Negeri yang bercuti Awal Ramadhan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, masa zaman sekolah di Johor dulu memang suka nak menyambut 1 Ramadhan sebab cuti umum. Sebagai gantinya cuti awal Ramadhan maka cuti tahun baru ditiadakan di Johor. Seronok cuti awal Ramadhan kerana dapat berbuka bersama keluarga pada hari pertama Ramadhan.

Mengikut senarai cuti umum Malaysia dan negeri-negeri di Malaysia tiada cuti Awal Ramadan untuk peringkat Persekutuan tetapi ada beberapa negeri yang bercuti Awal Ramadhan iaitu  Johor, Kedah dan Melaka sahaja. Manakala negeri-negeri bercuti untuk Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadhan adalah Kelantan, Kuala Lumpur, Labuan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Putrajaya Selangor & Terengganu.

Kelebihan Ramadhan

Ramadhan adalah bulan paling istimewa untuk Umat Islam kerana terlalu banyak ganjaran yang telah ALLAH sediakan kepada yang mencari. Persediaan yang rapi perlu dibuat untuk menyambut Ramadhan terutama ilmu dengan mengulangkaji ilmu puasa Ramadhan supaya kita mendapat meningkatkan iman dan taqwa. Perancangan jadual kehidupan sepanjang Ramadhan juga perlu diatur setiap saat supaya kita tidak terlalai begitu sahaja sehingga Ramadhan berlalu begitu sahaja. Mungkin kita boleh bahagikan sehari kepada tiga bahagian iaitu 8 jam untuk mencari rezeki, 8 jam untuk beramal dan 8 jam untuk berehat.

pengisian Ramadhan

Menjadi impian setiap orang beriman untuk bertemu dengan Malam Lailatul Qadar, malam yang paling istimewa di bulan Ramadhan. Keistimewaan Malam Lailtul Qadar yang lebih baik daripada 1000 malam menjadi impian sehingga ada yang menjadikan azam tahunan dan terus berdoa kepada ALLAH setiap hari untuk dipertemukan dengan Malam Lailatul Qadar. Ramai yang mencari tips untuk pasti berjumpa Malam Lailatil Qadar dan jika pembaca ada sila kongsikan di ruangan komen.

Dikesempatan ini aku menghulur jari sepuluh memohon ampun dan maaf zahir batin kepada semua pembaca di atas segala kesalahan dan kesilapan yang mungkin telah aku lakukan selama ini. Semuga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini dan semuga ALLAH menambah barakah dan keredhaan kepada kehidupan kita semua yang bakal menjadi bekalan di hari akhirat kelak.

Selamat bercuti kepada yang bercuti awal Ramadhan dan bercuti Nuzul Al-Quran semuga percutian ini dapat memberi peluang untuk meningkatkan amalan sepanjang bulan Ramadhan.


Spread the love

91 Comments

  1. Masya Allah… Indah Nian Ramadhan jika diisi dengan segenap kebaikan… dengan formasi serangan yang dijelaskan ini… Insya Allah segenap kebaikan dapat menghasilkan GOAL di hari kemenangan nanti.. dan mengangkat Piala sebagai Juara Ramadhan Insya Allah di Juara di Hadapan ALLAH SWT…
    Terimakasih sudah berbagi Ilmu yang sangat bermanfaat ini bagi kami…
    Salam Dari Kami….
    Wassalamualaikum
    http://vilaistanabunga.web.id

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!