Mitsubishi Electric Lancar Peti Sejuk Model Folio JX dan BX

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada hari Jumaat lepas Team Denaihati telah hadiri majlis Pelancaran Peti Sejuk Mitsubishi Electric Model Folio JX & BX yang diadakan di Aloft Hotel Kuala Lumpur. Turut bersama dalam majlis hari tu adalah pengedar, pemaju, perunding dan wakil Mitsubishi Electric dari Jepun.

Ini merupakan event kedua jemputan daripada Mitsubishi Electric Sales Malaysia. Sebelum ni pernah dijemput semasa pelancaran Peti Sejuk Mitsubishi L4 Grande.

Mitsubishi Folio JX Folio BX Series Product Launch

Mitsubishi Electric Lancar Peti Sejuk Model Folio JX dan BX

Model yang diperkenalkan baru-baru ni ialah Folio MR-JX64W dan Folio MR-BX52W. Menariknya dengan produk Peti Sejuk Mitsubishi model terbaru ni ianya menggabungkan ciri-ciri terbaik dengan teknologi canggih. Rekaan peti sejuk ni juga sangat menarik.

Klik untuk Minda Aktif menguatkan ingatan dan hafalan untuk calon PMR

Peti sejuk Mitsubishi ni mempunyai rekaan ergonomik, ruang pembeku berdiri kompak bebas fros dengan laci menggelongsor yang meminimumkan kehilangan udara sejuk, dan juga pelbagai laci untuk ruang simpanan serbaguna seperti ruang menyimpan sayur-sayuran. Selain tu, peti sejuk Mitsubishi ini sangat mesra alam dan menekankan penjimatan tenaga.

Mitsubishi Folio JX Folio BX Series Product Launch

Pelancaran model ini bagi memenuhi keperluan pengguna yang inginkan pengalaman menggunakan peti sejuk berkapasiti luas dan besar menerusi Smart Cube untuk penggunaan maksimum. Disertakan dengan teknologi dan rekaan yang unik mampu mengubah kehidupan keluarga menjadi lebih baik.


Ciri-Ciri Peti Sejuk Mitsubishi Folio JX & Folio BX

  • Vitamin Factory
  • Pembuat Ais Automatik
  • Pembekuan Lembut
  • Penyah Bau Anti-Bakteria
  • Rak Auto
  • Penyejuk Bukan CFC
  • Smart Cube
  • Struktur Penebat Kepanasan Nipis Baru

Mitsubishi Electric Folio JX Folio BX

Memang sangat menarik ciri-ciri dan fungsi yang terdapat pada model terbaru peti sejuk Mitsubishi. Dalam majlis pelancaran hari tu juga ada dibuat demo yang menunjukkan fungsi istimewa peti sejuk Mitsubishi Folio JX dan Folio BX. Rasa betul-betul terpegun dengan demo yang ditunjukkan sebab tak pernah tengok peti sejuk yang berfungsi seperti peti sejuk Mitsubishi yang terbaru ni.

Untuk maklumat lanjut tentang Peti Sejuk Mitsubishi Model Folio JX dan Folio BX boleh layari laman web www.MitsubishiElectricMalaysia.com.

Gambar menarik sekitar majlis pelancaran.
[customgallery]


Spread the love

93 Comments

  1. Bila baca ciri² dia tu, saya rasa sangat menarik. Antara pendapat saya tentang ciri² tersebut :

    Penyah Bau Anti-Bakteria-Tak perlu pakai arang ikut petua dulu²..hehe. Bolehlah letak ikan kering tanpa bimbang bau yang tak menyenangkan. Simpan durian pun boleh 😉

    Penyejuk Bukan CFC – Dapat mengurangkan pelepasan bahan klorofluorokarbon ke atmosfera yang boleh menipiskan lapisan ozon seterusnya menyebabkan pemanasan global .(skema Sains SPM..haha). Penting tu untuk generasi masa hadapan. Kita sekarang pun dah terseksa dengan pemanasan global.

    Smart Cube –Berdasarkan kepada gambar, cirri ini pasti dapat memaksimakan ruang penyimpanan, dalam masa yang sama meminimumkan ruang untuk diletakkan peti ais tu sendiri. Sesuai untuk keluarga besar yang suka masak. Kalau yang suka makan kedai macam tak berbaloi beli..hehe

    3 ciri tersebut saya agak saja, kalaulah boleh diterangkan lagi dengan detail ciri² Vitamin Factory, Pembuat Ais Automatik Pembekuan Lembut, Rak Auto ,Struktur Penebat Kepanasan Nipis Baru ,pembaca mesti lagi terpesona

    Saya kerap terdengar air cond berjenama Mitsubishi memang menjimatkan tenaga. Jadi saya rasa peti ais model terbaru in juga menekankan penjimatan tenaga yang banyak, tatkala kenaikan harga minyak ini, ciri ini sangat penting.hehe
    Curahan rasa cikgu naman @ ..Mark Adam-PencuriMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!