Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pernah pergi ke Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)? Terletak di Jalan Ampang memang aktif dengan berbagai aktiviti mempromosi cuti-cuti Malaysia. Bulan Ramadan yang lepas aku telah menghadiri majlis iftar Ramadan anjuran MaTiC dan Kementerian Pelancongan Malaysia bersama dengan ramai Blogger Tersohor Malaysia antaranya Ben Ashaari, Penmerah, Ainaa Roseberry dan ramai lagi. Paling best dapat jumpa Bro Rashidi, kawan lama yang dah jadi Timbalan Ketua Setiausaha bahagian pelancongan.
1Malaysia KL Family Fair
Antara akitiviti yang sedang berlansung di Pusat Pelancongan Malaysia adalah 1Malaysia KL Family Fair. Untuk pengetahuan 1Malaysia KL Family Fair anjuran MaTiC ni telah berlangsung selama 2 tahun dan diadakan pada setiap hari Sabtu daripada pukul 4.00 petang hingga 11.00 malam. MaTiC yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur (berhadapan dengan Hotel Renaissance dan bersebelahan Restoran Saloma) menjemput orang ramai ke 1Malaysia KL Family Fair.
Terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual di event “1Malaysia KL Family Fair” termasuk kraftangan, pakaian, aksesori, makanan dan minuman, car boot sale, latihan tarian “Cuti-cuti 1Malaysia” dan banyak lagi. Bolehlah bawa keluarga, rakan-rakan dan yang tersayang pergi ke sana. Mesti seronok.
Antara gambar yang sempat dirakam ketika event 1Malaysia KL Family Fair tahun lalu sempena menyambuta Hari Kemerdekaan Malaysia ke-55.
[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/08/1malaysia-kl-family-fair-a.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/08/1malaysia-kl-family-fair-b.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/08/1malaysia-kl-family-fair-c.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/08/1malaysia-kl-family-fair-d.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/08/1malaysia-kl-family-fair-e.jpg[/imagetab]
[/tabs]
Hari Kemerdekaan Malaysia ke-56
Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56 akan disambut oleh seluruh Rakyat Malaysia pada 31 Ogos 2013 (Sabtu). MaTiC tidak ketinggalan akan meraikan Hari Kemerdekaan ke-56 dengan aktiviti Merdeka Merdeka @ MaTiC. Berbagai aktiviti telah dirancang untuk pengunjung MaTiC sempena menyambut Hari Kemerdekaan.
Rakyat Malaysia yang akan bercuti pada Hari Merdeka dijemput untuk menyertai Merdeka Hunt, Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Nyanyian Patriotik sempena Merdeka Merdeka @ MaTiC. Jangan lepaskan peluang daftar segera kerana tempat terhad. Penyertaan anda adalah penghargaan kepada Kemerdekaan yang sudah kita kecapi selama 56 tahun.
Joom ramai-ramai kita ke sana meriahkan lagi acara Merdek Merdeka @ MaTiC sempena sambutan Hari Merdeka nanti. Kalau bukan kita yang memeriahkan Hari Kemerdekaan .. siapa lagi? Jangan lupa kibarkan Jalur Gemilang disetiap rumah tanda kita menghargai perjuang-perjuang kemerdekaan dan jangan lupa sentiasa bersyukur kepada ALLAH SWT di atas segala pemberian keamanan dan kesejahteraan Malaysia.
Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang event anjuran Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) boleh lihat di laman web rasmi MaTiC – www.matic.gov.my atau boleh layari FB Page MaTiC dan Twitter @PPMMaTiC.
Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) merupakan satu pusat yang menyediakan berbagai perkhidmatan dan kemudahan bagi para pelancong. Ia juga memberi mereka kesempatan untuk melihat dan menikmati segala daya tarikan Malaysia melalui beberapa pementasan dan demonstrasi pelbagai aspek kebudayaan Malaysia.
51 Comments
menarik, nak cuba rai lain sikit merdeka kali ni
menarik juga kalau join aktiviti sempena Merdeka ni..
Selamat Hari Merdeka Untuk Malaysia dan semua rekan blogger Malaysia
Curahan rasa munir ardi @ ..Beberapa Ide Yang Dapat Diaplikasikan Untuk Bisnis online
kemeriahan sempena Hari Kemerdekaan cukup terasa…..
Curahan rasa asraff @ ..Cardiff City Kalahkan Manchester City 3-2
macam meriah nih ehhh…jom pegi ramai2, blind date dgn blogger best gak ni eh
Curahan rasa encikarman @ ..5 Cara Terbaik Blogger Buat Keyword Research
wahh..macam best aje nih..
Curahan rasa titan @ ..Jobdirumah Payment – Kali ke 51
jika berkesempatan den akan terjah fair tuh , macam best jerk…
Curahan rasa papa mifz @ ..Makan-makan di Rumah Terbuka Kak Ju
Hanya sepelaung dari pejabat saya tetapi tak pernah pulak saya sampai ke sana untuk sebarang aktiviti. Insyaallah mungkin boleh pergi untuk explore benda baru kat situ.
Curahan rasa JunAina @ ..Salam Aidilfitri Kad Raya Pengganti Diri
Info yang menarik… Kalau ada kesempatan boleh join ni…
Curahan rasa Anuar @ ..Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Penerangan S41 Telah Di Buka Jualannya
bole pegi nt.. haha.. msti ade bazaar menarik
Sudah jadi tradisi di hampir setiap negara, sebagian pusat pelancongan selalu mengadakan sebuah acara yang meriah dalam rangka menyambut kemerdekaan negaranya.
sedih tak dapat join majlis iftar di matic tempoh hari..
Matic ni berhampiran dengan pejabat saya….
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Air Mata Syawal Aaron Aziz
Macam one stop center tinggal hendak berbelanja sahaja.
Curahan rasa akubiomed @ ..Kehangatan sambutan Merdeka 2013 bersama Astro Celebrates Merdeka
setiap hari sabtu? means tiap-tiap minggu on? nampak sangat duduk bawah tempurung je saya ni, tak pernah tahu pun..haihhh
Curahan rasa incik @ ..Rancangan tersembunyi menghancurkan Islam
Aku pernah call dulu sebab nak tanye pasal fasiliti. Anyway, selamat menyambut Hari Kemerdekaan Ke-56.
Curahan rasa Joe @ ..Syarikat Web Hosting Terbesar?
Comments are closed.