Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pernah pergi ke Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)? Terletak di Jalan Ampang memang aktif dengan berbagai aktiviti mempromosi cuti-cuti Malaysia. Bulan Ramadan yang lepas aku telah menghadiri majlis iftar Ramadan anjuran MaTiC dan Kementerian Pelancongan Malaysia bersama dengan ramai Blogger Tersohor Malaysia antaranya Ben Ashaari, Penmerah, Ainaa Roseberry dan ramai lagi. Paling best dapat jumpa Bro Rashidi, kawan lama yang dah jadi Timbalan Ketua Setiausaha bahagian pelancongan.
1Malaysia KL Family Fair
Antara akitiviti yang sedang berlansung di Pusat Pelancongan Malaysia adalah 1Malaysia KL Family Fair. Untuk pengetahuan 1Malaysia KL Family Fair anjuran MaTiC ni telah berlangsung selama 2 tahun dan diadakan pada setiap hari Sabtu daripada pukul 4.00 petang hingga 11.00 malam. MaTiC yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur (berhadapan dengan Hotel Renaissance dan bersebelahan Restoran Saloma) menjemput orang ramai ke 1Malaysia KL Family Fair.
Terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual di event “1Malaysia KL Family Fair” termasuk kraftangan, pakaian, aksesori, makanan dan minuman, car boot sale, latihan tarian “Cuti-cuti 1Malaysia” dan banyak lagi. Bolehlah bawa keluarga, rakan-rakan dan yang tersayang pergi ke sana. Mesti seronok.
Antara gambar yang sempat dirakam ketika event 1Malaysia KL Family Fair tahun lalu sempena menyambuta Hari Kemerdekaan Malaysia ke-55.
[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/08/1malaysia-kl-family-fair-a.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/08/1malaysia-kl-family-fair-b.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/08/1malaysia-kl-family-fair-c.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/08/1malaysia-kl-family-fair-d.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/08/1malaysia-kl-family-fair-e.jpg[/imagetab]
[/tabs]
Hari Kemerdekaan Malaysia ke-56
Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56 akan disambut oleh seluruh Rakyat Malaysia pada 31 Ogos 2013 (Sabtu). MaTiC tidak ketinggalan akan meraikan Hari Kemerdekaan ke-56 dengan aktiviti Merdeka Merdeka @ MaTiC. Berbagai aktiviti telah dirancang untuk pengunjung MaTiC sempena menyambut Hari Kemerdekaan.
Rakyat Malaysia yang akan bercuti pada Hari Merdeka dijemput untuk menyertai Merdeka Hunt, Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Nyanyian Patriotik sempena Merdeka Merdeka @ MaTiC. Jangan lepaskan peluang daftar segera kerana tempat terhad. Penyertaan anda adalah penghargaan kepada Kemerdekaan yang sudah kita kecapi selama 56 tahun.
Joom ramai-ramai kita ke sana meriahkan lagi acara Merdek Merdeka @ MaTiC sempena sambutan Hari Merdeka nanti. Kalau bukan kita yang memeriahkan Hari Kemerdekaan .. siapa lagi? Jangan lupa kibarkan Jalur Gemilang disetiap rumah tanda kita menghargai perjuang-perjuang kemerdekaan dan jangan lupa sentiasa bersyukur kepada ALLAH SWT di atas segala pemberian keamanan dan kesejahteraan Malaysia.
Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang event anjuran Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) boleh lihat di laman web rasmi MaTiC – www.matic.gov.my atau boleh layari FB Page MaTiC dan Twitter @PPMMaTiC.
Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) merupakan satu pusat yang menyediakan berbagai perkhidmatan dan kemudahan bagi para pelancong. Ia juga memberi mereka kesempatan untuk melihat dan menikmati segala daya tarikan Malaysia melalui beberapa pementasan dan demonstrasi pelbagai aspek kebudayaan Malaysia.
51 Comments
kalau tk sarat lg boleh pergi ni …
Curahan rasa puanbee @ ..Amalan memakan kurma ketika mengandung dan untuk kanak-kanak.
selamat hari merdeka buat semua rakyat Malaysia…aktiviti yang bagus ni
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Sambutan Ambang Kemerdekaan 1957
teringin juga nak tengok live…tapi banyak halangan….takpe….blh tgk kat blog2….blogger kan ramai…. 😉
pertandingan mewarna.. memang saya minat sejak dari sekolah lagi… 🙂
Curahan rasa Mus @ ..Diskaun Harga Rendah Bagi Kamera Sony Alpha NEX-5R
tahun ini kawan tak boleh nak kemana kena ikat dengan tempat kerja ,
Curahan rasa onlajer @ ..MyKad Smart Shopper
mesti meriahkan sambutan kat sana..
Curahan rasa hafiz @ ..Akhirnya nama diberi
ramai gak geng blogger join aktiviti kat matic sabtu nie…treasure hunt kalau tak salah dkna 🙂
Curahan rasa Dkna Abza @ ..Photo Props By Dkna Abza
banyaknya aktivitiiiii. tp diri sendiri dah busy dengan event lain :'(
Curahan rasa eyra @ ..1MET BOOTCAMP 2013
Banyak juga aktiviti yang dibuat oleh pihak penganjuran. Beginilah semangat kemerdekaan
Curahan rasa drInspirasi @ ..Tips Pengurusan Masa : Hukum Parkinson
menarik ni…boleh bawak anak2
Curahan rasa Alin Marlini @ ..Cashout 8share buat pertama kalinya
Bestnyer.. kalau lah di sana konpem tak lepaskan peluang punya selain dapat melihat pameran yang ada
Curahan rasa Myra Jay @ ..Tamat Sudah secara Rasmi
Belum pernah ke sana. InsyaAllah, akan diusahakan juga utk melihat pameran2 yg ada.
thanks bro DH berkongsi
Curahan rasa hafizmd @ ..Wordless Wednesday #42 Oh! Bukit Bendera
Seronoknya kalau dapat ke Merdeka Merdeka Matic ni,banyak aktiviti tu,Selamat Hari merdeka buat semua
Curahan rasa wazy @ ..My Dream Bali Honeymoon Package
Selamat Hari Merdeka!! Menariklah aktivitinya..kalau dekat bole pergi
Curahan rasa Qashmere @ ..Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri UTC Perak 2013
Selamat Hari Merdeka!! Menariklah aktivitinya
Curahan rasa Qashmere @ ..Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri UTC Perak 2013
Comments are closed.