kurangnya dekat sini bro? selalu jer ada projek perlancongan, biasanya projek tu setahun jer kena jaga baik2… lepas tu tak terurus langsung..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!