My name is KHAN

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tanpa aku sedari meleleh setitik air mata selepas menonton movie “My name is KHAN” lakonan hebat Shahrukh Khan dan Kajol. Aku bukan sedih kisah dalam movie ini tetapi sedih mengenangkan nasib umat Islam yang menetap di negara yang diperintah bukan Islam seperti apa yang dikisahkan dalam “My name is Khan”. Sedih mengenangkan bagaimana umat Islam harus berjuang untuk hidup di Palestine, Kemboja, China, India, German dan lain-lain negara.

Kita umat Islam di Malaysia tidak pernah menghargai nilai kebebasan beragama yang kita kecapi. Kita umat Islam di Malaysia terus berpolimik dan bertegang urat dari isu yang kecil hinggalah isu yang asas. Kita umat Islam di Malaysia dari ahli politik, ahli agama hinggalah rakyat biasa terus bersengketa menegakkan ideologi yang diperjuangkan dengan membelakang secara tidak lansung Allah swt. Sampai bila??

Jika kisah “My name is Khan” kisah umat Islam disisih di Amerika. Tetapi hari ini 18/10/2010 “German chancellor Angela Merkel says immigrants without Christian values have no place in her country“.

Masjid Al Aqsa
Masjid Al Aqsa lambang perjuangan Islam

Adakah demokrasi hanya layak untuk bukan Islam sahaja? Bila Islam mengamalkan Islam katanya terrorist tetapi kalau bukan Islam memperjuangkan agenda mereka katanya demokrasi? Perkara yang sama sedang berlaku di Malaysia atas dasar demokrasi apabila Melayu Islam memperjuangkan agendanya maka katanya Racist. Mungkin aku agak emosi tetapi doa aku semuga Malaysia tidak akan menjadi German suatu hari nanti.

81 Comments

  1. Salam saudara/i sekalian,

    Alhamdulillah, saya pun dah tgk My Name Is Khan.

    Saya hanya nak membetulkan pemahaman saudara/i..kalau kebebasan beragama yg saudara/i nyatakan, maka kita boleh sesuka hati menganut agama yang disukai. Jika hari ini, kita nak agama Islam kita masuk Islam. Kalau tiba2 rasa nak agama hindu, kita anut hindu dsb. Kebebasan beragama juga merupakan 1 perkara yang seharusnya diteliti dengan bijak.

    Kebebasan beragama merupakan 1 daripada 4 cabang kebebasan dalam demokrasi tulen. Saudara ada menyatakan “Adakah demokrasi hanya layak untuk bukan Islam sahaja?” Jawapan saya, iya. Demokrasi bukan dari Islam.. sebab itu wajib untuk umat Islam meninggalkannya..

    Mungkin artikel ini sedikit membantu.

    http://mykhilafah.com/berita-global/2007-demokrasi-adalah-sistem-kufur–hadiah-amerika-kepada-umat-islam-iraq

    http://mykhilafah.com/berita-lokal/2270-surat-terbuka-buat-saudara-besar-indonesia-dan-pakistan

    http://mykhilafah.com/sautun-nahdhah/2101-sn216-kedaulatan-di-tangan-syarak-kekuasaan-di-tangan-umat

    Segala pembincangan, amatlah dialu2kan..
    Curahan rasa wanita mustanir @ ..Just for Make me Smile.. Mode: StressMy Profile

  2. tersentuh jugak tgk cerita tu.. especially part Kajol melaung2 marah kat Khan.. mmg menitis air mata

    semua org kne tgk ni. tp pandai2 la tapis sbb ada part yg salah dari segi syariah iaitu kahwin dgn bukan ahli kitab, sedekah al-fatihah utk nonmuslim dan sbgnya…

    biasalah tu. minda yg matang pasti bijak menilai
    Curahan rasa Faris Al-Muhandisu @ ..Is the Bird AliveMy Profile

  3. mmg unik la cerita ni. tapi sayang realiti tak semudah filem kan. sama2 la kita doa semuanya ok. harap2 Islam di Germany ni boleh dipraktikkan dgn bebas mcm sekarang smpi bila2

    1. kita jangan tengok pengakhir movie ni tapi kisah bagaimana Islam ditekan di negara bukan Islam dan itu adalah realiti sebagaimana yg berlaku di German dan banyak negara lain. Semuga ianya tidak akan berlaku di negara kita di masa depan.

      1. assalamualaikum!
        konsep agama islam memang untuk semua manusia tidak kira islam maupun non-islam. ini memang ada disebut dalam al-quran. maka itu bagi non-islam yang tinggal di negara islam, mereka boleh hidup aman, buat harta sebanyak mungkin tanpa halangan. mengapa? kerana dalam ajaran islam kita dilarang buat kezaliman pada semua orang tidak kira orang itu islam atau bukan islam! dalam quran ada disebutkan, ‘agamamu adalah agamamu, dan agamaku adalah agamaku’, jadi kita tidak boleh memaksa orang bukan islam menganut islam kecuali dengan kerelaan mereka sendiri. itulah keadilan dalam islam! kita memang digalakkan berdakwah, tapi kalau orang bukan islam tidak mau menerima islam, kita tidak boleh paksa. maka itu orang bukan islam boleh aman tinggal di negara islam. tapi di german, apa kata mereka? pendatang yang tidak bernilai kristian tidak ada tempat di german! itu sebabnya orang islam yang berada di negara bukan islam, tidak pernah aman. bukan di german saja! di mana2 saja! lihat di filipina, thailand siam, cina, india dll. tapi cuba lihat kehidupan orang siam, cina dan filipina yang ada di malaysia, indonesia, dll. negara islam! semuanya aman karena agamamu, agamamu, agamaku agamaku. itulah konsep islam sehingga semua manusia tanpa kira agama boleh hidup aman tanpa gangguan. tapi dalam agama kristian lain! konsep mereka adalah semua orang wajib dimasukkan dalam kristian! maka itu orang islam sentiasa diganggu selagi tidak mau menganut kristian. dalam agama yahudi lagilah teruk! mereka menganggap semua manusia selain yahudi seperti haiwan yang tidak berharga yang wajib dibunuh tanpa rasa bersalah dan berdosa. maka itu di palestin mereka buat sesuka hati karena manusia selain yahudi, tidak ada nilai karena menurut mereka Tuhan mereka membenarkan mereka membunuh orang bukan yahudi sesuka hati. allahuakbar! dan tentang kata sdr. semoga di negara kita tidak berlaku seperti yang berlaku di negara2 bukan islam, ya benar itu harapan kita. tapi bagaimana kita boleh menjamin ianya tidak berlaku jika pemerintah islam yang ada di malaysia sendiri seolah-olah memusuhi islam agamanya sendiri? mereka memang islam tapi enggan melaksanakan hukum islam! bagaimana tu? sedangkan hukum islam sebenarnya dakwah islam secara tidak langsung. bila orang bukan islam lihat hukum islam itu adil, pencuri dan perompak tidak ada, maka dengan sendiri mereka akan melihat kecantikan islam sebagai agama yang dikatakan ‘cara hidup’ yang sebenarnya! maka itu kalau kita lihat islam di zaman awal dulu, pemerintahnya saja yang islam, tapi masih banyak rakyatnya yang bukan islam. tapi akhirnya setelah melihat islam itu cantik, maka akhirnya hampir semua mereka menerima islam! tapi apa yang terjadi di malaysia sekarang? setelah lebih 50 tahun diperintah orang Islam, tapi orang bukan islam tetap dengan agama mereka karena mereka tidak nampak kecantikan islam. maka itu mereka tidk dapat menerima islam. bahkan orang yang telah islam pun ramai yang murtad! inilah kesan daripada pemerintah islam yang tidak mau menegakkan islam. di indonesia juga begitu. negara islam paling besar di dunia tapi akhirnya terpaksa melepaskan Timor2 menjadi negara berasingan! mengapa? karena pemerintah islam di indonesia juga tadak mau menegakkan islam yang sebenarnya! besok mereka tanggunglah di hadapan Alllah SWT. marilah kita sama2 berpikir!

  4. Salam perkenalan pada kunjungan pertama. Film ini saya sangat suka sekali. Film yang bagus untuk ditonton.

    Dengan Mengatasi Permasalahan Yang Kecil; Maka, Kita Dapat Mengatasi Permasalahan Yang Besar.

    Sukses selalu

    Salam ~~~ “Ejawantah’s Blog

  5. Memang lah sisitem demokrasi di cipta untuk membunuh orang islam samada membunuh semangat dan membunuh jasad…tetapi orang islam tak sedar..sebetulnya orang islam harus bangun untuk mengamalkan sunnah Nabi Muhammad dalam semua aspek kehidupan..Islam telah lengkap kenapa kita harus menggunakan cara hidup org lain..bukan sekadar kita lemah tetapi ianya menambah kemarahan Allah kepada umat..wallualam

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!