Aku Anak Malaysia Merdeka

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tahun ini ulangtahun Malaysia #Merdeka54 agak berbeza dimana disambut serentak dengan Aidilfitri lalu digelar Merdeka Raya. Perarakan sambutan Malaysia #Merdeka54 juga ditangguhkan kepada 16 September 2011 bersama dengan ulang tahun kewujudan Malaysia. Bersyukur sangat kerana Aku Anak Malaysia Merdeka yang dilahirkan setelah Malaysia mengecapi Kemerdekaan.

Mendengar cerita dari orang tua betapa deritanya mereka berjuang untuk hidup sebelum Merdeka terutama kesengsaraan di zaman Komunis Bintang Tiga. Adakah semua rakyat Malaysia dan Aku Anak Malaysia Merdeka tidak menghargai Perjuang Kemerdekaan yang mengadai nyawa memperjuangkan kebebasan Malaysia. Jika tidak kenapa kita tidak berusaha bersungguh-sungguh memajukan diri kita dan secara tidak lansung memajukan Bangsa dan Negara.

Klik Bendera untuk Mengetahu Rahsia Aku Anak Malaysia Merdeka

Mengapa yang menagih dadah itu orang kita? Mengapa yang mengamalkan seks bebas itu orang kita? Mengapa yang buang bayi itu orang kita? Mengapa yang merempit itu orang kita? Mengapa yang gagal peperiksaan itu orang kita? Mengapa yang menganggur itu orang kita? Mengapa? Mengapa?

Aku Anak Malaysia Merdeka merasa bertanggungjawab untuk memastikan Malaysia terus kekal Merdeka dari penjajahan bukan sahaja penjajahan fizikal malah yang lebih hebat penjajahan mental. Adakah ANDA juga seperti Aku Anak Malaysia Merdeka? Jika ya maka apakah sumbangan ANDA untuk Malaysia #Merdeka54?


Spread the love

48 Comments

  1. Pingback: Thanks Contest Seo

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!