Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ini telah berlangsungnya satu majlis yang ditunggu-tunggu oleh peminum tegar Yeo’s Malaysia sempena meraikan pemenang-pemenang peraduan “Yeo’s 80 Days Drink To Cash” yang diadakan di Espresso Lab Low Yat Plaza, Kuala Lumpur. Majlis ini merupakan kesinambungan peraduan Yeo’s seperti yang pernah diwar-warkan mengenai peraduan minum Yeo’s dan menang RM 500,000 tempoh hari. Team Denaihati telah pun dijemput oleh pihak Yeo’s Malaysia untuk sama-sama memeriahkan majlis ini.
Yeo’s 80 Days Drink to Cash Contest – RM 500,000 untuk dimenangi
Yeo’s Malaysia telah berkerjasama dengan salah satu aplikasi komunikasi sosial mobil yang terkemuka iaitu WeChat, telah pun memberikan ganjaran ‘bonanza’ kepada 34 pemenang pertama Hadiah Harian dan 3 Hadiah Khas kepada pemenang bertuah “Yeo’s 80 Days Drink To Cash” tersebut. Bagi yang masih tertanya-tanya, peraduan ini telah pun berlangsung pada 13 Mac 2014 sehingga 31 Mei 2014 dimana pihak Yeo’s Malaysia menawarkan hadiah wang tunai yang keseluruhannya berjumlah setengah juta ringgit serta 72 iPad dan banyak lagi hadiah yang menanti anda seperti hadiah utama yang bernilai RM 100,000.
Turut hadir pada majlis penyampaian hadiah tersebut ialah Vincent Chui, Pengurus Besar Pemasaran Yeo’s berkata,
Sehingga hari ini, kami telah menerima respons yang sangat memberangsangkan dalam 34 hari pertama dan bilangan pengikut di akaun rasmi Yeo’s di saluran WeChat semakin bertambah.
Pemenang “Yeo’s 80 Days Drink To Cash” bergambar bersama
Sementara itu pula Mohd Zahid Israk bin Baharom, pemenang bertuah pertama yang telah mendapat hadiah wang tunai istimewa iaitu RM 10,000 berkata,
Ini merupakan sesuatu yang sukar saya percayai apabila diumumkan sebagai pemenang pertama hadiah istimewa pertandingan ini. Saya tidak dapat tidur nyenyak semalaman disebabkan terlalu gembira dengan berita ini.
Mohd Zahid Bin Baharom , pemenang hadiah bernilai RM 10,000 “Yeo’s 80 Days Drink To Cash”
Salah seorang pemenang yang memenangi wang tunai RM 3,000
Tahniah buat mereka yang menjadi pemenang bertuah peraduan terulung yang dianjurkan oleh pihak Yeo’s Malaysia ini. Bagi mereka di luar sana, peluang untuk memenangi hadiah masih lagi terbuka kerana peraduan ini akan tamat pada 31 Mei 2014, anda masih mempunyai 45 hari lagi untuk menghantar penyertaan bertuah anda. Jumlah hadiah setakat ini yang telah dimenangi ialah RM154,800 dan sebanyak 27 iPads dalam tempoh 32 hari peraduan dijalankan.
Orang ramai boleh membuat sebarang pembelian produk minuman Yeo’s, Justea, ataupun Soyrich dalam bentuk Tetra Pak 250ml & 1L, botol PET 350ml, 500ml dan 1.5L. Setiap penyertaan berdasarkan produk yang disebutkan itu adalah sah untuk menyertai peraduan ini berdasarkan panduan yang telah diberikan.
1. Pengguna boleh melampirkan kod yang terdapat pada produk atau resit rasmi yang tertera jelas untuk layak menyertai peraduan. Kemudian hantar kod peraduan atau resit rasmi beserta gambar sebagai bukti pembelian melalui akaun rasmi Yeo’s Malaysia di WeChat.
2. Jika penyertaan berjaya, peserta akan diberikan notis dan pautan iklan Yeo’s di YouTube untuk menjawab soalan mudah yang berkaitan dengan iklan pada YouTube tersebut. Simpan gambar bagi tujuan pengesahan.
3. Setiap kod adalah layak untuk satu penyertaan sahaja. Jumlah penyertaan pula akan bergantung pada jumlah pek yang tertera di atas resit rasmi.
Rakan- rakan lain masih lagi berpeluang untuk menjadi pemenang bertuah peraduan ini mana tahu dapat rezeki macam Kenit Cinonet dapat iPad, untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ” Yeo’s 80 Days Drink To Cash ” ini boleh ikuti WeChat ID : YeosMalaysia ATAU lawati Contest RM500K Yeo’s Malaysia.
107 Comments
bagus sekali artikelnya
Bestnya..tahniah untuk dia orang..Memang tak rugi cubakan DH..Ssapa nak bagi RM10k free kan..Memang rezeki dia orang lah..bersemangat semual nak cuba ni..
Curahan rasa Raudzah @ ..Detik "Terakhir" Di Tali Gantung
Memang takkan rugi cuba, kalau tak cuba memang konpom takkan dapat….heeee
Curahan rasa Denaihati @ ..Cara permohonan trademark
ni mesti kene minum banyak giler ni baru dpt 500k hehe
Curahan rasa Vimax Malaysia @ ..Penghantaran Melalui Pos Laju
alamak… tak ada wechat la pulak 😀
install je lah we chat kat hp tu … free je.
Curahan rasa Denaihati @ ..Fatin Liyana Top Blogger Malaysia
tahniah kepada pemenang..nad suka minum air teh bunga yeos je..hehe
Curahan rasa nadia johari @ ..HAPPY LIFE FOOT PATCH
Saya dan keluarga pun peminum Yeo’s tegar. 🙂
Tapi ala… apsal tak pernah nak masuk contest ni ye? hihihi
Curahan rasa lina @ ..Press Release : Malaysia’s Biggest Kids Expo Returns!
rugilah tak masuk ada beberapa orang yang dah dapat hadiah harian RM3k beberapa kali.
Curahan rasa Denaihati @ ..Emak orang kat Taiping ni beli buku teks
Boleh dikatakan hampir setiap minggu, saya, isteri dan anak-anak ada minum yeos. . Tapi tak pernah terfikir pun untuk menyertai contest ini. ..
Curahan rasa anuar @ ..2 Ebook Perniagaan Internet Untuk Dimiliki secara PERCUMA
belum ada rezeki nak dpt.. seronoknya kalau memang 3k
Curahan rasa Aku Penghibur @ ..Alasan Terpenting Mengapa Ibu Bapa Lebih Penting Berbanding Kekasih
tahniah untuk mereka yg dah terima hadiah. Alhamdulillah… Saya sendiri antara yg bertuah menang rm100. Siapa yg masih belum cuba tu, cuba la..
Curahan rasa zie fauzi @ ..Menang Yeoâs 80 Days Drink to Cash Contest
wow, hadiah sampai bernilai RM500K, banyak tuh, memang merasa la hadiah x tidur malam sebab gembira, hehhee
Curahan rasa myrujukan @ ..Seminar Perniagaan Internet 2014 Untuk Bisnes Online
selalu je tk bertuah bila join contest….uhuk3x
Dah hantar gambar tetiba tengok balik syarat, takde plak untuk yang tin.. Arghhh.. haha..
Curahan rasa amirnawawi @ ..Kenapa Universiti Malaysia Pahang (UMP)?
Setakat ni belum join lagi, lihat ada yg menang… terasa nak joinlah. Mana tahu ada rezeki utk gua. Tahniah kpd semua pemenang.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Google Adwords Platform Terbaik Bantu PKS
ini adalah contest yang amat mudah di sertai. sayangnya saya tak lakukannya. Kalau outstation boleh juga memborong dua ke tiga jenis minuman ya untuk penghilang dahaga 🙂
Curahan rasa suri @ ..Ummu Salamah Doa Apabila Ditimpa Musibah Kehilangan, Kesusahan, Kesedihan Dan Dugaan
tahniah kepada para pemenang..memang awesome mereka tu!
Curahan rasa mrhanafi @ ..Berganti Blog Untuk Mencari Yang Terbaik
eh hadiah ipad dan sepuluh ribu itu bukan sepuluh sen heee..rezeki pada yang tidak mengenal putus asa. inilah habuanya. tahniah untuk mereka
Curahan rasa suri @ ..Quilling Paper Sale Cahayacinta.com
saya suka kenyataan kepada rezeki pada yang tidak berputus asa..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cara Mudah Menghalau Lalat
Comments are closed.