Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri, bulan Ogos adalah bulan MERDEKA bukan sahaja untuk Malaysia juga Indonesia dan Singapore. Setiap tahun MERDEKA akan disambut dengan meriah oleh setiap negara. Erti MERDEKA pasti berbeza untuk Generasi Y dan Generasi X serta Gererasi sebelum itu.
Generasi Y lahir dizaman teknologi, zaman senang, zaman tiada pergolakan jadi pasti cara fikir mereka berbeza berbanding dengan Gererasi X yang lahir dikala Malaysia sedang menghadapi kesukaran. Selepas Merdeka komposisi masyarakat Malaysia memang terasing Melayu tinggal di kampung, Cina tinggal di bandar dan India tinggal di ladang. Klimaks kepada perbezaan ini adalah 13 Mie 1969 berlaku pergolakan antara kaum yang mengorbankan banyak nyawa.
Setelah peristiwa 13 Mei Kerajaan telah melaksanakan berbagai polisi baru untuk merapatkan perbezaan yang terlalu ketara antara kaum Bumiputera dan kaum-kaum lain. Berbagai SUBSIDI diperkenalkan untuk membantu Bumiputera antaranya biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti dan subsidi pertanian. Kerajaan juga memperkenalkan kota khas bumiputera untuk berbagai bidang. Selepas tragedi 13 Mei lahirlah FELDA, FELCRA, RISDA dan lain-lain badan kerajaan yang berfungsi membantu Bumiputera. Matlamat utama adalah untuk mencapai 30% ekonomi negara dikuasi oleh Bumiputera.
Kaum Cina dan India tidak mendapat kelebihan yang diperolehi oleh Bumiputera. Mereka perlu berusaha keras untuk terus menguasai semua bidang samada ekonomi dan pembelajaran. Asbab dari itu kaum Cina menjadi kaum yang mempunyai daya tahan dengan budaya kerja kuat yang sebati dalam diri boleh melalui segala rintangan dengan tabah.
Bumiputera sehingga hari ini masih bergantung dengan subsidi. Subsidi yang sepatutnyanya menjadi pencentus motivasi untuk menjadi bangsa yang lebih berjaya tetapi menjadi asbab kepada budaya negatif yang berakar umbi. Sebahagian kecil orang Melayu yang memanafaatkan subsidi secara positif menjadi contoh kejayaan. Sebilangan besar orang Melayu pulak hidup bergantung dengan subsidi tanpa perlu berusaha keras untuk menjadi insan yang lebih berjaya.
Berapa ramai orang Melayu yang menjual baja, disel, lembu, kambing, benih dan macam-macam lagi yang mereka perolehi daripada subsidi. Lambat je dapat subsidi mesti bising satu dunia. Lebih malang sekarang subsidi menjadi buah tangan politik.
Ramai yang tanya aku kenapa Melayu Malaysia lemah. Jawaban peribadi aku kerana SUBSIDI. Subsidi sudah menjadi HAK orang Melayu bukan KEMUDAHAN seperti sebelumnya. Subsidi menjadikan orang Melayu lemah tidak berusaha 100 peratus seperti kaum Cina. Subsidi membina budaya manja yang tidak mempunyai daya tahan kerana di dalam minda bawah sedar sudah tertanam fikiran sebarang kesukaran ada Kerajaan yang akan membantu. Akhirnya subsidi akan meruntuhkan Bangsa Melayu suatu masa nanti.
Malaysia memang sudah MEREKA 55 tahun tetapi adakah orang Melayu sudah Merdeka selagi bergantung pada SUBSIDI.
TETAPI ….
Pemimpin Melayu yang mana berani menarik balik SUBSIDI.
(Di negara mana di Dunia ada banyak SUBSIDI seperti di Malaysia?)
292 Comments
Hari kemerdekaan banyak ertinya,
Merdeka daripada terus dijajah,
Mengeratkan rakyat dgn pelbagai kaum semua,
Kerana kita harus belajar drp sejarah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Merdeka adalah hari yang penuh bersejarah,
Cuba lakukan sesuatu yg boleh membuat kita pasrah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Hari kemerdekaan ditunggu telah tiba,
Marilah kita menyambutkannya dgn perasaan suka.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
M-Malaysia akan terus maju jaya.
E-Ekonomi akan terus meningkat ke tahap diperlukan.
R-Rakyat akan terus makmur dlm suasana pelbagai kaum.
D-Duduk sama tinggi berdiri sama rendah dgn kaum lain.
E-Empayar Malaysia akan terus bersemi di persada dunia.
K-Keazaman yg tinggi utk terus makmur, aman dan sejahtera.
A-Aliran pemikiran perlu berubah ke arah kebaikan bersama.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Gunakan sepenuhnya subsidi yg diberikan, tanam azam utk membalas budi subsidi drp kerajaan utk terus berusaha memajukan Malaysia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Siapa yg menjadi mangsa jika subsidi ditarik, org Melayu jugak….
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Minyak, beras, gula, baja dll barang, memerlukan subsidi, jika tidak harga akan melambung tinggi di pasaran.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Tanpa subsidi pasti harga minyak melambung nail dipasaran, melumpuhkan lagi ekonomi org Melayu utk terus berdiri di atas kaki sendiri.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Nak maju tidak semestinya subsidi ditarik, cuma perlu jadikan subsidi ini yrk terus berusaha memajukan diri, keluarga serta negara.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Ayuh seluruh rakyat Malaysia….tekadkan azam sempena kali ke 55, tranformasikan minda utk terus memajukan Malaysia tercinta.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Merdekakan juga minda kita…supaya terus maju jaya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Subsidi sudah merupakan sebuah hal yang membuat ketergantungan. termasuk di Indonesia
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Life of Pi
Melayu…boleh….!!!! Malaysia..boleh…!!!MERDEKA…!!!!!
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Tidak menggunakan subsidi ini ke arah kebaikan, kemakmuran dan kemajuan utk Malaysia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Kalau ditarik, keistimewaan org Melayu di tanahair sendiri tergugat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Comments are closed.