Rumah Kampung pun boleh join contest Makeover Jubin MML

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, daripada komen Rakan Blogger dalam entri “Rahsia video kucing terbongkar ada hadiah ribu-ribu rupanya” memang ramai yang tertarik dengan hadiah hebat Makeover jubin ruang tamu, bilik air dan pakir kereta secara percuma yang disediakan oleh MML. Ada yang tanya rumah kampung dan rumah sewa boleh ke ikut serta contest hebat ini. Aku pun sangat berminat nak menyertai contest hebat ini dan sedang menyediakan beberapa gambar seperti syarat yang ditetapkan.

Setelah membaca syarat yang telah ditetapkan tidak pulak tertulis yang rumah kampung atau rumah sewa tidak boleh menyertai contest Makeover jubin MML yang bermula 11/6/2012 dan berakhir 8/7/2012. Tapi baik sangat pulak kita kalau nak menyertai contest dengan rumah sewa. Daripada rumah sewa rasanya lebih baik kita cuba rumah emak kat kampung tu. Berikut adalah syarat penyertaan untuk tatapan Rakan Blogger :

  1. Ambil gambar salah satu kawasan tersebut: Pakir Kereta atau Bilik Air atau Ruang Tamu.
  2. Tuliskan tidak lebih daripada 100 patah perkataan mengapa kawasan itu perlukan jubin baru dan hasil yang dikehendaki.
  3. Pergi ke www.curiouscat.my dan hantar penyertaan anda sebelum 8 Julai 2012.
  4. Semua penyertaan mestilah lengkap dengan butir-butir peribadi.
  5. Gambar penyertaan mestilah jelas dan mempunyai resolusi sekurang-kurangnya 800 x 600 pixels.
  6. Pemilihan pemenang berdasarkan undi daripada online melalui www.curiouscat.my (50%) dan panel hakim MML (50%).
Makeover Jubin MML

Kepada Rakan Blogger yang memang sedang merancang untuk renovasi rumah jangan lepaskan peluang. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu tapi kalau tidak mencuba tidak akan rezeki turun dari langit. Peluang sudah tersedia siapa yang berani menyahut cabaran bersaing dengan aku. Bila dah baca hadiah penuh memang melilih air liur.

Hadiah Makeover Jubin MML :

  1. Makeover Jubin MML secara PERCUMA untuk Pakir Kereta atau Bilik Air atau Ruang Tamu rumah anda, termasuk kos buruh untuk mengeluarkan jubin lama dan mengantikan jubin MML yang baru. Kawasan untuk pengubahsuaian tidak lebih daripada 300 kaki persegi (lantai dan dinding).
  2. Perundingan Rekabentuk PERCUMA
  3. Rekabentuk Lukisan PERCUMA dan semua perundingan teknikal
  4. Pemenang akan diumumkan pada 13 Julai 2012 melalui www.curiouscat.my dan pengubahsuaian akan dilaksanakan antara 14 Julai hingga 23 September 2012.
  5. Pemenang akan diumumkan pada 13 Julai 2012 melalui www.curiouscat.my dan pengubahsuaiannya perlu dilakukan antara 14 Julai hingga 23 September 2012.

Aku sedang mencari gambar pecahan jubin ruang pakir kereta yang paling teruk retaknya dan mencari idea terbaik menulis sebab mengapa perlu ditukar dengan jubin MML baru. Harap-harap gambar dan sebab yang aku bagi dapat meyakinkan pengundi dan juga panel hakim MML.

Terbayang-bayang pakir kereta dengan Jubin MML baru pasti lebih meriah Aidilfitri tahun ini. Untuk bagi aku peluang menang hadiah Makeover Jubin MML percuma aku cadangkan Rakan Blogger jangan join contest ini. Bunyinya macam aku ni tamak je nak menang sorang heeee. Tapi kalau ada yang nak join jangan lupa buat entri dan tinggalkan link diruang komen untuk Rakan Denaihati undi menyokong anda. Informasi contest Makeover Jubin MML juga boleh diperolehi di Facebook Curiouscatdotmy.

Joom layan video Curious Cat.


Spread the love

122 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!