Murtad

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, isu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serbu Gereja sedang panas ni dan ini isu sensitif yang akhirnya bagi aku Islam akan tewas hanya kerana kuasa politik. Isu Murtad di kalangan umat Islam Malaysia sudah lama diperkatakan tetapi sering disampingkan kerana hendak menjaga hati agama lain.

Petikan Utusan Online : ” Dakwaan mengatakan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya malam Rabu lalu mendapati ada bukti penyebaran agama lain ke atas penganut Islam sebagai cukup serius sekiranya ia benar.”

Ada yang kata 12 umat Islam yang ditangkap berada di dalam Gereja ketika itu sudah terhutang budi kerana menerima bantuan kewangan daripada Gereja tersebut. Ini isu biasa yang kita dengar bukan sahaja di Malaysia tetapi Indonesia dan negara Islam yang lain. Kemiskinan boleh menyebabkan Murtad.

Bagi aku kejadian ini berlalu kerana kegagalan pemimpin Islam memimpin umah dan sibuk mengejar kuasa. Tidak kurang ramainya pemimpin Islam yang tinggi ilmunya memandang remeh soal ini sehingga menyukarkan umat Islam yang bermasalah untuk meminta bantuan sehingga mereka mencari jalan lain yang lebih mudah. Orang tua kata ada budi ada balasannya. Takkanlah setelah mereka yang bukan Islam membantu umat islam kemudian dibiarkan begitu sahaja.

Mungkinkah fenomena Murtad ini berlaku akibat kegagalan pemimpin Islam dan Ulama menjadi tempat rujukan untuk menyelesaikan masalah umah. Pihak lain memang setiasa mencari peluang kelemahan Islam dan umat Islam sendiri tiada usaha untuk meningkatkan kemampuan malah semakin berpecah. Apa pandangan rakan blogger?


Spread the love

117 Comments

  1. terbaca harian metro ada ibu yang terpaksa hidup hasil ehsan gereja kerana badan berkenaan tak mahu hulurkan bantuan anaknya yang ingin bersekolah…khabarnya zakat berjuta tetapi umat islam perlu mohon bantuan pihak lain..tak hairanlah kalau benda ini makin berleluasa
    Curahan rasa izwannizam @ ..Facebook Page Izwannizamruslim[dot]comMy Profile

    1. Bukan Islam dapat hidayah masuk islam manakala orang Islam ditarik hidayah tu yg murtad. Semuga Allah tak tarik hidayah kita.

  2. salam…

    nak quote kata2 tuan..

    “Kemiskinan menyebabkan murtad..”

    dalam hal camni peranan pihak baitulmal buat apa???…kutip zakat saja..???…bahagikan duit zakat..??? kemana perginya duit zakat yang berjuta tuh..?? kenapa masih ada orang miskin sedang kita punya kutipan zakat mencecah ratusan juta…???

    inilah masalahnya bila pegawai baitulmal hanya tahu duduk terkangkang dan jadi tok dukun saja dalam bilik hawa dingin…dan terlalu sgt bergantung dengan kertas kerja atau proses kerja…

    di saat negara kita nih stabil ekonominya kenapa takda usaha pegawai baitulmal untuk mencari orang miskin untuk diberikan zakat..??? nak tunggu si miskin datang berjumpa pegawai baitulmal…dah macam peminta sedekah datang minta sedekah…padahal zakat tuh adalah hak si miskin…

    usaha la sikittt..!!! jangan pemalas sgt..!!!…kerajaan bagi gaji elaun sampai beribu sebulan bukan suruh duduk terkangkang dalam office…cuba la kenang sikit nasib si miskin yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang…

    wassalam
    Curahan rasa zainal @ ..Convert JPEG To PDF Using JPEGtoPDF ProgramMy Profile

  3. Ya, memang kemiskinan boleh menyebabkan murtad kerana mereka yang bukan Islam nampak sungguh kelemahan orang2 beragama Islam ini.. Tapi, bukankah kita ada zakat? Seharusnya dari situ lah kita membantu org2 yang tidak berkemampuan ni supaya mereka tidak perlu menerima bantuan dari pihak gereja pula.. Apa yang penting sekarang ni ialah pengagihan zakat tu.. Mereka2 yang berkenaan dalam pemprosesan zakat ni kena efektif, tangkas dan cepat dlm melakukan tugas.. Maybe lebih elok sekiranya proses ini tidak terlalu kompleks dan memakan masa terlalu lama..

    Mereka yang terpesong akidah kerana wang ini akan perlu menjawab kpd Allah s.w.t kemudian hari tetapi kita yang seharusnya dpt membantu mereka sebelum mereka memilih jalan yang salah kerana kesempitan hidup pula, bagaimana?
    Curahan rasa Bella Enveeus @ ..Movie Review – Horrible BossesMy Profile

    1. Dulu rakyat yg angkat pemimpin yg terbaik tapi kini pemimpin sendiri dabik dada kata dia yg terbaik boleh buat n ubah macam2 mengalahkan tuhan.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!