Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri, bulan Ogos adalah bulan MERDEKA bukan sahaja untuk Malaysia juga Indonesia dan Singapore. Setiap tahun MERDEKA akan disambut dengan meriah oleh setiap negara. Erti MERDEKA pasti berbeza untuk Generasi Y dan Generasi X serta Gererasi sebelum itu.
Generasi Y lahir dizaman teknologi, zaman senang, zaman tiada pergolakan jadi pasti cara fikir mereka berbeza berbanding dengan Gererasi X yang lahir dikala Malaysia sedang menghadapi kesukaran. Selepas Merdeka komposisi masyarakat Malaysia memang terasing Melayu tinggal di kampung, Cina tinggal di bandar dan India tinggal di ladang. Klimaks kepada perbezaan ini adalah 13 Mie 1969 berlaku pergolakan antara kaum yang mengorbankan banyak nyawa.
Setelah peristiwa 13 Mei Kerajaan telah melaksanakan berbagai polisi baru untuk merapatkan perbezaan yang terlalu ketara antara kaum Bumiputera dan kaum-kaum lain. Berbagai SUBSIDI diperkenalkan untuk membantu Bumiputera antaranya biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti dan subsidi pertanian. Kerajaan juga memperkenalkan kota khas bumiputera untuk berbagai bidang. Selepas tragedi 13 Mei lahirlah FELDA, FELCRA, RISDA dan lain-lain badan kerajaan yang berfungsi membantu Bumiputera. Matlamat utama adalah untuk mencapai 30% ekonomi negara dikuasi oleh Bumiputera.
Kaum Cina dan India tidak mendapat kelebihan yang diperolehi oleh Bumiputera. Mereka perlu berusaha keras untuk terus menguasai semua bidang samada ekonomi dan pembelajaran. Asbab dari itu kaum Cina menjadi kaum yang mempunyai daya tahan dengan budaya kerja kuat yang sebati dalam diri boleh melalui segala rintangan dengan tabah.
Bumiputera sehingga hari ini masih bergantung dengan subsidi. Subsidi yang sepatutnyanya menjadi pencentus motivasi untuk menjadi bangsa yang lebih berjaya tetapi menjadi asbab kepada budaya negatif yang berakar umbi. Sebahagian kecil orang Melayu yang memanafaatkan subsidi secara positif menjadi contoh kejayaan. Sebilangan besar orang Melayu pulak hidup bergantung dengan subsidi tanpa perlu berusaha keras untuk menjadi insan yang lebih berjaya.
Berapa ramai orang Melayu yang menjual baja, disel, lembu, kambing, benih dan macam-macam lagi yang mereka perolehi daripada subsidi. Lambat je dapat subsidi mesti bising satu dunia. Lebih malang sekarang subsidi menjadi buah tangan politik.
Ramai yang tanya aku kenapa Melayu Malaysia lemah. Jawaban peribadi aku kerana SUBSIDI. Subsidi sudah menjadi HAK orang Melayu bukan KEMUDAHAN seperti sebelumnya. Subsidi menjadikan orang Melayu lemah tidak berusaha 100 peratus seperti kaum Cina. Subsidi membina budaya manja yang tidak mempunyai daya tahan kerana di dalam minda bawah sedar sudah tertanam fikiran sebarang kesukaran ada Kerajaan yang akan membantu. Akhirnya subsidi akan meruntuhkan Bangsa Melayu suatu masa nanti.
Malaysia memang sudah MEREKA 55 tahun tetapi adakah orang Melayu sudah Merdeka selagi bergantung pada SUBSIDI.
TETAPI ….
Pemimpin Melayu yang mana berani menarik balik SUBSIDI.
(Di negara mana di Dunia ada banyak SUBSIDI seperti di Malaysia?)
292 Comments
berat juga persoalan ni..
Curahan rasa fantasi @ ..De’ Fantasia Di Lancarkan!
Banyak yg suka dan ada yg tidak suka, bila subsidi ditarik, ia dah sebati dlm jiwa org Melayu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Itulah,.. dah diberi banyak kemudahan tapi masih tak bersyukur. Bagi betis nak paha pulak. 🙁
Curahan rasa shraqs @ ..Samsung Galaxy Camera
Siapa yg tak nak yg free oiii…….irulah tongkat sakti utk org Melayu.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Sebenarnya kita harus bersyukur dgn pemberian subsidi, cuma ramai yg tidak gunakan keistimewaan yg ada ke arah kebaikan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
salam aimaniman…
ya setuju dengan ungkapan..”kalau subsidi yang ‘perlu’ memang tugas kerajaan dipilih untuk membantu rakyatnya”…
bak kata pepatah….”give a man the fish and you will feed him for a day…but teach the man to fish and you will feed him for a lifetime…”
sekali lagi ditegaskan…pokok pangkalnya orang yang diberi subsidi itulah perlu berusaha dan perlu bijak memanfaatkan peluang yang diberikan….
kesimpulannya…
Jadilah melayu yang bijak… Dan bersyukur di bumi Malaysia..
Curahan rasa fazrol @ ..Restoran Wong Solo – Bandar Tasik Permaisuri!
subsidi atau meraih undi??
kalau subsidi yang ‘perlu’ memang tugas kerajaan dipilih untuk membantu rakyatnya,.. tapi kalau manusia disuap makanan, tu yg x reti2 nak cari sendiri, baik diberikan ‘kerja’ taulah dia cari ‘makanan’ sendiri.. so subsidi pendidikan, perubatan,dan kemudahan asas memang perlu disediakan oleh kerajaan dipilih sehinggalah rakyat berjaya ‘berlari pecut’ sendiri… entahlah….
Curahan rasa aimaniman @ ..Empat Mak Dara Pingitan Beraya
Kalau subsidi di Indonesia hal tersebut juga berlaku
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Praktik Keperawatan Profesional
Benar kata sahabat DH, subsidi memang sepertinya membuat sebagian Rakyat merasa tidak ingin “berjuang” lebih untuk mendapatkan yang lebih baik dengan usahanya sendiri
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Praktik Keperawatan Profesional
Dan akhirnya pun “ketergantungan” akan subsidi akan berlaku suatu masa nanti
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Praktik Keperawatan Profesional
Sedangkan sekarang berjuangnya tentunya beda dalam dengan jaman dahulu dalam merebut dan memperjuangankan kemerdekaan
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Praktik Keperawatan Profesional
Berjuang dalam membangun negara yang merdeka memang tidaklah mudah
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Praktik Keperawatan Profesional
Kemerdekaan negara kita memang harus diisi dengan pembangunan dalam segala sektor
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Praktik Keperawatan Profesional
Semua sektor yang dibangun tersebut seharusnya bertujuan demi kesejahteraan rakyat negara tersebut
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Praktik Keperawatan Profesional
Karena di Indonesia sendiri ketimpangan baik dari segi ekonomi, sosial serta budaya dan segi-segi lainnya masih banyak
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Praktik Keperawatan Profesional
banyak subsidi kat Malaysia ni..
Curahan rasa KiD @ ..Masalah Wireless UniFi
Kalau para pejuang dahulu berjuang untuk mendapatkan hak kemerdekaan
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Praktik Keperawatan Profesional
Dimana hak kemerdekaan itu adalah hak bagi setiap bangsa
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Praktik Keperawatan Profesional
Berjuang mendapatkan kemerdekaan dengan pengorbanan harta serta jiwa
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Praktik Keperawatan Profesional
Dan tentunya tidak sedikit pengorbanan tersebut demi meraih sebuah kemerdekaan
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Praktik Keperawatan Profesional
tak ramai yang pandai berfikiran matang. subsidi ni sebenarnya kalau kena gaya nya ok je. yang penting mentaliti. orang melayu sekarang lagi suka duduk diam dan terima. pemerintah pula bila nak pilihanraya mula bagi macam2. macam mana lah nak educate rakyat kalau sikit sikit bagi. sikit sikit bagi. hurm…harap generasi Y mampu ubah perception terhadap melayu bangsa subsidi
Curahan rasa ayu @ ..Penaja untuk Giveaway / Contest
Salam…
subsidi ada impact negatif dan positifnya….
yang negatifnya seperti saudara denaihati katakan…ia membentuk masyarakat melayu yang manja dan malas berusaha..dan hanya tahu bergantung harap kepada kerajaan…dan bila tak dapat hanya tahu menyalahkan kerajaan…
impak positifnya tertumpah kepada segelintir melayu yang pandai mengambil peluang dari pemberian subsidi tersebut…klu dulu melayu seperti ini hidup miskin…selepas terima subsidi hidup mereka berubah menjadi senang lenang….itupun berkat dari usaha keras mereka untuk berjaya dalam kehidupan….serta sifat tawakal kepada allah…
keypointnya di sini adalah adalah usaha dan tawakal…klu melayu malas berusaha…hang bagi pi lah subsidi macam mana pun…dok takat tu jelahh…..
Curahan rasa Zainal @ ..How To Convert PDF File To JPEG File Using FM PDF To JPEG Converter
sebuah pemikiran yang bagus
mungkin ada yg kata org melayu ni terlalu manja..tapi aku memang tak sokong klu subsidi dihapuskan…banyak impak negatif dari positive..
lainlah kalau subsidi dihapuskan “tetapi” rakyat dah tak perlu bayar cukai ….ni dah semua benda bercukai, tapi tak dapat plak subsidi..??apa cerita ?? haha…nanti kerajaan malaysia ni dicop / di ibaratkan seperti “kerajaan makan duit kopi” atau “kerajaan makan duit perlindungan” plak….apa faedah kita bayar duit cukai tapi rakyat tak dapat kemudahan ? aku rasa mcm kerajaan diktator pun ada…malah tak terasa merdeka..sama aja mcm zaman jepun…rompak duit rakyat..
(*kerajaan nak bg subsidi pun melalui duit mana? Bukan kaut dr duit cukai n rolling balik je ke??…betulkan pendapat aku kalau salah..hi hi)
Cuba bayangkan pula macam mana kehidupan akan datang kalau subsidi dihapuskan…( Bukan kata cina ,india…malah melayu terutama sekali )
1. yg susah bertambah susah
2. yg kaya bertambah kaya kan kan kan ??
Miskin tak semestinya malas bekerja……Kaya pula tak semestinya rajin bekerja..rezeki mmg dr Allah…Mungkin sbb “tema merdeka” buat rmi org duk kata kita ni tak hargai apa yg ada di Malaysia…Sombong….dah bg betis minta pula peha…..Apa-apa pun mmg tugas kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat kan? Hi hi hi…Kata biar “Janji ditepati”…Jangan sampai “Janji diChappati” sudah…hahahahha
Apa2 pun selamat menyambut Merdeka yg ke 50…..topik ni mmg bikin panas…haha…mcm2 isu positif dan negatif boleh dibangkitkan…wa pun,dr silent reader terus tulis berjela…
#aku pun nak tunggu juga pemimpin mana yg berani nak umumkan tiada sebarang pencukaian kepada rakyat lepas ni…ahahaha,,,baru adil kan bila nak tarik subsidi??
Salam Merdeka untuk semua warga Malaysia.. Merdekakan minda anda.. 🙂
Curahan rasa myvitrd @ ..Cek Berganda Dari Nuffnang
di sekolah pula sekarang miskin kaya merasa yuran free..exam penting seperti PMR pun dihapuskan..
nampak macam segelintir pelajar anak melayu generasi Y sekarang tak tahu kenapa perlu belajar..sebab dah selesa semuanya free
Curahan rasa cikgu naman @ ..WW-Rambut Awan Nano
Comments are closed.