Nak buat Duit pun tak yakin

Spread the love

Assalamulaikum dan Salam 1Dunia, tajuk buat duit memang sangat menarik perhatian ramai. Antara yang mahir buat duit online adalah Cikgu Ahmad Faizal dengan karisma yang sangat berbeza sehingga menjadi mencetus semangat kepada masyarakat blogger. Siapa yang tak nak buat duit? Semua pun berangan-angan nak buat duit banyak melalui berbagai program online seperti affiliate, dropship, ebook, iklan dan sebagainya. Paling mencabar untuk buat duit online adalah mencari peluang yang benar-benar boleh menjana pendapatan kerana di pasaran online ada berjuta peluang dengan berbagai ragam.

income world of hijab
Contoh pendapatan dari bisnis online

Untuk buat duit online perlu ada KEBERANIAN untuk mencuba mencuba mencuba kerana KEGAGALAN berkali-kali adalah guru yang paling baik. Berapa ramai dikalangan kita yang berani mencuba dan berani gagal demi mengapai impian untuk menjadi usahawan online yang berjaya. Kita biasa melihat entri Abang Ensem yang memaparkan akaun bank yang berjuta (siaplah ko kena kejar dengan LHDN) tetapi semua itu tidak datang dengan mudah.

pendapatan dari world of hijab
Contoh income bisnis online

Kita selalu cemburu dengan kejayaan rakan-rakan dan berazam untuk menjadi seperti mereka tetapi kita tidak seyakin mereka apabila mendapat peluang. Apabila kita dihidangkan dengan peluang maka kita akan sediakan 100 alasan dan soalan untuk tidak menyertai peluang tersebut sedangkan mereka yang berjaya tidak pernah berbuat begitu. Sudah tiba masa untuk kita berubah seandainya kita mempunyai cita-cita besar untuk menjadi usahawan online yang berjaya. Kita perlu berani melangkah kehadapan dengan yakin tanpa rasa takut untuk gagal dan terlalu cerewet memilih peluang. Semua kejayaan bermula dengan langkah yang pertama dan bukan semua langkah tersebut berakhir di garisan penamat.

income affiliate eQurban

Majoriti yang menunjukan screenshot pendapatan online mereka bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sebenarnya ingin berkongsi peluang kepada ramai rakan-rakan yang saban hari mengeloh kekurang duit. Mereka setiasa berkongsi berbagai peluang perniagaan online seperti aku berkongsi peluang buat duit dengan Klikjer tetapi seperti biasa tidak ramai yang yakin untuk menjadi antara yang pertama.

Berduyun-duyun akan menyerbu peluang apabila sudah ramai membuktikan mereka mendapat pendapatan yang lumayan tetapi kenapa tidak kita jadi antara yang pertama berjaya dengan peluang yang baru. Ramai yang bersemangat bila dicadangkan sesuatu peluang tetapi hanya hangat-hangat tahi ayam sekadar mendaftar tetapi dibiarkan begitu sahaja.

Nak buat duit pun tak yakin macam manalah nak berjaya.


Spread the love

1,285 Comments

    1. Ye betol. Mindset mempengaruhi keputusan yg dibuat. Oleh itu, ilmu kena cukup di dada, apabila ilmu dah cukup Insyaallah akan ada keyakinan..perlu igt komitmen juga penting. Nk buat duet bukan senang oi….hehehe
      Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..E-Day: HantaranMy Profile

    2. Betul tu, buat apa apa bisnes sekalipun. Yakin tetap kena ada dalam diri, insya Allah boleh berjaya dalam apa jua bisnes yang diceburi

    1. Betul tu, kena yakin pada kemampuan diri sendiri dan yakin yang rezeki Allah tu luas. Kalau takde rezeki dalam sesuatu bisnes tu, bisnes yang lain ada lagi kan

  1. Saya pun sebenarnya mempunyai keyakinan diri yang kurang untuk buat duit lebih-lebih lagi secara online…sekarang ni sedang mengumpulkan ilmu sedikit demi sedikit melalui pembacaan di internet… 🙂
    Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?My Profile

    1. Alhamdulillah rezeki Allah tu luas, kalau tak dalam bisnes ada la tu kat mana mana Allah nak bagi rezeki. Tugas kita cuma usaha je dan banyakkan berdoa

    1. Ye betul tu. Keyakinan pada diri sendiri tu penting. Even nak gayakan baju pun perlu yakin. Tapi yakin saje pun tak leh jalan gak. Ditambah dengan usaha dan tawakal baru la perfect insya Allah

      1. Ye betul tu. Buat apa apa pun kena yakin dengan kemampuan diri sendiri. Lepas tu, gandakan usaha dan tawakal pada Allah. Insya Allah berjaya.

    1. Haha memang best tapi berbaloi ah depa dapat income macam tu, dah banyak halangan dan rintangan yang diharungi. Berani mencuba tak kenak erti putus asa. Memang salute ahh

      1. Aah betul tu. Dorang tunjuk sebab nak kasi semangat dan dorongan untuk kita supaya ikut jejak langkah mereka. Baru lebih bermotivasi skit hee

        1. Betul tu, kena ada backup plan. Biase la dalam bisnes ni ada turun naik. Kalau dah jatuh sekali dah give up harus morivasi diri ni

      1. Ye betul tu. Sebab tu kalau dah kaya skit jangan cepat puas hati. Kena fikir masa depan, buat perancangan elok elok. Kerja dah berhenti, simpanan plak makin skit. Tak boleh jadi camni

    1. Betul tu. Tengok testimoni orang lain kita pun nak berjaya jugak tapi dalam masa yang sama ada ragu ragu. Hmm memang payah la nak berjaya nampaknya

    1. Hehe mengimbau kenangan lama ni. Memang seronok dapat tengok income masuk berderet deret lagi seronok kalu maintain tiap tiap bulan kan

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!