Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pernah pergi ke Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)? Terletak di Jalan Ampang memang aktif dengan berbagai aktiviti mempromosi cuti-cuti Malaysia. Bulan Ramadan yang lepas aku telah menghadiri majlis iftar Ramadan anjuran MaTiC dan Kementerian Pelancongan Malaysia bersama dengan ramai Blogger Tersohor Malaysia antaranya Ben Ashaari, Penmerah, Ainaa Roseberry dan ramai lagi. Paling best dapat jumpa Bro Rashidi, kawan lama yang dah jadi Timbalan Ketua Setiausaha bahagian pelancongan.
1Malaysia KL Family Fair
Antara akitiviti yang sedang berlansung di Pusat Pelancongan Malaysia adalah 1Malaysia KL Family Fair. Untuk pengetahuan 1Malaysia KL Family Fair anjuran MaTiC ni telah berlangsung selama 2 tahun dan diadakan pada setiap hari Sabtu daripada pukul 4.00 petang hingga 11.00 malam. MaTiC yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur (berhadapan dengan Hotel Renaissance dan bersebelahan Restoran Saloma) menjemput orang ramai ke 1Malaysia KL Family Fair.
Terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual di event “1Malaysia KL Family Fair” termasuk kraftangan, pakaian, aksesori, makanan dan minuman, car boot sale, latihan tarian “Cuti-cuti 1Malaysia” dan banyak lagi. Bolehlah bawa keluarga, rakan-rakan dan yang tersayang pergi ke sana. Mesti seronok.
Antara gambar yang sempat dirakam ketika event 1Malaysia KL Family Fair tahun lalu sempena menyambuta Hari Kemerdekaan Malaysia ke-55.
[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/08/1malaysia-kl-family-fair-a.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/08/1malaysia-kl-family-fair-b.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/08/1malaysia-kl-family-fair-c.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/08/1malaysia-kl-family-fair-d.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/08/1malaysia-kl-family-fair-e.jpg[/imagetab]
[/tabs]
Hari Kemerdekaan Malaysia ke-56
Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56 akan disambut oleh seluruh Rakyat Malaysia pada 31 Ogos 2013 (Sabtu). MaTiC tidak ketinggalan akan meraikan Hari Kemerdekaan ke-56 dengan aktiviti Merdeka Merdeka @ MaTiC. Berbagai aktiviti telah dirancang untuk pengunjung MaTiC sempena menyambut Hari Kemerdekaan.
Rakyat Malaysia yang akan bercuti pada Hari Merdeka dijemput untuk menyertai Merdeka Hunt, Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Nyanyian Patriotik sempena Merdeka Merdeka @ MaTiC. Jangan lepaskan peluang daftar segera kerana tempat terhad. Penyertaan anda adalah penghargaan kepada Kemerdekaan yang sudah kita kecapi selama 56 tahun.
Joom ramai-ramai kita ke sana meriahkan lagi acara Merdek Merdeka @ MaTiC sempena sambutan Hari Merdeka nanti. Kalau bukan kita yang memeriahkan Hari Kemerdekaan .. siapa lagi? Jangan lupa kibarkan Jalur Gemilang disetiap rumah tanda kita menghargai perjuang-perjuang kemerdekaan dan jangan lupa sentiasa bersyukur kepada ALLAH SWT di atas segala pemberian keamanan dan kesejahteraan Malaysia.
Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang event anjuran Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) boleh lihat di laman web rasmi MaTiC – www.matic.gov.my atau boleh layari FB Page MaTiC dan Twitter @PPMMaTiC.
Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) merupakan satu pusat yang menyediakan berbagai perkhidmatan dan kemudahan bagi para pelancong. Ia juga memberi mereka kesempatan untuk melihat dan menikmati segala daya tarikan Malaysia melalui beberapa pementasan dan demonstrasi pelbagai aspek kebudayaan Malaysia.
51 Comments
selamat hari merdeka!
tp adakah kita merdeka sepenuhnya? 😉
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Awan cantik sekitar pergunungan Kinabalu, sabah
nanti boleh menyinggah ke sana bila lapang..
Curahan rasa daddydee @ ..Tips Menulis Blog : Berani Menulis
Dulu sering ke situ sebab pergi collect cheque bila ada payment buat kerja di sana. Dah lama tak ke sana. Mungkin nak pergi melihat-lihat jika ada kesempatan.
Curahan rasa Mohd Shubhi @ ..6 sikap orang berjaya
Rupanya juga ada lomba untuk menyambut hari kemerdekaan seperti juga di Indonesia
Curahan rasa Ferry @ ..Tips Merawat Gigi Tiruan
oh tidak..pertama kali saya dengar program ni
bagus..sesiapa yang berkelapangan bolehla singgah
Curahan rasa cikgu naman @ ..Jadi Cikgu Ni Mudah-Episod Jurugambar
Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia 30 Agustus…
Curahan rasa Ferry @ ..Tips Lolos Mengerjakan Psikotes
Banyak aktiviti yang dirancang. . Di harap dapat menarik lebih ramai golongan anak menyertai aktiviti yang diadakan, di samping dapat menanamkan sifat patriotik dan mencintai negara tercinta. ..
Curahan rasa anuar @ ..Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Penerangan S41 Telah Di Buka Jualannya
Mudah untuk datang ke sini. Dekat dengan stesen KL Monorail. Jadi tidak timbul soal sesak jalan untuk ke sini.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Kenduri Tanpa Kendara.
sesungguhnya saya x pernah sampai ke situ..hehe
Curahan rasa Fakarepain @ ..PERKARA YANG GOOGLE RAHSIAKAN TENTANG ANDROID OS
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan!! 5 hari lagi.. hehe
bagus juga matic buat aktiviti..bagi meriah sikit sambutan kemerdekaan tahun ni..
Curahan rasa blackrosehunter @ ..Khasiat Madu Lebah Kelulut
baca entri ini baru semangat untuk sambut kemerdekaan 🙂
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Bagaimana Cara Mencari Sahabat Lama
femes jugak 3 blogger yang dilistkan tu.. hihi
Curahan rasa Muaz @ ..Ebook Panduan Asas WordPress SEO
Kawe tak tahu kat KL cam ne tapi sambutan merdeka tahun ni mcm a bit suram di KK. Agak kurang yg kibarkan bendera. Amat kureng sangat..
Curahan rasa Ismail N @ ..Kelapa Tua
Comments are closed.