Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Malaysia dan dunia masih meratapi kehilangan misteri pesawat MH370. Kehilangan misteri MH370 memberi kesan bukan sahaja kepada keluarga malah kepada industri penerbangan dan industri pelancongan. Dalam kesedihan kehilangan MH370, Malaysia dikejutkan dengan kematian tragis YB Karpal Singh yang terkorban dalam kemalangan ngeri di KM 306.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara dan kemudian diikuti dengan lawatan 3 hari Presiden Barack Obama ke Malaysia.
[box type=”shadow”]Jadual Lawatan 3 hari Presiden Barack Obama ke Malaysia
Sabtu 26 April :
- Ketibaan
- Menghadap Duli Yang Di Pertuan Agung dan Majlis Makan Malam Negara
Ahad 27 April :
- Masjid Negara
- Pertemuan Dua Hala dengan Datuk Seri Najib Tun Razak
- Melawat Pusat Inovasi dan Kreatif Malaysia (MaGIC)
- Pertemuan dengan Pemimpin Muda Asia Tenggara di Universiti Malaya
- Pertemuan dengan Pemimpin Masyarakat
Isnin 28 April :
- Berangkat ke Filipina
Asyik Tak Cukup Masa? Klik Disini! [/box]
Karpal terkoban dalam kemalangan ngeri
Aku jangkakan senario politik Malaysia akan berubah dengan kehilangan Karpal Singh atau lebih dikenali sebagai Harimau Jelutong. Karpal bukan sahaja seorang peguam yang terkenal malah seorang ahli politik yang sangat berprinsip. Beliau tidak takut kepada sesiapa sehingga berani meminta DS Anwar Ibrahim bertaubat ketika Anwar menghadapi kes liwat dan kemudian mengetuai barisan peguam yang mempertahankan DS Anwar untuk kes liwat Saiful Bahari. Rakyat berhutang budi kepada mendiang Karpal kerana dengan ketegasannya sebagai pemimpin politik DAP telah meyebabkan berbagai perubahan dalam negara.
Kehilangan Karpal pasti sangat dirasai oleh kepimpinan Pakatan Rakyat terutama DS Anwar Ibrahim yang sedang menunggu rayuan hukuman penjara lima tahun. Seandainya DS Anwar tewas dalam rayuan pasti ianya akan menambah kesan yang lebih besar kepada suasana politik Malaysia setelah ketiadaan Karpal. Bezanya Karpal tidak pernah mempunyai masalah salah laku menyebabkan dia sangat dihormati kawan dan lawan. Paling aku tabik cara Karpal berpolitik tidak pernah menyusahkan rakyat dengan berdemostrasi dan rusuhan tapi menggunakan cara berwibawa untuk reformasi sehingga mempengaruhi Kerajaan. Bukan mudah mencari ganti pemimpin politik yang cekal dan sabar mengharungi berbagai kesusahan politik yang mereka hadapi.
Lawatan Presiden Barack Obama ke Malaysia
[box type=”shadow”]Jadual Lawatan Presiden Barack Obama ke Asia
23 April : Jepun
25 April : Korea Selatan
26 April : Malaysia
28 April : Filipina [/box]
Setelah kehilangan Karpal Singh, Malaysia akan menerima lawatan Presiden Barack Obama pada pertengahan bulan April. Ini adalah kali pertama seorang Presiden Amerika melawat Malaysia dengan berbagai agenda penting untuk merapatkan hubungan antara Malaysia dan Amerika. Pejabat Presiden Barack Obama telah memaklumkan bahawa Obama tidak akan berjumpa dengan Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim tetapi pegawai bawahan mungkin. Tarikh lawatan Obama ke Malaysia masih dirahsiakan tetapi seperti analisa Blogger Brado Kapak macam-macam spekulasi sedang bermain di sosial media. Lawatan pertama Presiden Amerika ke Malaysia pasti akan mempengaruhi suasana politik Malaysia kerana Amerika tidak akan datang kesesebuah negara hanya untuk ekonomi. Lawatan Obama ke Malaysia pasti telah dirancang untuk satu perancangan yang besar lebih besar dari kehilangnya misteri MH370 dari mata manusia.
[box type=”shadow”]” Katakanlah (Muhamad) : Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki.” – surah Al-Imran, 26.
“Tidakkah kamu tahu, bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu perlindungan dan penolongan selain allah.“ – surah Al-Baqarah, 107 [/box]
ALLAH tidak akan jadikan kehilangan MH370, kematian tragis Karpal Singh dan lawatan Presiden Barack Obama tanpa sebab. Semuanya bakal mengubah suasana politik Malaysia dan semuga ianya membawa kebaikan kepada Rakyat. Ada spekulasi yang mengaitkan kehilangan MH370 dan lawatan Presiden Amerika ke Malaysia dengan akhir zaman. Siapalah aku yang boleh mengulas spekulasi tetapi yang paling penting berusaha untuk menjadi hamba Allah yang lebih dekat kepada-NYA kerana aku yakin kita boleh berpolitik sehebat mana tetapi akhirnya ALLAH sahaja yang akan memilih pemimpin paling layak untuk sesebuah negara untuk sebab-sebab tertentu.
118 Comments
Apapun kehidupan mesti diteruskan.
Yang hidup perlu teruskan perjuangan.
Biasalah kan.. Patah tumbuh hilang berganti
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Tudung Labuh Berdagu Awning Lembut
Kapal Singh memang sangat disegani
Hingga ke hari ini tiada orang berani mencalarkan peribadi beliau
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Vivix Shaklee Untuk Kesihatan Yang Premium
Banyak pula spekulasi yang keluar berkenaan kedatangan BO ni..
tak pernah datang malaysia.. tiba2 datang
emm macam ada perkara besar yang berlaku ni
Obama salah satu pemimpin dunia yang menyetujui serangan Israel ke Gaza Palestina
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Pendaftaran CPNS 2014 Secara Online di sscn.bkn.go.id
Obama sering kali dikaitkan dengan konspirasi akhir zaman..adakah obama yang disebut sebagai ‘lelaki habsyah’ yang akan meruntuhkan kaabah kelak?
Boleh baca selanjutnya di sini: http://www.waszap.com/siapa-lelaki-habsyah-yang-akan-robohkan-kaabah/
Nauzubillah, moga-moga bukan la.. Sama-sama kita berdoa..
tiada kata lain lagi…
tetap berdoa agar MH370 Di temui..
harapan saya dan seluruh dunia.
moga doa satu dunia yang tidak berhenti akan membawa kepada penemuannya..In sha Allah..
Berbicara mengenai MH370, apa status terkini ya sekarang?
100 hari kehilangan MH370.. Semoga misteri akan terjawab segera..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Vitamin vs Jamu: Mana Paling Sesuai Untuk Berpantang
bersama dan teruskan berdoa untuk malaysia tanah air tercinta ♥
Hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk Malaysia…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Fotografi interaksi manusia dan haiwan yang sangat unik (4 gambar)
informasi bagus ini sangat bermnanfat , terimakasih .. yang banyak yah artikelnya 😀
Curahan rasa Obat Alami Penyakit Nyeri dada @ ..Obat Flek Paru Paru
Sebagai manusia, kita hanya mampu berspekulasi. Allah Maha Tahu apa perancangan di sebalik semua yang berlaku ini…
Curahan rasa Firdaus Azizi @ ..Temui PTS Di Pesta Buku Antarabangsa KL 2014
benar…. pasti ada sesuatu… mustahil datang tanpa sesuatu maksud tersirat… baru je dpt mesej merisaukan dari somebody tentang kedatangan beliau ke mari
Curahan rasa ieta mat saad @ ..Morning Sickness
Kita doa je banyak2.. Yang lain semua urusan Tuhan..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Vitamin vs Jamu: Mana Paling Sesuai Untuk Berpantang
sebagai orang awam dan sekadar membaca maklumat bukan berada dalam percaturan..perlu sentiasa berdoa tanpa putus dengan harapan yang penuh kepada Allah… semoga agama Allah terpelihara dalam diri kita, keluarga kita, saudara mara kita, masyarakat kita dan negara kita…
Curahan rasa Saljuhumairah @ ..Bagi Saya, Mama Saya Paling Baik Dalam Dunia Ni.
benar… teruskan berdoa… Allah maha mendengar hamba2nya…. Doa itu senjata mukmin…
Curahan rasa ieta mat saad @ ..Peliknya…
Comments are closed.