Nak buat Duit pun tak yakin

Spread the love

Assalamulaikum dan Salam 1Dunia, tajuk buat duit memang sangat menarik perhatian ramai. Antara yang mahir buat duit online adalah Cikgu Ahmad Faizal dengan karisma yang sangat berbeza sehingga menjadi mencetus semangat kepada masyarakat blogger. Siapa yang tak nak buat duit? Semua pun berangan-angan nak buat duit banyak melalui berbagai program online seperti affiliate, dropship, ebook, iklan dan sebagainya. Paling mencabar untuk buat duit online adalah mencari peluang yang benar-benar boleh menjana pendapatan kerana di pasaran online ada berjuta peluang dengan berbagai ragam.

income world of hijab
Contoh pendapatan dari bisnis online

Untuk buat duit online perlu ada KEBERANIAN untuk mencuba mencuba mencuba kerana KEGAGALAN berkali-kali adalah guru yang paling baik. Berapa ramai dikalangan kita yang berani mencuba dan berani gagal demi mengapai impian untuk menjadi usahawan online yang berjaya. Kita biasa melihat entri Abang Ensem yang memaparkan akaun bank yang berjuta (siaplah ko kena kejar dengan LHDN) tetapi semua itu tidak datang dengan mudah.

pendapatan dari world of hijab
Contoh income bisnis online

Kita selalu cemburu dengan kejayaan rakan-rakan dan berazam untuk menjadi seperti mereka tetapi kita tidak seyakin mereka apabila mendapat peluang. Apabila kita dihidangkan dengan peluang maka kita akan sediakan 100 alasan dan soalan untuk tidak menyertai peluang tersebut sedangkan mereka yang berjaya tidak pernah berbuat begitu. Sudah tiba masa untuk kita berubah seandainya kita mempunyai cita-cita besar untuk menjadi usahawan online yang berjaya. Kita perlu berani melangkah kehadapan dengan yakin tanpa rasa takut untuk gagal dan terlalu cerewet memilih peluang. Semua kejayaan bermula dengan langkah yang pertama dan bukan semua langkah tersebut berakhir di garisan penamat.

income affiliate eQurban

Majoriti yang menunjukan screenshot pendapatan online mereka bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sebenarnya ingin berkongsi peluang kepada ramai rakan-rakan yang saban hari mengeloh kekurang duit. Mereka setiasa berkongsi berbagai peluang perniagaan online seperti aku berkongsi peluang buat duit dengan Klikjer tetapi seperti biasa tidak ramai yang yakin untuk menjadi antara yang pertama.

Berduyun-duyun akan menyerbu peluang apabila sudah ramai membuktikan mereka mendapat pendapatan yang lumayan tetapi kenapa tidak kita jadi antara yang pertama berjaya dengan peluang yang baru. Ramai yang bersemangat bila dicadangkan sesuatu peluang tetapi hanya hangat-hangat tahi ayam sekadar mendaftar tetapi dibiarkan begitu sahaja.

Nak buat duit pun tak yakin macam manalah nak berjaya.


Spread the love

1,285 Comments

    1. apa lagi kalau tak kenal encik pondok kecil rajin juga buat duit ya. semua bagus dalam bidnag baut duit itu bagus mereka jadi contoh kepada kita nak belajar buat duit dari blog
      Curahan rasa cahayacinta @ ..HILANG dan gILAMy Profile

      1. Keberanian dan semangat perlu datang seiring. Nak buat apa2 pun, mesti bersemangat dan berani. Sy ada kenal beberapa individu yg jenis malu dan tak yakin nak buat side income. Mcm sy sendiri mmg byk buat side income. Tp ada beberapa kawan yg jenis malu dan tak ada keyakinan nak buat semua tu. Last2 dorang bergantung dgn duet gaji tetiap bulan je…
        Curahan rasa Rosni Emilinda Mat Yamin @ ..The Maze Runner.My Profile

  1. keberanian nak menceburi sesuatu bidang memang sangat penting, kalau tak berani kita mungkin masih berada di belakang je, sedangkan org lain berlumba-lumba nak berjaya. Andai tersungkur awal, cubalah sekali lagi jadikan kegagalan tu utk memotivasikan diri sendiri. Percaya dengan diri sendiri, cari seberapa banyak ilmu dan usahakan. Inshaallah kejayaan menjadi milik kita.
    Curahan rasa Murni Mohd Yusof @ ..Latihan Industri di PDLD (Part 5)My Profile

  2. Mentor juga penting sebagai pembakar semangat dan panduan untuk kita melangkah ke jalan yang betul dalam bisnis ni. Jadikan kejayaan mereka sebagai panduan untuk kita berjaya bina duit dengan betul.

  3. Penting untuk rancang dari awal, misi, visi bisnis kita sendiri. Agak tidak tersasar dari fokus utama kita iaitu buat duit. Tidak salah jika gagal sekali. Kerana kegagalan adalah kunci utama juga pada kejayaan.

  4. Memang ramai yang telah berjaya buat duit dengan blog. Boleh google screenshot earning yang dikongsikan. Dengan nuffnang pun salah satu cara buat duit. PG juga berjaya buat duit dengannya.

  5. Dalam apa-apa hal sekali pun kita haruslah ada keyakinan supaya ia tidak menjadi hangat-hangat tahi ayam seperti yang bro katakan di dalam artikel ini . Bagi saya ,selain keyakinan , kita juga haruslah mempunyai semangat yang berkobar-kobar dan tidak mudah putus asa di dalam buat duit secara online atau offline .
    Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Wordless Wednesday #97My Profile

    1. orang yang tak yakin dengan diri sendiri memang susah nak buat duit.. sebenarnya dalam setiap diri kita semua ada potensi yang luar biasa cuma kena yakin je dengan apa yang kita buat, InsyaAllah akan membuahkan hasil.. kunci utama dia cuma yakin, dan iringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh tanpa putus asa.. yakin apa yang kita buat tu akan ada hasilnya..
      Curahan rasa Cetusan Suara @ ..Cabaran Affiliate eQurban, Tempah Lembu Korban Secara OnlineMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!