Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ini telah berlangsungnya satu majlis yang ditunggu-tunggu oleh peminum tegar Yeo’s Malaysia sempena meraikan pemenang-pemenang peraduan “Yeo’s 80 Days Drink To Cash” yang diadakan di Espresso Lab Low Yat Plaza, Kuala Lumpur. Majlis ini merupakan kesinambungan peraduan Yeo’s seperti yang pernah diwar-warkan mengenai peraduan minum Yeo’s dan menang RM 500,000 tempoh hari. Team Denaihati telah pun dijemput oleh pihak Yeo’s Malaysia untuk sama-sama memeriahkan majlis ini.
Yeo’s 80 Days Drink to Cash Contest – RM 500,000 untuk dimenangi
Yeo’s Malaysia telah berkerjasama dengan salah satu aplikasi komunikasi sosial mobil yang terkemuka iaitu WeChat, telah pun memberikan ganjaran ‘bonanza’ kepada 34 pemenang pertama Hadiah Harian dan 3 Hadiah Khas kepada pemenang bertuah “Yeo’s 80 Days Drink To Cash” tersebut. Bagi yang masih tertanya-tanya, peraduan ini telah pun berlangsung pada 13 Mac 2014 sehingga 31 Mei 2014 dimana pihak Yeo’s Malaysia menawarkan hadiah wang tunai yang keseluruhannya berjumlah setengah juta ringgit serta 72 iPad dan banyak lagi hadiah yang menanti anda seperti hadiah utama yang bernilai RM 100,000.
Turut hadir pada majlis penyampaian hadiah tersebut ialah Vincent Chui, Pengurus Besar Pemasaran Yeo’s berkata,
Sehingga hari ini, kami telah menerima respons yang sangat memberangsangkan dalam 34 hari pertama dan bilangan pengikut di akaun rasmi Yeo’s di saluran WeChat semakin bertambah.
Pemenang “Yeo’s 80 Days Drink To Cash” bergambar bersama
Sementara itu pula Mohd Zahid Israk bin Baharom, pemenang bertuah pertama yang telah mendapat hadiah wang tunai istimewa iaitu RM 10,000 berkata,
Ini merupakan sesuatu yang sukar saya percayai apabila diumumkan sebagai pemenang pertama hadiah istimewa pertandingan ini. Saya tidak dapat tidur nyenyak semalaman disebabkan terlalu gembira dengan berita ini.
Mohd Zahid Bin Baharom , pemenang hadiah bernilai RM 10,000 “Yeo’s 80 Days Drink To Cash”
Salah seorang pemenang yang memenangi wang tunai RM 3,000
Tahniah buat mereka yang menjadi pemenang bertuah peraduan terulung yang dianjurkan oleh pihak Yeo’s Malaysia ini. Bagi mereka di luar sana, peluang untuk memenangi hadiah masih lagi terbuka kerana peraduan ini akan tamat pada 31 Mei 2014, anda masih mempunyai 45 hari lagi untuk menghantar penyertaan bertuah anda. Jumlah hadiah setakat ini yang telah dimenangi ialah RM154,800 dan sebanyak 27 iPads dalam tempoh 32 hari peraduan dijalankan.
Orang ramai boleh membuat sebarang pembelian produk minuman Yeo’s, Justea, ataupun Soyrich dalam bentuk Tetra Pak 250ml & 1L, botol PET 350ml, 500ml dan 1.5L. Setiap penyertaan berdasarkan produk yang disebutkan itu adalah sah untuk menyertai peraduan ini berdasarkan panduan yang telah diberikan.
1. Pengguna boleh melampirkan kod yang terdapat pada produk atau resit rasmi yang tertera jelas untuk layak menyertai peraduan. Kemudian hantar kod peraduan atau resit rasmi beserta gambar sebagai bukti pembelian melalui akaun rasmi Yeo’s Malaysia di WeChat.
2. Jika penyertaan berjaya, peserta akan diberikan notis dan pautan iklan Yeo’s di YouTube untuk menjawab soalan mudah yang berkaitan dengan iklan pada YouTube tersebut. Simpan gambar bagi tujuan pengesahan.
3. Setiap kod adalah layak untuk satu penyertaan sahaja. Jumlah penyertaan pula akan bergantung pada jumlah pek yang tertera di atas resit rasmi.
Rakan- rakan lain masih lagi berpeluang untuk menjadi pemenang bertuah peraduan ini mana tahu dapat rezeki macam Kenit Cinonet dapat iPad, untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ” Yeo’s 80 Days Drink To Cash ” ini boleh ikuti WeChat ID : YeosMalaysia ATAU lawati Contest RM500K Yeo’s Malaysia.
107 Comments
Nice Post…Program Diet yang mudah
Di mana program dietnya? hehehe
Curahan rasa profhariz @ ..#JomKurusPH Rujukan Menu Lengkap Diet Atkins
Masih lagi mencuba. Semoga ada rezeki dalam contest ni. Perlukan kewangan sikit sekarang. Huhuhu..
Curahan rasa Bella Enveeus @ ..Sneak Peek : Seoul Searching
Saya pun mencuba. Daripada hari pertama submit. Memang belum rezeki lagi.
Curahan rasa profhariz @ ..#JomKurusPH Rujukan Menu Lengkap Diet Atkins
Program Diet #JomKurusPH tak boleh minum yeos :'(
Curahan rasa profhariz @ ..#JomKurusPH Rujukan Menu Lengkap Diet Atkins
Setakat ni masih belum ada rezeki nak menang walau boleh dikatakan setiap hari menyertainya 🙂
Curahan rasa Myra Jay @ ..Roti Bun Sarang Lebah (Bee Hives Bun) dengan sos butterscotch yang sedap
InshaAllah mungkin hari esok. Mana kita tahu kan?
Curahan rasa profhariz @ ..#JomKurusPH Rujukan Menu Lengkap Diet Atkins
masih ada peluang lagi..
Curahan rasa ema @ ..Bila Adik Datang Kuala Lumpur
InshaAllah jom terus menghantar.
Curahan rasa profhariz @ ..#JomKurusPH Rujukan Menu Lengkap Diet Atkins
Boleh dikatakan hampir setiap hari menghantar penyertaan di WeChat.
Curahan rasa akubiomed @ ..Menikmati seni alam di hutan simpan FRIM
InshaAllah mungkin esok rezeki kita bro.
Curahan rasa profhariz @ ..Kenapa Doa Tidak Dimakbulkan
masih ada masa lagi ni..bolehlah cuba
Curahan rasa hafiz @ ..Buat duit dengan Jobdirumah
Banyak lagi masa sebenarnya bro. 🙂
Curahan rasa profhariz @ ..Niat Ganti Puasa dan Doa Berbuka Puasa Ganti
besar2an sekali promosi Yeo’s dan memang berbaloi.. mungkin untungnya pun berganda 😉
belum berkesempatan join contest ni. ada beli minuman Yeo’s tapi tak termasuk dlm senarai pula..
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Akhiri penantian kami MH370
Ini kekuatan bagi mereka yang ada duit banyak.
Curahan rasa profhariz @ ..Saya Nak Kurus dan Nak Badan Cantik
minuman yang sering menjadi pilihan semasa perjalanan pulang ke kampung halaman
Curahan rasa suri @ ..Singer 5430 Stitch Range
Saya juga selepas workout.
Curahan rasa profhariz @ ..Diet Atkins Malaysia Berbahaya !
Wah.. tajuk entri kat psiko orang ni. Hehehehe. “Minum Yeo’s dapat RM500k tak nak ke?”. Jawab saya… Mestilah nak…
Curahan rasa Ammar @ ..Web Hosting Terbaik dan Termurah di Malaysia 2014
Hehehe. Itu teknik untuk tarik pembaca 🙂
Curahan rasa profhariz @ ..Diet Atkins : Peringkat 1 Induction
masih ada peluang untuk menang yawww!!!
Curahan rasa Tengku Syukri @ ..Menipu Dalam Menjual
memang masih banyak lagi peluang untuk direbut….
Curahan rasa Denaihati @ ..Cara permohonan trademark
Tetapi orang kita cepat sangat mengalah.
Curahan rasa profhariz @ ..Diet Atkins : Peringkat 1 Induction
Yeo’s sememangnya pilihan saya untuk minuman CINCAU & Teh Bunga, fuh sedap! Kalau teh hijau saya pilih Lipton hehe
Curahan rasa Afiq @ ..Exam PTD 2014: Koleksi Contoh Soalan Peperiksaan PTD
Saya semestinya Yogurt !
Curahan rasa profhariz @ ..#JomKurusPH Rujukan Menu Lengkap Diet Atkins
Selamat buat para pemenang.
Kalau saja produk Yeo’s ada dijual di tempat saya, ingin rasanya ikutan contest ini
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Gresik United vs Persib ISL 2014
Pasti perasaan yang amat luar biasa. Sukanya 🙂
Curahan rasa profhariz @ ..Rugi ! Rugi ! Rugi ! Rugi Dunia Dan Akhirat
tahniah kpd pemenang, masih ada masa lagi nak join contest ni… nak keluar sekejap…. nak beli yeo’s
Curahan rasa KelipKelip @ ..Beli Kereta Atau Rumah Mana Keputusan Yang Lebih Penting?
Beli 1 carton ya 🙂
Curahan rasa profhariz @ ..Diet Atkins Malaysia Berbahaya !
Tahniah buat para pemenang!
Yang masih belum menang macam saya ni, tak dapat duit pun takpe. Dapat alasan untuk minum Yeo’s sampai kembung perut pun dah kira orait dah. Haha
Curahan rasa Anak Askar Pencen @ ..Mitos Penglihatan Baik dengan Memakan Lobak Merah
Hehehe. Itu yang rare bro 🙂
Curahan rasa profhariz @ ..Saya Nak Kurus dan Nak Badan Cantik
Comments are closed.