Assalamulaikum dan Salam 1Dunia, tajuk buat duit memang sangat menarik perhatian ramai. Antara yang mahir buat duit online adalah Cikgu Ahmad Faizal dengan karisma yang sangat berbeza sehingga menjadi mencetus semangat kepada masyarakat blogger. Siapa yang tak nak buat duit? Semua pun berangan-angan nak buat duit banyak melalui berbagai program online seperti affiliate, dropship, ebook, iklan dan sebagainya. Paling mencabar untuk buat duit online adalah mencari peluang yang benar-benar boleh menjana pendapatan kerana di pasaran online ada berjuta peluang dengan berbagai ragam.
Untuk buat duit online perlu ada KEBERANIAN untuk mencuba mencuba mencuba kerana KEGAGALAN berkali-kali adalah guru yang paling baik. Berapa ramai dikalangan kita yang berani mencuba dan berani gagal demi mengapai impian untuk menjadi usahawan online yang berjaya. Kita biasa melihat entri Abang Ensem yang memaparkan akaun bank yang berjuta (siaplah ko kena kejar dengan LHDN) tetapi semua itu tidak datang dengan mudah.
Kita selalu cemburu dengan kejayaan rakan-rakan dan berazam untuk menjadi seperti mereka tetapi kita tidak seyakin mereka apabila mendapat peluang. Apabila kita dihidangkan dengan peluang maka kita akan sediakan 100 alasan dan soalan untuk tidak menyertai peluang tersebut sedangkan mereka yang berjaya tidak pernah berbuat begitu. Sudah tiba masa untuk kita berubah seandainya kita mempunyai cita-cita besar untuk menjadi usahawan online yang berjaya. Kita perlu berani melangkah kehadapan dengan yakin tanpa rasa takut untuk gagal dan terlalu cerewet memilih peluang. Semua kejayaan bermula dengan langkah yang pertama dan bukan semua langkah tersebut berakhir di garisan penamat.
Majoriti yang menunjukan screenshot pendapatan online mereka bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sebenarnya ingin berkongsi peluang kepada ramai rakan-rakan yang saban hari mengeloh kekurang duit. Mereka setiasa berkongsi berbagai peluang perniagaan online seperti aku berkongsi peluang buat duit dengan Klikjer tetapi seperti biasa tidak ramai yang yakin untuk menjadi antara yang pertama.
Berduyun-duyun akan menyerbu peluang apabila sudah ramai membuktikan mereka mendapat pendapatan yang lumayan tetapi kenapa tidak kita jadi antara yang pertama berjaya dengan peluang yang baru. Ramai yang bersemangat bila dicadangkan sesuatu peluang tetapi hanya hangat-hangat tahi ayam sekadar mendaftar tetapi dibiarkan begitu sahaja.
Nak buat duit pun tak yakin macam manalah nak berjaya.
1,285 Comments
Jika kita berusaha dengan yakin, memang boleh buat duit hari-hari. Soalan sekarang mahu atau tidak.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Otak Blurr Tak Tahu Nak Tulis Apa
Jika dah tahu rentak dan selok beloknya.. ianya akan menjadi lebih mudah.. dah macam mesin ATM jer buat duit hari2..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
pokok pangkalnya, hanya terpulang pada diri sendiri samada nak usaha ata tak
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Seronok bila tengok komisen masuk hari2 macam tuh.. malangnya komisen orang.. nampaknya nak kena belajar jugak dengan mereka dah berjaya macam nih..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Memang seronok kalau duit masuk hari2. Sapa yang tak nak duit kan.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Otak Blurr Tak Tahu Nak Tulis Apa
Nampaknya kita juga kena ada mesin buat duit macam nih sekurang2nya satu.. kena mula bertindak nih..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
jeles juga tengok komisen affiliate blogger2 ni kan. tapi boleh bakar semangat sebenarnya
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014
mesti yakin dan rajin..mesti selalu tambah ilmu samada percuma ataupun berbayar
Ilmu yang telah dipelajari perlu sentiasa di asah dan dipraktikkan.. baru tahu ianya berkesan atau tidak..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Ilmu mesti ada. Nak dapatkan ilmu mesti melabur. dah dapat ilmu mesti amalkan. Bukan dibiarkan begitu sahaja tanpa diamalkan isi kandungannya…
Curahan rasa Wira Merah @ ..Otak Blurr Tak Tahu Nak Tulis Apa
Kalau pandai mencari banyak juga ilmu2 percuma yang dikongsikan di internet ini yang boleh kita gunakan.. hendak tak hendak saja..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Diri sendiri kena yakin dulu baru boleh yakinkan orang. Nak yakin kena jana wang dulu dan ada hasil baru boleh yakinkan orang. Apapun kena ada garis permulaan iaitu kena join dulu lah, cakap banyak mcm tin kosong pun tak berguna kalau join pun tidak. Ehe! Maka pakat2 join dan sama2 jana wang.
Curahan rasa Afiffuddin @ ..Buat Duit Selepas Bersara sebagai Sumber Pendapatan
Kalau sendiri pun kurang yakin macam mana nak yakinkan orang kan..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Semua pekerjaan yg paling penting kena ikhlas & jujur.. lagi satu rajin.. PASTI AKAN BERJAYA!
Curahan rasa Irda Bay @ ..VITAMIN UNTUK ANAK ASTHMA
Kalau kita ikhlas dan jujur malah disertai pula dengan usaha yang berterusan pasti akan beroleh hasilnya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
nak buat duit, kena ada ilmu dan rajin, kalau tak melepas la
Curahan rasa Syami @ ..Ebook Percuma Mulakan Bisnes Anda RM2k Sebulan
Zaman kos sara hidup yang semakin tinggi sekarang nih maka semakin ramai la yang nak cari side income..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
titan tu memang otai buat duit la . untung isteri dia nanti.. he hehe
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kini Aku Seorang Penganggur
Hehe.. otai kalau dah tahu cara buat duit memang penuh dengan keyakinan.. bertuah lah badan,,
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Orang melayu mmg cenggitu. Nak buat income pun tak yakin. Dah la tak yakin n tak berani ambik risiko, pastu siap perlekehkan kawan yg nak buat income pulak tu. Pfffttt.
Curahan rasa Mama Izz Zara @ ..Review Skin Care Mary Kay (Timewise Set)
itu lumrah manusia. kecewa dengan orang bersikap sebegitu. tak usaha,tapi jatuhkan orang nombor 1
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kini Aku Seorang Penganggur
Orang yang suka jatuh menjatuhkan nih biasanya tak ke mana.. maybe kecewa dengan keadaan diri dia sampai tak boleh tengok orang lain maju dari dia.
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Setuju dengan pendapat nih..sepatutnya kita kena saling bantu membantu bukan jatuh menjatuhkan..
Sekarang ni kalau ingin mencari ilmu untuk buat duit semua sumber sudah ada di depan mata,cuma mahi atau tidak dan ada juga yang percuma dan berbayar.Pada pendapat saya ,tidak kisah jika keluarkan sedikit modal untuk dapatkan ilmu yang berguna.
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Wazy Network Enterprise Berusia Setahun
Betul tu. Nak dapat ilmu tak boleh kedekut atau berkira kira sangat. Insyaallah ilmu yg dapat kalau diamalkan akan ada hasilnya.
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..5 sebab aku mahu dapatkan review blog percuma dari denaihati dan eizil
What you give you get back. Itulah perumpamaannya. So sila jgn kedekut ilmu ye.
Curahan rasa Mama Izz Zara @ ..Review Skin Care Mary Kay (Timewise Set)
Bro Sobri maksudkan jangan kedekut nak melabur dalam mendapatkan ilmu..bukan kedekut ilmu.. ramai yang tak kedekut ilmu sekarang nih.. cuma nak dapatkan tuh ada yang percuma dan ada yang berbayar..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Melabur dalam ilmu pasti banyak manfaatnya.. mana tahu ilmu yang diperoleh tuh boleh jadi mesin duit kepada kita pula nanti..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Jika ilmu yang dikongsikan benar2 bermanfaat dan dapat membantu, keluarkan modal sedikit pun tak mengapa.. ilmu yang dikongsikan percuma juga berlambak di internet jika kita pandai mencarinya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
usha tangga kejayaan 🙂 usaha tu perlu apatah lagi sekarang nie ramai peniaga online . best nyaa kalau pandai buat duit secara online nie. good luck untuk semua peniaga online 😀
Curahan rasa ayufrhna @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Kalau dah tahu cara memang mudah.. masalahnya ramai yang masih tak tahu cara sebenar buat duit online nih.. tuh yang payah dan jadi tak yakin..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Nasihat dari yg pakar dan tunjuk ajar dari yg pakar merupakan advantage untuk menjana duet through online
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
tak boleh segan silu timba ilmu dr yg lebih pakar. itu kuncinya.
Curahan rasa Mama Izz Zara @ ..Review Skin Care Mary Kay (Timewise Set)
Tapi jangan pula kita berlagak pandai pula bila nak mencedok ilmu dari sifu.. macam tuh guru pun takut nak kongsi ilmu..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Betul tuh..kalau macam tuh kena la belajar dari mereka yang dah terbukti bijak buat duit online..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
ya betul tu , bila kita belajar dari yang sudah berpengalaman , ianya kan menjadi lebih mudah
Nak buat duit through online kena ada ilmu dan keyakinan diri yg tinggi…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Kalau kena gaya dan caranya memang masyuk buat duit di internet nih.. dapat singgit pertama di internet pun dah rasa seronok..
income pertama tu layang baka semangat kita utk terus cuba lagi hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
ya tak dapat na nafikan , keyakinan memang penting sangat sangat tau
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
usaha itu perlu. zaman la ni semua nak senang je. termasuk la diri sendiri.
x semua benda dtg dengn senang, usaha yg berterusan sgt perlu…
Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: Hantaran
Betul tu…macam pepatah yang berbunyi berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke
tepian
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Wazy Network Enterprise Berusia Setahun
Bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian..mendalamalsud tersurat dam tersirat pepatah ini yang berkaitan juga dengan buat duit.
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Wazy Network Enterprise Berusia Setahun
sama la dengan buat duit online ni. mula mula dapat bawah seringgit. tapi lama2 jadi banyak
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014
yep tak ada kejayaan yang datang bergolek. semua kena usaha dulu
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
for me, sy tak suka nak senang secara senang. contohnya nak kaya p usaha sedikit. sy akan rasa lbh puas hati klu usaha sy setimpal dgn rezeki yg dy dpt.
Curahan rasa Mama Izz Zara @ ..Review Skin Care Mary Kay (Timewise Set)
kalau bersusah dahulu sebeleum senang tu lebih manis kan kak. baru kita hargainya
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
Bisnes apa pun kalau nak berjaya kena ada usaha yang berterusan.. kalau setakat hangat2 tahi ayam jer memang susah lah..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
setuju. kalau setakat pasang angan angan tapi tak berusaha pun tak guna
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014
betul tu kan . macam saya la , untung siapa yang lahir memang kaya
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Hasil yang lumayan semestinya hadir sekali dengan usaha keras.. Kalau main2 tak kemana.. Nasihat untuk diri sendiri juga. Huhu
Curahan rasa ummi mra @ ..Tips Senaman Di Rumah Tanpa Perlu Bersusah Payah
betol tu. setuju sgt. buat pape pun, mestilah berserta usaha keras.
Curahan rasa Mama Izz Zara @ ..Review Skin Care Mary Kay (Timewise Set)
Kebiasaannya begitu la.. mudah sangat berputus asa sebelum berjuang.. hangat2 tahi ayam macam mana nak berjaya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Comments are closed.