Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri, bulan Ogos adalah bulan MERDEKA bukan sahaja untuk Malaysia juga Indonesia dan Singapore. Setiap tahun MERDEKA akan disambut dengan meriah oleh setiap negara. Erti MERDEKA pasti berbeza untuk Generasi Y dan Generasi X serta Gererasi sebelum itu.
Generasi Y lahir dizaman teknologi, zaman senang, zaman tiada pergolakan jadi pasti cara fikir mereka berbeza berbanding dengan Gererasi X yang lahir dikala Malaysia sedang menghadapi kesukaran. Selepas Merdeka komposisi masyarakat Malaysia memang terasing Melayu tinggal di kampung, Cina tinggal di bandar dan India tinggal di ladang. Klimaks kepada perbezaan ini adalah 13 Mie 1969 berlaku pergolakan antara kaum yang mengorbankan banyak nyawa.
Setelah peristiwa 13 Mei Kerajaan telah melaksanakan berbagai polisi baru untuk merapatkan perbezaan yang terlalu ketara antara kaum Bumiputera dan kaum-kaum lain. Berbagai SUBSIDI diperkenalkan untuk membantu Bumiputera antaranya biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti dan subsidi pertanian. Kerajaan juga memperkenalkan kota khas bumiputera untuk berbagai bidang. Selepas tragedi 13 Mei lahirlah FELDA, FELCRA, RISDA dan lain-lain badan kerajaan yang berfungsi membantu Bumiputera. Matlamat utama adalah untuk mencapai 30% ekonomi negara dikuasi oleh Bumiputera.
Kaum Cina dan India tidak mendapat kelebihan yang diperolehi oleh Bumiputera. Mereka perlu berusaha keras untuk terus menguasai semua bidang samada ekonomi dan pembelajaran. Asbab dari itu kaum Cina menjadi kaum yang mempunyai daya tahan dengan budaya kerja kuat yang sebati dalam diri boleh melalui segala rintangan dengan tabah.
Bumiputera sehingga hari ini masih bergantung dengan subsidi. Subsidi yang sepatutnyanya menjadi pencentus motivasi untuk menjadi bangsa yang lebih berjaya tetapi menjadi asbab kepada budaya negatif yang berakar umbi. Sebahagian kecil orang Melayu yang memanafaatkan subsidi secara positif menjadi contoh kejayaan. Sebilangan besar orang Melayu pulak hidup bergantung dengan subsidi tanpa perlu berusaha keras untuk menjadi insan yang lebih berjaya.
Berapa ramai orang Melayu yang menjual baja, disel, lembu, kambing, benih dan macam-macam lagi yang mereka perolehi daripada subsidi. Lambat je dapat subsidi mesti bising satu dunia. Lebih malang sekarang subsidi menjadi buah tangan politik.
Ramai yang tanya aku kenapa Melayu Malaysia lemah. Jawaban peribadi aku kerana SUBSIDI. Subsidi sudah menjadi HAK orang Melayu bukan KEMUDAHAN seperti sebelumnya. Subsidi menjadikan orang Melayu lemah tidak berusaha 100 peratus seperti kaum Cina. Subsidi membina budaya manja yang tidak mempunyai daya tahan kerana di dalam minda bawah sedar sudah tertanam fikiran sebarang kesukaran ada Kerajaan yang akan membantu. Akhirnya subsidi akan meruntuhkan Bangsa Melayu suatu masa nanti.
Malaysia memang sudah MEREKA 55 tahun tetapi adakah orang Melayu sudah Merdeka selagi bergantung pada SUBSIDI.
TETAPI ….
Pemimpin Melayu yang mana berani menarik balik SUBSIDI.
(Di negara mana di Dunia ada banyak SUBSIDI seperti di Malaysia?)
292 Comments
Keistimewaan org Melayu (bumiputera), pasti terjejas jika ditarik, ini pandangan peribadi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Siapa yg sanggup menarik tongkat org Melayu??? sukar utk dijawab..ada yg suka dan ada yg berduka bila ditarik subsidi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Tongkat utk org Melayu utk terus berdiri…..subsidi..subsidi….rasanya jika ditarik maka lumpuhlah perjalanan hidup org Melayu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Subsidi….tongkat utk org Melayu, tanpa tongkat jalanan penuh longlai.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Salam kemerdekaan ke 55 buat seluruh rakyat Malaysia. MERDEKA…MERDEKA..MERDEKA…!!! 😀
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
rakyat terlalu dimanja sejak dari dulu.. kalau tak bagi subsidi abis hilang undi pula
Curahan rasa Terbakor @ ..Wanita enggan lepas beg ditetak peragut 7 kali – Terbakor
Undi adalah penting utk terus memerintah, jika ditarik takut nanti kalah teruk dlm PRU ke 13 nanti, ramai yg boikot pula.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
nak buat camana, subsidi tu la modal politik.. kalau tak bagi subsidi ramai orang bising.. seharusnya kita tak dimanjakan sampai sebegini. contoh macam pinjaman untuk pelajara, tak boleh ke buat adil untuk semua
Curahan rasa Terbakor @ ..Wanita enggan lepas beg ditetak peragut 7 kali – Terbakor
Betul tu, ramai yg bising bila mana subsidi ditarik, org kampung ni yang masih memerlukan tongkat sakti ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Subsidi atau bantuan hanya perlu diberikan pada golongan benar-benar memerlukan.
Curahan rasa anif @ ..Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 55
kita telah dibuaikan dengan subsidi sejak dasar ekonomi baru diperkenalkan lagi. Memang sudah sebati.
Curahan rasa hatiputera @ ..Wanita Malaysia Paling Ramai Curang
Memang sebati dlm jiwa org Melayu, sukar dibuang tongkat sakti ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Nampaknya subsidi sudah menjadi seperti candu pada asal tujuan asalnya untuk membantu dan meringankan bebanan.
Harap masyarakat perlu sedar yang mereka perlu berdiri diatas kaki sendiri kalau mahu berdaya saing.
Curahan rasa akubiomed @ ..Selamat menyambut Hari Merdeka ke 55
Perlu elakan terlalu bergantung kepada subsidi supaya lebih maju ke depan.
Curahan rasa lewisdotmy @ ..Senarai Website Untuk Simpan Gambar Percuma
Tongkat sakti (subsidi) or Melayu, mungkin ini khas utk Tanah Melayu (Malaysia), bumiputera, takut tergugat kedudukan org Melayu di tanah air sendiri.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
sepatutnya begitu lama negara kita merdeka orang melayu sudah boleh berdiri sendiri dengan usaha dan kekayaan sendiri, tetapi amat malang kerana segala kekayaan di manipulasi oleh kaum-kaum lain sehingga kita masih dibelengu subsidi. mentality tidak suka orang melayu sesama melayu meraih kekayaan menyebabkan orang melayu saling jatuh menjatuhkan antara satu sama lain sedangkan bangsa lain rakus mengambil kesempatan itu.
emm melayu rasanya tak leh hidup kalau tak ada subsidi…
Curahan rasa Hafizul @ ..Check List 20 Penyertaan Bonus Raya Aidilfitri 2012 by Denaihati
sampai sekarang ekuiti bumiputra masih bawah 30%. yang kaya raya sekarang pun mostly tak jadi melayu dah. hidup gaya barat. melayu melayu.
Masih kurang org Melayu yang kaya raya, yang kaya susah pula nak membantu kepada yg miskin, sebab tu subsidi ini diteruskannya bagi meringankan org Melayu yg memerlukannya supaya terus bersaing dgn bangsa lain.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
saya setuju dengan penulisan ini
Curahan rasa Juan @ ..Sejarah Laungan Azan
Penulisan yg dibuat byk tersimpan seribu pengertian.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Comments are closed.