Assalamualaikum dan Salam Merdeka, alhamdulillah Malaysia baru menyambut hari kemerdekaan yang ke 58 pada tahun ini. Kewujudan sebuah negara selama 58 tahun bukanlah suatu masa yang lama kerana masih terlalu banyak ujian bakal ditempoh. Kemerdekaan tahun ini disambut bersama perhimpunan Bersih 4.0 yang diadakan secara besar-besaran sehingga pendemo sanggup berkorban menempuh berbagai halangan untuk datang.
Persoalan yang paling besar adakah kita sudah merdeka ekonomi? Atau masih bekerja siang dan malam untuk memenuhkan kocek yang akan digunakan untuk membayar bil, hutang kad kredit, pinjaman koperasi, pinjaman kawan-kawan dan segala hutang keliling pinggang. Kita berkorban bangun pagi meredah kesesakan jalan raya pergi dan balik untuk mendapat sebulan gaji. Kita bersusah-susah bekerja hanya untuk memegang beberapa ketika hasil titik peluk gaji bulanan yang akhirnya terpaksa diserahkan kepada orang lain. Adakah itu merdeka ekonomi namanya?
Siapa yang tiada impian untuk mempunyai kebebasan kewangan cuma tidak ramai yang sanggup berkorban untuk mencapai cita-cita tersebut. Ramai yang sanggup bersusah-susah bekerja untuk orang lain daripada bersusah-susah bekerja untuk diri sendiri. Kita merungut setiap hari dengan kesusahan tetapi kita tidak berani melangkah ke peringkat yang lebih tinggi kerana tidak berani gagal, takut rugi berniaga, takut kena tipu dan malas nak kerja lain daripada kebiasaan. Kita tidak selesa dengan ekonomi semasa tetapi kita tidak ada kemahuan untuk memerdekakan ekonomi dari pergantungan kepada orang lain.
Tidak salah bekerja dengan orang lain untuk mengali pengalaman tetapi bukan selamanya menjadi pekerja pada orang lain. Pengalaman bekerja boleh digunakan untuk membina ekonomi yang merdeka dengan berbagai cara dan teknik seperti bisnis online, pelaburan hartanah, jemaah networking, usahawan facebook dan lain-lain. Cuma tidak semua berjiwa besar untuk menjadi lain membebaskan diri daripada kerja makan gaji untuk membayar bil dan hutang sepanjang hayat.
Tiada siapa yang boleh mengubah dan memerdekan diri selain diri kita sendiri kerana Merdeka ekonomi bukan mustahil. Jangan biarkan keluarga kita sengsara hanya kerana kita tidak mahu berubah mencapai matlamat kebebasan kewangan sebenar. Islam memang suka kita kerja berjemaah begitu juga untuk mencapai kemerdekaan ekonomi lebih mudah apabila kita berkerja dalam jemaah tak kisah apa pilihan kita.
340 Comments
Harus diperlukan kesabaran untuk mewujudkan merdeka ekonomi
Curahan rasa Terunik @ ..Ditemukan Tinja Seberat 5 Kg di dalam Usus Pria China ini
dlm bisnes kena mula dari zero. kena banyak bersabar
Curahan rasa nikkhazami @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Betul tu, beemula dari kosong dan seterusnya meningkat dari sehari ke sahei then merdeka ekonomi
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Mempercepatkan Penyembuhan Luka Selepas Bersalin
kalau usaha berterusan tak mustahil kita boleh berjaya mcm org lain
Curahan rasa nikkhazami @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Semuanya perlu kesabaran, apatah lagi jika ingin Berjaya dan kaya..
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
sabar, berdoa dan bertawakal kepada Allah untuk berjaya, pastinya akan merdeka ekonomi nanti..
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Mempercepatkan Penyembuhan Luka Selepas Bersalin
Merdeka ekonomi boleh dilakukan dengan usaha yang lbih. Tengah berusaha juag ke arah itu.Moga dipermudahkanNya..Aminnn
Amin, moga usaha kita semua dipermudahkan Allah dan berjaya hendaknya.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Sepagi Yang Menyeronokkan di Rabbit Fun Land Semenyih ~
harap harap kita semua merdeka dari masalah ekonomi
Curahan rasa nikkhazami @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Aaamin semoga doa kita dimakbulkan Allah untuk keluar dari belenggu ekonomi yang tidak bagus ni…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kaedah Semulajadi Menghilangkan Jerawat TANPA Kos yang Mahal
Moga dipermudahkan segala jalan jalan untuk memerdekakan ekonomi. Saya pun begitu juga Insya Allah..
Semoga berjaya memerdekakan ekonomi keluarga ye..
Jom kita berubah
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Promosi Sempena Bulan Kemerdekaan Sehati Sejiwa!
Amin,semoga dipermudahkan urusannya..
Memang kalau boleh semua orang nak merdeka ekonomi kan?
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Mempercepatkan Penyembuhan Luka Selepas Bersalin
InshaAllah sedang berusaha untuk keluar dari zon selesa dan berani mengambil sebarang risiko untuk keluar dari masalah hutang yang membelenggu..
Curahan rasa Ibu damia @ ..4 Tips buat Ibu Menyusu merancang kehamilan secara semulajadi
Mek ila pun sama, sedang berusaha ke arah itu. Amin.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Sepagi Yang Menyeronokkan di Rabbit Fun Land Semenyih ~
Hutang ni sangat merimaskan dan setiap hari membelenggu diri kan..
Sebab tu kena merdeka ekonomi cepat ni…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Apakah Punca Kaki Kejang Semasa Mengandung?
Kalau tak di pecah kan ruyong tu mana kan dapat sagunya..
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
In Shaa Allah… Sentiasa berusaha untuk keluar daripada rate race… Semoga impian tersebut berjaya dicapai pada satu hari nanti..
Curahan rasa Anuar @ ..Rahsia Affiliate Ninja – The Nemesis dibongkar!
Moga di perkenankan hajat yang suci murni itu Anuar.. All the best..
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
ide yang menarik, saya sangat suka pemikiran terbuka semacam ini, senang bisa menjadi bagian orang yang pernah membaca artikel ini 🙂
Blogger yang berani dan mampu menjana wang dari blog ada potensi tinggi untuk merdeka ekonomi
Curahan rasa mrhanafi @ ..Panduan Pilih Kedai Gunting Rambut
Betul, blogger pun ada banyak peluang. Yang penting kita rajin dan berusaha,
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Sepagi Yang Menyeronokkan di Rabbit Fun Land Semenyih ~
yup.. jangan pandang rendah pada career seorang blogger. silap2 boleh melepasi gaji bulanan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Kena rajin berusaha sekiranya ingin menjana pendapatan dengan blog dan merdeka ekonomi dengan pendapatan tu..
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Pilihan Protein untuk Seisi Keluarga Mengekalkan Diet Seimbang
Mr Hanafi: Ini salah satu cara yang menarik untuk diusahakan, macam saya ceritakan dalam entri terbaru say.
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
Jom merdekakan diri dari segi ekonomi dan bangsa.
perlu ada perubahan
Curahan rasa Kaki Sepak @ ..5 Sebab Kenapa Anda Perlu Behenti Merokok
Memang perlu ada perubahan sekiranaya ingin merdeka ekonomi..
Jom kita berubah sekarang..
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Faedah Protein kepada Tubuh Badan yang Sangat Penting
Kaki Sepak: Perubahan memang diperlukan untuk merdeka, tidak kira lah politik atau ekonomi, atau pun diri.
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
Saya sgt selesa bekerja sendiri..tp perlu ad disiplin kalau x mmg x jadi kerja
kerja sendiri merupakan satu cara untuk menjadi anda merdeka ekonomi..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Panduan Pilih Kedai Gunting Rambut
Kerja sendiri memang best tapi perlu disiplin yang tinggi sebab kitalah boss, kitalah pekerjanya.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Sepagi Yang Menyeronokkan di Rabbit Fun Land Semenyih ~
tu kelebihan kerja sendiri. tak perlu tekanan nak berhadapan dengan bos
Curahan rasa nikkhazami @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Kerja sendiri lagi lah kena ada displin dengan jadual yang telah kita tetapkan..Kalau tidak segalanya tak menjadi..
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
kalau ada kemampuan, saya nak segera merdeka ekonomi dan bebas dari bebanan hutang, kena usaha lebih
Curahan rasa myrujukan @ ..3 Produk Panduan Kuih, Biskut Dan Maruku Untuk Raya
Memang kena berusaha dengan lebih gigih lagi, untuk merdeka dari segi kewangan ni kan..
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Apakah Punca Kaki Kejang Semasa Mengandung?
Memang kena usaha dengan gigih. Semoga tercapai cita- cita myrujukan.
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
Jom sama2 merdekakan ekonomi keluarga dan keluar dari rat race
Curahan rasa eyriqazz @ ..Rahsia Refinance Rumah
Jom bertndak sekarang untuk memaksimakan simpanan dan mengurangkan hutang supaya cepat bebas merdeka ekonomi
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Manfaat Kesihatan Minum Air Putih dengan Perut Kosong
Kita kena memerdekakan ekonomi kita dan keluarga kita dan secara tak langsung kepada Negara kita.
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
saya mahu merdeka! merdekakan diri dari segala yang membelenggu. masih mencuba.
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Kelas Blog Untuk Rakan Bisnes MJ
Merdeka dari kewangan sangat lapag dada rasanya kan..
tidak terhimpit dengan bebanan hutang
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Faedah Protein kepada Tubuh Badan yang Sangat Penting
Rasa lega bila bebanan hutang tiada lagi. Dulu Mek ila dah rasa sekali, tapi biasalah bila tambah aset, terpaksa berhutang kembali.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Sepagi Yang Menyeronokkan di Rabbit Fun Land Semenyih ~
kena kerja lebih kuat utk bebas dari hutang. hutang ptptn pun tak langsai lagi. hoho
Curahan rasa nikkhazami @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Salam.. by the way .komen lari topic sikit… mak jemah dengan mek ila yg dua dua jual vitamin ni anak beranak atau adik beradik?
Curahan rasa muhammad nizam yusof @ ..5 GAMBAR PERBEZAAN CHARGER SMARTPHONE ORIGINAL DAN TIRUAN
Adik beradik mak bapak lain lain negeri pun lain lain nizam.
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
Salam.. by the way …komen lari topic sikit… mak jemah dengan mek ila yg dua dua jual vitamin ni anak beranak atau adik beradik?
Curahan rasa muhammad nizam yusof @ ..5 GAMBAR PERBEZAAN CHARGER SMARTPHONE ORIGINAL DAN TIRUAN
Beberapa perenggan terakhir sebagai motivasi untuk berusaha mencari kelainan dalam kerjaya, menambah pendapatan dengan usaha sendiri selain terus menerima gaji. Sememangnya gaji yang diterima sekarang ini hanya untuk bayaran bil, sewaan dan sebagainya. Selebihnya itu baru la di’cut’ untuk penjimatan (bermakna perlu ada sumber kewangan lain juga)
Curahan rasa Inspirasi Huda @ ..Promosi Shaklee September 2015
Mereka yang sangat passion dengan kerjaya masig-masing pun boleh merdeka ekonomi.
pendapatan sampingan tu income pasif
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Amalan Menjemput Rezeki dengan Zikir Ya Wahhab
Huda: betul tu, kita ni perlu ada inspirasikan untuk maju dan Berjaya.
Saya juga merancang untuk bebas ekonomi diri..dan tak nak hidup susah dek hutang
Curahan rasa mrhanafi @ ..Fikir Nak Beli Laptop Baru
sekarang ni hutang pun boleh buat duit, contoh hutang positif adalah seperti ASB loan, cuma perlu disiplin untuk bayar balik setiap bulan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Download Nota Peperiksaan Separa Perubatan
Risiko penyusutan nilai wang dan kadar inflasi lebih tinggi menyebabkan kurang untung..kalau rugi lagi naya
Curahan rasa mrhanafi @ ..Panduan Pilih Kedai Gunting Rambut
Betul tu bro Hanafi. Semua sepatutnya kena ada visi yang macam ini untuk majukan ekonomi.
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
Memang tak mustahil, kerana ramai yang dah buktikannya.. semoga kita semua juga dapat merdeka dari segi kewangan, masa dan jiwa kita, suatu hari nanti..
Curahan rasa efie muhamad @ ..SHAKLEE STAR ASIA TRIP – BANGKOK
Bagus juga berpegang pada prinsip orang lain boleh buat maka saya juga boleh buat..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Fikir Nak Beli Laptop Baru
Prinsip yang bagus tu bro Hanafi untuk diamalkan. Benda yang baik memang menjadi ikutan.
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
Memang tak mustahil untuk capai kebebasan kewangan ataupun merdeka dari segi ekonomi. Jalannya agak sukar, tetapi tak mustahil untuk dilakukan
Curahan rasa sabree hussin @ ..Kursus Pra Perkahwinan sekitar Lembah Klang untuk pasangan yang ingin berkahwin
disiplin mesti tinggi kalau nk kerja sendiri ni..kalau x mmg ke laut..huhu
Vimax Malaysia: kelaut mana tu Laut China selatan atau lautan hindi ?
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
Memang sukar dan penuh ranjau untuk melalui jalan kearah kebebasan ekonomi.
Curahan rasa Sani @ ..Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!
Comments are closed.