Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pejam celik kita akan meninggalkan 2016. Pasti banyak cerita dan pengalaman telah kita coretkan sepanjang tahun 2016. Azam tahun 2016 kalau sudah tercapai alhamdulillah tapi kalau belum jangan kecewa.
Di sini Abang ingin berkongsi sebahagian daripada apa yang Abang lakukan setiap akhir tahun menuju awal tahun baaru untuk mengorak langkah seterusnya. Ini Abang lakukan untuk diri dan organisasi. Anda boleh gunakan untuk diri dan keluarga juga.
Muhasabah diri dan organisasi dalam enam bahagian utama:
- Kerjaya atau tugas di tempat kerja;
- Kesihatan diri;
- Kewangan diri dan keluarga;
- Hubungan dengan orang lain (isteri/suami, anak, ibubapa dan lain-lain yang penting dalam kehidupan);
- Hubungan dengan Allah (contoh: solat, ilmu agama yang telah kita pelajari/amalkan/istiqomahkan, mengaji Quran dan lain-lain);
- Diri sendiri (contoh: pengurusan masa, kesabaran diri, tabiat yang boleh dibaiki, dan lain-lain).
Penghujung tahun adalah bulan terbaik untuk kita muhasabah diri dan organisasi 2016 dan rancang apa yang kita hendak untuk 2017.
Di bawah ini adalah soalan – soalan asas Abang tanya diri sebelum Abang buat perancangan diri/organisasi. Semua soalan di bawah, Abang jawab dari kaca mata Abang.
- Apakah 10 kejayaan saya untuk tahun 2016?
- Apakah 10 kegagalan saya untuk 2016?
- Apakah 3 pengajaran yang saya boleh belajar dari 2016 daripada tindakan saya?
- Apakah 1 tindakan saya yang paling bijak yang memberi impak besar dalam 2016?
- Apakah risiko terbesar yang saya ambil pada 2016?
- Apakah satu perkara jika saya boleh kembali ke masa itu dalam 2016, saya akan membuat tindakan yang berbeza?
- Apakah yang boleh merumuskan berkenaan pencapaian diri pada tahun 2016?
Kemudian Abang review jawapan Abang dan Abang cari apa yang Abang boleh pelajari tentang diri dan buat nota sebagai ‘kata kata ingatan’ untuk 2017. Lepas tu Abang jawab 4 soalan lagi.
- Apa yang saya boleh ‘start’ buat untuk 2017?
- Apa yang saya boleh ‘stop’ buat untuk 2017?
- Apa yang saya boleh ‘do more’ untuk 2017?
- Apa yang saya boleh ‘do less’ untuk 2017?
Setelah Abang jawab semua soalan di atas, Abang akan review semula dan muhasabah diri untuk mencari ‘pattern’ dan ‘trend’. Abang cari surah atau sirah yang boleh dijadikan panduan. Doa pada Allah untuk memberi petunjuk. Niat membaiki diri untuk merapatkan diri kepada Allah dan jika untuk organisasi, untuk ummah. Lepas tu baru Abang tetapkan matlamat diri dan organisasi 2017.
Abang mohon ampun dan maaf sekira ada melakukan kesilapan dan kesalahan yang kecil dan yang besar untuk perkara yang lalu dan juga masa akan datang. Pohon kemaafan akhir tahun 2016 ini kepada semua saudara islam, muslimin, muslimat, bangsa dan agama yang lain. Agar kita sama-sama diberkati dan dirahmati Allah SWT dan munuju visi kejayaan dunia hingga akhirat.
Semoga kita capai apa yang kita hajatkan dan usahakan yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaihati TV (Subscribe ya!)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
22 Comments
Alhamdulillah dan tahniah team Denaihati untuk kejayaan pada tahun 2016. Terima kasih atas perkongsian senarai semak target untuk organisasi dan boleh juga diaplikasikan untuk individu. ”If you fail to plan, you are planning to fail”. Jom set target dan masih tidak terlambat. Moga tahun 2017 lebih cemerlang dari yang sebelumnya. Aminn
Alhamdulillah thumma alhamdulillah..Terima kasih perkongsian yang sangat bermanfaat. Hari ini dah 2017 =), mudah-mudahan buku baru lebih baik daripada buku lama yang telah ditutup.
Curahan rasa Hawa Hassan @ ..Cara Tulis Impian Tahun 2017 Guna Inner Power
Selamat tahun baru 2017… tutup buku lama.. buka buku baru.. semoga buku baru dapat dipenuhi dengan warna warni kehidupan yang lebih menarik…
Curahan rasa anuar @ ..Nikmati Keseronokan di Bukit Gambang Water Park
tak pernah terfikir plak soalan2 kat atas tu.. semoga tahun ni akan lebih produktif unutk misi di dunia dan akhirat
Curahan rasa nikkhazami @ ..Tarikh Akhir Daftar dan Kemaskini BR1M 2017
Selamat Tahun Baru..
best baca muhasabah ni..nak kena ikut tips ni gak, baru terasa lebih produktif &bermanfaat hidup ni..
Curahan rasa JMR @ ..Ramai Masih Belum Tahu Potensi Buat Duit USD dengan Tulis Blog
Semoga tahun mendatang akan memberikan sebuah kehidupan yang lebih bermakna dengan lebih mengenali diri sendiri dan kembali kepadaNya dalam apa jua keadaan serta penyelesaian masalah
Curahan rasa infosemasa @ ..Jadual Piala AFC 2017
Terima kasih atas tips yang berguna ini abg denai hati. Jom kita semak.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Yang Awesome atau Ohsem
Insyallah ada senarai semak macam ni boleh membantu berusaha ke arah yang lebih baik lagi.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Yang Awesome atau Ohsem
Senarai semak yang bagus.
Boleh buat semakan lepas ni.
Baiki mana yang perlu.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Yang Awesome atau Ohsem
Beruntung Mira Filzah.. dapat menggunakan kepakaran team Denaihati Network untuk menguruskan fan page beliau..
Curahan rasa anuar @ ..Nikmati Keseronokan di Bukit Gambang Water Park
Pada kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017, kepada semua yang membaca komen ini..
Curahan rasa anuar @ ..Nikmati Keseronokan di Bukit Gambang Water Park
Saya pun sama jugak…
Nak mohon maaf kepada tuan Haji Amir, tim Denaihati Nerwork dan rakan-rakan pembaca… sekiranya ada komen saya yang kurang disenangi..
Curahan rasa anuar @ ..Nikmati Keseronokan di Bukit Gambang Water Park
Terima kasih di atas perkongsian pengalaman dari ‘orang lama’.
Banyak ilmu yang perlu kami belajar daripada orang lama..
Curahan rasa anuar @ ..Nikmati Keseronokan di Bukit Gambang Water Park
2016 melangkah pergi,
2017 datang bertandang.,
2016 sesi persiapkan diri,
2017 AhmadiKatu.net berdendang 🙂
Curahan rasa Ahmadi @ ..11 Cara Terbaik Menulis Entry Blog #2
Wah… siap berpantun lagi.. memang terbaik.. Selamat Tinggal 2016..
Selamat datang 2017..
Curahan rasa anuar @ ..Nikmati Keseronokan di Bukit Gambang Water Park
Haha…mengasah pantun yg karat bha 😉 apa pun selamat tahun baru untuk semua pembaca DH.
Curahan rasa Ahmadi @ ..3 Sebab Azam Tahun Baru Anda gagal.
Comments are closed.