Assalamulaikum dan Salam 1Dunia, tajuk buat duit memang sangat menarik perhatian ramai. Antara yang mahir buat duit online adalah Cikgu Ahmad Faizal dengan karisma yang sangat berbeza sehingga menjadi mencetus semangat kepada masyarakat blogger. Siapa yang tak nak buat duit? Semua pun berangan-angan nak buat duit banyak melalui berbagai program online seperti affiliate, dropship, ebook, iklan dan sebagainya. Paling mencabar untuk buat duit online adalah mencari peluang yang benar-benar boleh menjana pendapatan kerana di pasaran online ada berjuta peluang dengan berbagai ragam.
Untuk buat duit online perlu ada KEBERANIAN untuk mencuba mencuba mencuba kerana KEGAGALAN berkali-kali adalah guru yang paling baik. Berapa ramai dikalangan kita yang berani mencuba dan berani gagal demi mengapai impian untuk menjadi usahawan online yang berjaya. Kita biasa melihat entri Abang Ensem yang memaparkan akaun bank yang berjuta (siaplah ko kena kejar dengan LHDN) tetapi semua itu tidak datang dengan mudah.
Kita selalu cemburu dengan kejayaan rakan-rakan dan berazam untuk menjadi seperti mereka tetapi kita tidak seyakin mereka apabila mendapat peluang. Apabila kita dihidangkan dengan peluang maka kita akan sediakan 100 alasan dan soalan untuk tidak menyertai peluang tersebut sedangkan mereka yang berjaya tidak pernah berbuat begitu. Sudah tiba masa untuk kita berubah seandainya kita mempunyai cita-cita besar untuk menjadi usahawan online yang berjaya. Kita perlu berani melangkah kehadapan dengan yakin tanpa rasa takut untuk gagal dan terlalu cerewet memilih peluang. Semua kejayaan bermula dengan langkah yang pertama dan bukan semua langkah tersebut berakhir di garisan penamat.
Majoriti yang menunjukan screenshot pendapatan online mereka bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sebenarnya ingin berkongsi peluang kepada ramai rakan-rakan yang saban hari mengeloh kekurang duit. Mereka setiasa berkongsi berbagai peluang perniagaan online seperti aku berkongsi peluang buat duit dengan Klikjer tetapi seperti biasa tidak ramai yang yakin untuk menjadi antara yang pertama.
Berduyun-duyun akan menyerbu peluang apabila sudah ramai membuktikan mereka mendapat pendapatan yang lumayan tetapi kenapa tidak kita jadi antara yang pertama berjaya dengan peluang yang baru. Ramai yang bersemangat bila dicadangkan sesuatu peluang tetapi hanya hangat-hangat tahi ayam sekadar mendaftar tetapi dibiarkan begitu sahaja.
Nak buat duit pun tak yakin macam manalah nak berjaya.
1,285 Comments
Best sebenarnya buat affiliate tinggal nak tak nak je, Kena ada korban skit masa dan usaha untuk mendapatkan hasil yang lumayan dan berbaloi.
Curahan rasa adarain @ ..Namoo On The Park Di Publika Shopping Gallery
masih belum ada masa yang boleh buat fokus benda dengan baik.tapi kalau berminat tiada halangan punya
Curahan rasa cahayacinta @ ..Kisah Tiga Tetamu Yang Hadir Majlis Keraian
apa benda kalau sanggup berkorban dan usaha secara luar biasa, insyaAllah boleh berjaya
Curahan rasa JMR23 @ ..Cara berbelanja dengan bijak di akhir bulan. Jimat sehingga 95%.
saya baru je daftar affiliate. baru promote sekali. mungkin makan masa kot baru dapat komisyen
Curahan rasa nikkhazami @ ..Punca Astro Kerap Ulang Siaran
Yang penting kita mencuba. sebab macamana nak tahu ada rezeki ke tak kalau tak cuba kan..:)
Curahan rasa SentiasaPanas @ ..5 Smartphone Berkualiti Tapi Murah Dari China
sentiasa mencuba dan buat sesuatu kalau tiada langkah permulaan mana ada langkah yang seterusnya
Curahan rasa cahayacinta @ ..Kisah Tiga Tetamu Yang Hadir Majlis Keraian
makan masa jugalah. ada buat hari ini dapat ada juga buat bulan depan dapat komisyen paling teruk tahun depan pun boleh dapat. tengok juga kekuatan isinya itu
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Membuat Pau Kukus Atau Pau Bakar Dalam Oven
buat mana yang boleh rasakan yakin boleh buat duit.usaha tangga kejayaan kata orang kita
Curahan rasa cahayacinta @ ..DIY Kasut Macam Retis
Semua orang mahu kaya termasuklah saya…semua orang ada cita2 dan keazaman untuk memiliki duit yang banyak. Tapi, masalahnya, bagaimana untuk kita mengekalkan semangat dan impian kita tu kan…nanti kalau ada peluang, nak juga saya belajar untuk buat duit ni…
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
ramai yang nak kaya tapi hanya yang berusaha aje yg berjaya. perniagaan internet pun sama
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
ada banyak aspek perlu kita tengok cubalah sahaja mana tahu ada rezeki yang tersankut.setiap orang ada keunikannya tersendiri
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Membuat Jubah Princess Cut Polka Dotku Renungan Matanya Tajam
itu perkara biasa tapi niat sudah ada elok mulakan dari sekarang sementara keinginan nak kaya ada.
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 19/2014_RWG – Ice Age Adventure
Ramai blogger hebat di Malaysia kalau serius nak menjana income melalui blog. yang penting rajin belajar..;)
Curahan rasa SentiasaPanas @ ..Gempar Anak Patung Bergerak Sendiri Di Singapura!
kena rendahkan diri kan. sanggup belajar dengan semua orang tak kira blogger terkenal or tidak..
Curahan rasa JMR23 @ ..Cara berbelanja dengan bijak di akhir bulan. Jimat sehingga 95%.
ada yg x yakin,, ada yg yakin, ada yg was-was,, hehehe farra ni yakin, tp takut mcm mna pulak ni,, takut farra ni buat kerja sekerat jalan,, emmmmm mcm mna?
Curahan rasa greenfarra @ ..Birthday Giveaway by Shad
yakin tapi takut..takut tapi tak yakin..kena pandai seimbangkan dua benda tu hehe
Curahan rasa JMR23 @ ..Cara berbelanja dengan bijak di akhir bulan. Jimat sehingga 95%.
macam bestnye…..
tapi…ada tapi….bagaimana nak buat duit tu??
kene p seminar mana2 ke…kalau ada sila la war-warkan ….kongsikan sama2 cara untuk mencari yang lebih tu
Curahan rasa faridah zulkifli @ ..Makanan yang Baik untuk Ibu Mengandung
Denaihati pun selalu wat seminar buat duit dengan blog..boleh join nanti kalau ada tahun depan ni
Curahan rasa JMR23 @ ..Cara berbelanja dengan bijak di akhir bulan. Jimat sehingga 95%.
walau pun dah baca, tapi tetap rasa tak yakin. came ni ha…nampak sangat tak nak majukan diri. huhuhu
Curahan rasa sekilass @ ..Sudah seminggu berlalu. Rindu pula rasanya.
boleh sahaja kalau kita ada kehendak mahu belajar.tahu tahu mestilah wajib dan rajin bertanya agar tidak salah jalan
Curahan rasa cahayacinta @ ..Selamat Menyambut Hari Satu Malaysia Dan Aktiviti Kami Sekeluarga
kena baca dan terus baca..sampai betul betul yakin..tips ni hehe
Hmm makin ramai blogger yang dah tahu buat duit online ni. Perkembagan yang bagus.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Buku Hartanah Mesti Beli
bila blogger dah tahu buat duit online, selain dari menjana pendapatan untuk diri sendiri sebenarnya secara tak langsung akan memberi kesan positif kepada perkembangan ekonomi negara juga
Curahan rasa doulnut @ ..Susah Ke Nak Buat Duit Dengan Affiliate?
ia setuju kalau buat separuh masa pun benda boleh bikin mudah sahaja.perlu bijak dan kedekut dengan masa itu sendiri
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Membuat Pau Kukus Atau Pau Bakar Dalam Oven
rasa seronok dan ada pelbagai nafsu nak membeli jika dapat hasil dari komisyen itu.biasalah manusia ada sahaja keinginanya
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 19/2014_RWG – Ice Age Adventure
satu daya saingan yang sihat antara sesama blogger.yang kurang dapat asah bakat penulisannya selalu akan begitukan
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Membuat Pau Kukus Atau Pau Bakar Dalam Oven
yang mantap akan terus pertahankan segala perkara sedia ada lagi dan lagi.apa pun beljar untuk dapatkan sesuatu yang bermanfaat kita tak akan rugi tapi lebih akan kaya dengan ilmu itu lagi
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 17/2014_Lactacyd Love Your V
berkali-kali tenung income Tuan denaihati.. alangkah bestnya kalau dapat macam Tuan denaihati gak.. boleh tak bagi tunjuk ajar cara nak dapatkan macam income Tuan Denaihati kat atas ni? heee.. sunguh2 ni tauu..
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Nak Sample Percuma PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion & Pixy Radiant Finish tak??
Kena dapatkan trafik ke blog dulu, kalau tak ada trafik, letaklah macam2 banner kat blog atau link… tak menjadi punya.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Baucer Potongan Khas RM50 #MyCyberSale Lazada
macam mana nak dapatkan trafik yang banyak tu? mestilah kena ada ilmu. tiada ilmu buat apapun susah dalam dunia ni.
Curahan rasa doulnut @ ..Susah Ke Nak Buat Duit Dengan Affiliate?
sekarang ni memang tengah usaha untuk dapatkan traffic blog. nak bagi power mcm blog HH. haaha!
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
harap suatu hari nanti teman pun dapat pendapatan lumayan melalui berblog.. semoga Allah makbulkan Aamiinn..
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Nak Sample Percuma PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion & Pixy Radiant Finish tak??
In Sha Allah, semua boleh, yang paling penting ialah income pertama tu … dah dapat income pertama … cuba tgk camner leh dapat, pastu copy paste je sistem yang sama.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Baucer Potongan Khas RM50 #MyCyberSale Lazada
income dari churp2 dan nuffnang dah banyak kali dapat, affiliate aje yg belum. mungkin tak pandai promote kot.
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Yup.. kadang-kadang kita berkongsi apa sahaja kejayaan atau keuntungan yang kita miliki sepanjang berblog ni, bukan senfgaja nak menunjuk2 tetapi sekadar ingin berkongsi dan memberi gambaran kebenaran yang blog boleh mendatangkan keuntungan kepada si penulis sekiranya kita pandai menggunakan ia utnuk keuntungan
Curahan rasa Tengkubutang @ ..3 Pesakit dan Ceritanya…
Orang yang berjaya semestinya mereka yang yakin , sekali jatuh mereka bangkit kembali
Curahan rasa mrsfiza @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
yea.. segalanya memerlukan usaha dan semangat yang kental untuk mencapai satu kejayaan.. hemm.. Impian teman juga nak dapatkan income melalui blog dengan jumlah yang agak banyak juga.. tetapi tak tahulah kesampaian ke tak hajat teman tu..
Curahan rasa Tengkubutang @ ..3 Pesakit dan Ceritanya…
manakala yang gagal tak bermakna gagal selamanya. kegagagalan adalah satu pengalaman
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Seronok tengok blog orang lain dapat rezeki masyuk begini..InsyaAllah suatu hari nanti akan kubuktikan jua…semoga dipermudahkan olehNya…Amin..
Curahan rasa JAWATAN KOSONG TERKINI @ ..IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN GURU DAN PEMBANTU MURID
Semoga berjaya..jadikan blogger blogger yang berjaya itu sebagai panduan..mereka selalu berkongsikan tips
Curahan rasa mrsfiza @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Erkkk!! Sentap pulak kita. Dari haritu ckp nak join affiliate world of hijab ni tp smpai skrg x join2. HAritu ada try bukak page tu, tp try klik utk register x jadi pun. Last2 KIV dulu. Pastu asyik busy dgn mcm2 hal..huhu. Nak try buat lagi la. InshaAllah,
Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..The Maze Runner.
Kadang-kadang apa yang kita rancang tak semuanya dapat berjalan mengikut kehendak kita.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Oleh itu, banyakkan bersabar dan ikhtiar untuk cuba lagi. In sha Allah, semoga Allah permudahkan urusannya. 😉
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Kadang-kadang, ada hal yang lebih utama, yang harus kita dahulukan dan diberi sepenuh komitmen.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
kalau kita usaha banyak mana sekali pun tak semestnya kita akan dapat apa yg kita nak. tapi kena try dlu
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Semoga berjaya dan dipermudahkan..mana tahu rezeki sis kat world of hijab
Curahan rasa mrsfiza @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
saya yakin dapat buat duit dengan blog, tapi saya tak yakin saya dapat menulis dengan baik.. but slowly keyakinan itu datang bila ada idea untuk menulis. bukan senang nak jadi senang, tapi lagi senang nak jadi susah.
Curahan rasa AlamHati @ ..#MYCyberSALE Lazada Malaysia Tawar Diskaun Sehingga 95 Peratus
Yup saya pun percaya blogger dengan blognya boleh buat duit bribu ribu sebulan. Tapi, bila datang kat diri sendiri, saya jadi tak yakin sebab dengan pengalaman berblog yang setahun jagung,
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 28 | Andainya…
harini pengalaman boleh di beli. baca je kisah kisah mereka yang dah berjaya. explore macam mana mereka boleh berjaya. semuanya di hujung jari harini 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Pengalaman mereka yang telah berkecimpung lama dalam bidang ini sedikit sebanyak mampu menginspirasikan kita. 😉
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Kerana pengajaran dan guru yang berharga buat kita ialah pengalaman lalu.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Dan pengalaman masa lalu jugalah yang akan mematangkan diri kita pada masa hadapan.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
betul tu, den banyak baca kisah2 mereka yang telah berjaya. den percaya suatu hari nanti pasti ada biografi buku kejayaan team denaihati 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Untuk berjaya, kita memang perlu cari mentor yang sesuai.. seseoarang yang memang bijak dalam dunia keusahawan dan mempunyai profail terbaik yang berjaya dalam dunia bidang biznes dan keusahawan ni..
Curahan rasa Tengkubutang @ ..LINDA RAFAR — MENUNGGUMU DI PINTU SYURGA
betul tu, mentor ada di sekeliling kita, tapi yang paling sesuai dengan kita mungkin ada satu je. choose wisely 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Fatihahfazlin, insyaAllah.. kalau ada usaha dan yakin.. kita bole buat duit melalui blog.. teman terpandang satu blog tu.. follower tak ramai mana.. tetapi income dia dalam berblog.. wahhh… lagi bvanyak dari teman kot.. rezeki orang berusaha namaanya tu kan..
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Nak Sample Percuma PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion & Pixy Radiant Finish tak??
setuju dengan ayat terakhir tu. malangnya ramai choose to senang jadi sudah.. 🙁
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Mcm sy, idea utk menulis ada. Tapi masa utk menulis tu yg jarang ada. Last2 idea berlalu mcm tu je. Rugi pulak rasa, Tapi nak buat cmne, tuntutan kerja. Huhu..jd sy menulis bila ada kelapangan shaja.
Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..The Maze Runner.
Idea dan ilham itu terlalu luas skopnya untuk kita perolehi dan terokai.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Idea boleh dicari di mana-mana, pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu kita sakit kepala memikirkan atau brainstorming.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Kadang-kadang, ilham itu kita perolehi secara spontan tanpa kita yang sengajakan.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Betapa hebatnya kurniaan akal fikiran yang Allah berikan kepada kita untuk menjana ilham.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Kemahiran menulis entri yang baik dan skil menjana pendapatan yang efektif merupakan dua entiti yang saling melengkapi.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Untuk menguasai kedua-dua kemahiran ini bukanlah perkara yang mudah, terutamanya kepada pelapis baharu.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Namun sekiranya ada kelapangan dan kesungguhan yang tinggi, tidak salah untuk kita pelajari dengan lebih mendalam.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Kepada bloggers yang berkelapangan mungkin boleh menyertai bengkel penulisan blog di luar sana. 😉
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Biar kita membuat pelaburan sedikit demi mendapat ilmunya, kerana kesannya juga mempengaruhi hasil yang kita ingini. 😉
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
buat duit dengan blog memang amat mudah, tapi nak dapatkan duit yang banyak melalui blog.. fuh.. amat-amat mencabar kot.. memang benar, hanya penulis yang berbakat sahaj laayak kot untuk mendapat income seperti tu.. contohnya seperti Tuan denaihati, sifu Hasru hassan, AE dan ramai lagi.. kagum teman dengan kejayaan semua..
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Nak Sample Percuma PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion & Pixy Radiant Finish tak??
mudah sebab ada sistem. kita tak perlu bina la sistem tu. persoalannnya, bagaimana kita gunakan sistem tu 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Dulu ada juga rasa tak yakin boleh buat duit secara online. Tapi sekarang dah ramai berjaya dan terbukti memang boleh buat duit.
Curahan rasa Anarm @ ..Setiap Yang Bernyawa Pasti Akan Merasai Mati
wow, bro msti tergolong antara yang berjaya dalam buat duit secara online harini kan? 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
Buat duit di internet nih ada pelbagai cara.. kena bijak memilih mana yang sesuai dengan jiwa kita..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
setuju tu. kalau main ikut je, tapi xde minat xde guna gak. last last ke laut la jawabnya
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Jualan buku Big Bad Wolf di Seremban
betul tu.. heeee.. sepanjang berblog.. teman dah merasa ratus2 jugak hasil berblog.. (err.. ratus2 je?.. hee.. banyak bagi teman.. )
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Nak Sample Percuma PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion & Pixy Radiant Finish tak??
saudara Anarm, bolehlah kongsi tips dengan kami semua tentang mendapatkan income melalui ber blog ni yea? heee
Curahan rasa Tengkubutang @ ..Nak Sample Percuma PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion & Pixy Radiant Finish tak??
Comments are closed.