Mitsubishi Electric Lancar Peti Sejuk Model Folio JX dan BX

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada hari Jumaat lepas Team Denaihati telah hadiri majlis Pelancaran Peti Sejuk Mitsubishi Electric Model Folio JX & BX yang diadakan di Aloft Hotel Kuala Lumpur. Turut bersama dalam majlis hari tu adalah pengedar, pemaju, perunding dan wakil Mitsubishi Electric dari Jepun.

Ini merupakan event kedua jemputan daripada Mitsubishi Electric Sales Malaysia. Sebelum ni pernah dijemput semasa pelancaran Peti Sejuk Mitsubishi L4 Grande.

Mitsubishi Folio JX Folio BX Series Product Launch

Mitsubishi Electric Lancar Peti Sejuk Model Folio JX dan BX

Model yang diperkenalkan baru-baru ni ialah Folio MR-JX64W dan Folio MR-BX52W. Menariknya dengan produk Peti Sejuk Mitsubishi model terbaru ni ianya menggabungkan ciri-ciri terbaik dengan teknologi canggih. Rekaan peti sejuk ni juga sangat menarik.

Klik untuk Minda Aktif menguatkan ingatan dan hafalan untuk calon PMR

Peti sejuk Mitsubishi ni mempunyai rekaan ergonomik, ruang pembeku berdiri kompak bebas fros dengan laci menggelongsor yang meminimumkan kehilangan udara sejuk, dan juga pelbagai laci untuk ruang simpanan serbaguna seperti ruang menyimpan sayur-sayuran. Selain tu, peti sejuk Mitsubishi ini sangat mesra alam dan menekankan penjimatan tenaga.

Mitsubishi Folio JX Folio BX Series Product Launch

Pelancaran model ini bagi memenuhi keperluan pengguna yang inginkan pengalaman menggunakan peti sejuk berkapasiti luas dan besar menerusi Smart Cube untuk penggunaan maksimum. Disertakan dengan teknologi dan rekaan yang unik mampu mengubah kehidupan keluarga menjadi lebih baik.


Ciri-Ciri Peti Sejuk Mitsubishi Folio JX & Folio BX

  • Vitamin Factory
  • Pembuat Ais Automatik
  • Pembekuan Lembut
  • Penyah Bau Anti-Bakteria
  • Rak Auto
  • Penyejuk Bukan CFC
  • Smart Cube
  • Struktur Penebat Kepanasan Nipis Baru

Mitsubishi Electric Folio JX Folio BX

Memang sangat menarik ciri-ciri dan fungsi yang terdapat pada model terbaru peti sejuk Mitsubishi. Dalam majlis pelancaran hari tu juga ada dibuat demo yang menunjukkan fungsi istimewa peti sejuk Mitsubishi Folio JX dan Folio BX. Rasa betul-betul terpegun dengan demo yang ditunjukkan sebab tak pernah tengok peti sejuk yang berfungsi seperti peti sejuk Mitsubishi yang terbaru ni.

Untuk maklumat lanjut tentang Peti Sejuk Mitsubishi Model Folio JX dan Folio BX boleh layari laman web www.MitsubishiElectricMalaysia.com.

Gambar menarik sekitar majlis pelancaran.
[customgallery]


Spread the love

93 Comments

  1. Hai Denaihati..

    Tahniah diatas pelancaran produk baru Mitsubishi Electric iaitu Peti Sejuk Model Folio JX dan BX! memang luas muatan barang makanan dalam tu! sesuai mereka yang mempunyai keluarga yang besar. Banyak kelabihan menarik yang terdapat pada Peti Sejuk Model Folio JX dan BX ni.. memang tak rugi jika nak merancang untuk membelinya.

  2. Peti ais besar begini memang menjadi idaman kalbu… tapi akan daya, rezeki masih belum menyebelahi.

    antara features paling saya berkenan ialah Pembuat Ais automatik. Satunya sebab jimat tenaga buat ais secara manual, dan keduanya sebab dapat jimatkan bil elektrik kerana tak perlu buka-tutup peti ais.

    Featur lain; Penyahbau anti-bakteria . saya memang tak sukakan peti sejuk berbau aneka bau, hehe… ada tips suruh letak arang utk serap bau. dgn ciri istimewa ini, tak perlu lagi. 😉

  3. Saya suka sbb designer dia so szxy,, tahan lasak dan saya pun guna MEC punya peti sejuk walaupun model lama tpi tetap cool

  4. Cukup kagum dengan penjenamaan Mitsubishi sebuah jenama yang cukup di yakini ramai.

    Saya rasa Mitsubishi sudah mendahului teknologi pembuatan peti ais dengan integrasi fungsi saja cukup mengkagumkan dan menarik perhatian ramai.

    Produk view pun cukup memaparkan keluasan peti ais ini. Terbaik

  5. wah,, kebetulan pulak sekarang ni peti sejuk rumah muja sedang mengalami zaman kejatuhan. masa kecik dulu, time belajar sains, peti sejuk selalu dipersalahkan. kesian kat dia. sebabnya peti sejuklah yang guna CFC yang terkenal jadi penipis lapisan ozon. kita panas sekarang ni pun jasa peti sejuk berCFC juga. kini, alhamdulillah, dah ada syarikat macam mitsubishi ni yang dah keluarkan peti sejuk alaf baru macam ni. selamat untuk digunakan untuk simpan semua bahan makanan, kasi tahan lama. tak delah rasa bersalah kepada alam sekitar macam selalunya. moga peti sejuk canggih cenggini memberi manfaat kepada kita semua. amiiin

  6. Buat masa sekrang peti ais yang sedia ada sudah mencukupi untuk seisi rumah.

    Akan datang kita tak tahu, dengan harga minyak yang semakin naik, begitu juga dengan harga barang. Rasanya ianya peti sejuk yang sesuai untuk digunakan. Jimat tenaga dan banyak barang (beli banyak dapar harga murah) boleh dimasukan sama.

    Paling penting kualiti barang yang disimpan terjamin. Xde la kes masuk dalam peti sejuk. 2-3 hari sayur dah lalu dan kurang segar… Tak berbaloi bagi kita

  7. Sangat teruja dgn fridge mitsubishi model ini. Memiliki keluasan dan ruang yg baik serta rack auto tuh + anti bakteria dan ada vitamin factory (mcm mana tu ekkk). Yang paling best Struktur Penebat Kepanasan Nipis Baru. Best2.. confirm tahan lama. Saya nak juga satuuuuuu

  8. cuma di dalam hayalan dan mimpi yang dapat mewujutkan keinginnan sya untuk mendapatkan semua itu….apa daya tangan tak sampai…orng miskin cuma bisa bermimpi di siang bolong…tapi klaw rejeky mash berpihat sama kita…tdiak ada yang tidak mungkin….dunia ini bisa terbeli…

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!