Merdeka dari Subsidi itu baru sebenarnya #Merdeka55

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri, bulan Ogos adalah bulan MERDEKA bukan sahaja untuk Malaysia juga Indonesia dan Singapore. Setiap tahun MERDEKA akan disambut dengan meriah oleh setiap negara. Erti MERDEKA pasti berbeza untuk Generasi Y dan Generasi X serta Gererasi sebelum itu.

Generasi Y lahir dizaman teknologi, zaman senang, zaman tiada pergolakan jadi pasti cara fikir mereka berbeza berbanding dengan Gererasi X yang lahir dikala Malaysia sedang menghadapi kesukaran. Selepas Merdeka komposisi masyarakat Malaysia memang terasing Melayu tinggal di kampung, Cina tinggal di bandar dan India tinggal di ladang. Klimaks kepada perbezaan ini adalah 13 Mie 1969 berlaku pergolakan antara kaum yang mengorbankan banyak nyawa.

Setelah peristiwa 13 Mei Kerajaan telah melaksanakan berbagai polisi baru untuk merapatkan perbezaan yang terlalu ketara antara kaum Bumiputera dan kaum-kaum lain. Berbagai SUBSIDI diperkenalkan untuk membantu Bumiputera antaranya biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti dan subsidi pertanian. Kerajaan juga memperkenalkan kota khas bumiputera untuk berbagai bidang. Selepas tragedi 13 Mei lahirlah FELDA, FELCRA, RISDA dan lain-lain badan kerajaan yang berfungsi membantu Bumiputera. Matlamat utama adalah untuk mencapai 30% ekonomi negara dikuasi oleh Bumiputera.

Kaum Cina dan India tidak mendapat kelebihan yang diperolehi oleh Bumiputera. Mereka perlu berusaha keras untuk terus menguasai semua bidang samada ekonomi dan pembelajaran. Asbab dari itu kaum Cina menjadi kaum yang mempunyai daya tahan dengan budaya kerja kuat yang sebati dalam diri boleh melalui segala rintangan dengan tabah.

Bumiputera sehingga hari ini masih bergantung dengan subsidi. Subsidi yang sepatutnyanya menjadi pencentus motivasi untuk menjadi bangsa yang lebih berjaya tetapi menjadi asbab kepada budaya negatif yang berakar umbi. Sebahagian kecil orang Melayu yang memanafaatkan subsidi secara positif menjadi contoh kejayaan. Sebilangan besar orang Melayu pulak hidup bergantung dengan subsidi tanpa perlu berusaha keras untuk menjadi insan yang lebih berjaya.

Berapa ramai orang Melayu yang menjual baja, disel, lembu, kambing, benih dan macam-macam lagi yang mereka perolehi daripada subsidi. Lambat je dapat subsidi mesti bising satu dunia. Lebih malang sekarang subsidi menjadi buah tangan politik.

Ramai yang tanya aku kenapa Melayu Malaysia lemah. Jawaban peribadi aku kerana SUBSIDI. Subsidi sudah menjadi HAK orang Melayu bukan KEMUDAHAN seperti sebelumnya. Subsidi menjadikan orang Melayu lemah tidak berusaha 100 peratus seperti kaum Cina. Subsidi membina budaya manja yang tidak mempunyai daya tahan kerana di dalam minda bawah sedar sudah tertanam fikiran sebarang kesukaran ada Kerajaan yang akan membantu. Akhirnya subsidi akan meruntuhkan Bangsa Melayu suatu masa nanti.

Malaysia memang sudah MEREKA 55 tahun tetapi adakah orang Melayu sudah Merdeka selagi bergantung pada SUBSIDI.

TETAPI ….

Pemimpin Melayu yang mana berani menarik balik SUBSIDI.

(Di negara mana di Dunia ada banyak SUBSIDI seperti di Malaysia?)


Spread the love

292 Comments

  1. Selaku Wakil Sahabat dari Indonesia Mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan & Hari Malaysia “Sebangsa, Senegara, Sejiwa”, menyambut hari merdeka yang jatuh hari ini, Saya ucapkan Selamat Merdeka Malaysia 55 Tahun, Tepati JanjiMu, rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan. Semoga menjadi bangsa besar di dunia. Dan semoga tidak terjadi Perselisihan di negara Malaysia dan negara Indonesia.

    Salam 1 Malaysia,
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Maria MontessoriMy Profile

  2. Aktivitas kehidupan dalam mengisi kemerdekaan sering terbelenggu pada upacara yang penuh dengan simbol belaka. Itulah yang membuat setiap bangsa tidak mampu lagi memaknai arti kemerdekaan yang paling esensi.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Maria MontessoriMy Profile

          1. Akan tetapi, jati diri itu terkubur karena elite politik lebih suka berkompromi dengan para pemilik modal besar daripada dengan rakyat. Itulah yang membuat orientasi dasar kemanusiaan dan keadilan tidak berkembang karena pendidikan hanya untuk menciptakan manusia pragmatis.
            Curahan rasa Bang Iwan @ ..Maria MontessoriMy Profile

    1. SETIAP kali kita merayakan kemerdekaan selalu timbul pertanyaan mendalam di dasar hati, benarkah kita sudah merdeka seutuhnya? Keresahan kehidupan berbangsa selama ini menjadi cermin nyata bahwa kemerdekaan itu lebih merupakan seremonial dan simbol belaka.
      Curahan rasa Bang Iwan @ ..Maria MontessoriMy Profile

            1. Sebagian kecil orang itu mungkin sudah merasa merdeka, tetapi sebagian besar masyarakat belum merasakan kemerdekaan dalam arti demikian. Sumber alam bukan untuk kepentingan mereka, melainkan demi kepentingan para pemilik modal.
              Curahan rasa Bang Iwan @ ..Maria MontessoriMy Profile

  3. kebanyakan subsidi kerajaan lebih tertumpu kepada keperluan asas rakyat seperti makanan, petrol, tol, tenaga dan sebagainya, yang mana di nikmati oleh semua rakyat tanpa mengira kaum dan status kekayaan, manakala subsidi pelajaran sudah dikurangkan diganti dengan pinjaman. Jadi mengatakan bahawa orang Melayu Malaysia masih bergantung kepada subsidi kerajaan adalah kurang tepat kerana semua rakyat Malaysia telah dan sedang menikmati subsidi yang sama. Masalah yang perlu dihadapi sekarang ialah diskriminasi pekerjaan, politik, sosial, kebajikan yang semakin meluas …wallahuaklam
    Curahan rasa Bro Yusri @ ..Buta mata kanan: Pengguna saman pengeluar produk RM1jMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!