Merdeka dari Subsidi itu baru sebenarnya #Merdeka55

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri, bulan Ogos adalah bulan MERDEKA bukan sahaja untuk Malaysia juga Indonesia dan Singapore. Setiap tahun MERDEKA akan disambut dengan meriah oleh setiap negara. Erti MERDEKA pasti berbeza untuk Generasi Y dan Generasi X serta Gererasi sebelum itu.

Generasi Y lahir dizaman teknologi, zaman senang, zaman tiada pergolakan jadi pasti cara fikir mereka berbeza berbanding dengan Gererasi X yang lahir dikala Malaysia sedang menghadapi kesukaran. Selepas Merdeka komposisi masyarakat Malaysia memang terasing Melayu tinggal di kampung, Cina tinggal di bandar dan India tinggal di ladang. Klimaks kepada perbezaan ini adalah 13 Mie 1969 berlaku pergolakan antara kaum yang mengorbankan banyak nyawa.

Setelah peristiwa 13 Mei Kerajaan telah melaksanakan berbagai polisi baru untuk merapatkan perbezaan yang terlalu ketara antara kaum Bumiputera dan kaum-kaum lain. Berbagai SUBSIDI diperkenalkan untuk membantu Bumiputera antaranya biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti dan subsidi pertanian. Kerajaan juga memperkenalkan kota khas bumiputera untuk berbagai bidang. Selepas tragedi 13 Mei lahirlah FELDA, FELCRA, RISDA dan lain-lain badan kerajaan yang berfungsi membantu Bumiputera. Matlamat utama adalah untuk mencapai 30% ekonomi negara dikuasi oleh Bumiputera.

Kaum Cina dan India tidak mendapat kelebihan yang diperolehi oleh Bumiputera. Mereka perlu berusaha keras untuk terus menguasai semua bidang samada ekonomi dan pembelajaran. Asbab dari itu kaum Cina menjadi kaum yang mempunyai daya tahan dengan budaya kerja kuat yang sebati dalam diri boleh melalui segala rintangan dengan tabah.

Bumiputera sehingga hari ini masih bergantung dengan subsidi. Subsidi yang sepatutnyanya menjadi pencentus motivasi untuk menjadi bangsa yang lebih berjaya tetapi menjadi asbab kepada budaya negatif yang berakar umbi. Sebahagian kecil orang Melayu yang memanafaatkan subsidi secara positif menjadi contoh kejayaan. Sebilangan besar orang Melayu pulak hidup bergantung dengan subsidi tanpa perlu berusaha keras untuk menjadi insan yang lebih berjaya.

Berapa ramai orang Melayu yang menjual baja, disel, lembu, kambing, benih dan macam-macam lagi yang mereka perolehi daripada subsidi. Lambat je dapat subsidi mesti bising satu dunia. Lebih malang sekarang subsidi menjadi buah tangan politik.

Ramai yang tanya aku kenapa Melayu Malaysia lemah. Jawaban peribadi aku kerana SUBSIDI. Subsidi sudah menjadi HAK orang Melayu bukan KEMUDAHAN seperti sebelumnya. Subsidi menjadikan orang Melayu lemah tidak berusaha 100 peratus seperti kaum Cina. Subsidi membina budaya manja yang tidak mempunyai daya tahan kerana di dalam minda bawah sedar sudah tertanam fikiran sebarang kesukaran ada Kerajaan yang akan membantu. Akhirnya subsidi akan meruntuhkan Bangsa Melayu suatu masa nanti.

Malaysia memang sudah MEREKA 55 tahun tetapi adakah orang Melayu sudah Merdeka selagi bergantung pada SUBSIDI.

TETAPI ….

Pemimpin Melayu yang mana berani menarik balik SUBSIDI.

(Di negara mana di Dunia ada banyak SUBSIDI seperti di Malaysia?)


Spread the love

292 Comments

  1. Rakyat malaysia ni kebanyakannya kalau takde subsidi, tak boleh nak hidup, bukannya tak boleh nak hidup ke apa tapi sebab perangai suka sangat begantung pada orang lain tu pasal otak tu pikir kena ada je subsidi kalau takde subsidi rasa macam tak leh teruskan hidup, jangan jadi sperti melukut ditepi gantang sudahlah
    Curahan rasa jal @ ..Merdeka bukan maksudnya bebasMy Profile

  2. generasi Y terlalu manja sampai kalau boleh belajar pun nak subsidi..takut nanti generasi Y tamak dan tak bersyukur dengan pemberian yang di beri..

    bangsa lain maju sebab mereka berusaha dan mereka tahu tiada sapa nak tolong mereka bila mereka susah..nak tak nak mereka kena tolong diri-sendiri dan bangsa mereka..yang kita ni bukan nak tolong bangsa sendiri malah berdengki lagi..jadinya kita pergi mana pun walaupun dah 55 tahun merdeka..selamat hari merdeka!!
    Curahan rasa Adib @ ..Wordless WednesdayMy Profile

  3. Subsidi yg bagaimana bro maksukan?subsidi rasanya semua merasa. mcm bro ariff katakan. kalau subsidi minyak ditarik. agak2nya malaysia akan alami rusuhan kut.komoditi terpenting tu.kalau dah kaya mungkin tidak mengapa.yg sederhana jadi susah. yg beza melayu dan cina adalah hak keistimewaan org melayu yg dicagarkan demi kerakyatan bangsa lain. itu yg sebenarnya dan harap benar2 fakta tu. minta dijauhkan daripada fitnah dajal.

    1. Bro baru setahun dua ini je semua merasa kalau dulu biasiswa hanya untuk Bumiputera sahaja, Subsidi Pertanian untuk Bumiputera sahaja tu belum lagi kota-kota khas untuk Bumiputera. Dulu Sekolah asrama penuh untuk Bumiputera sahaja. Felda untuk Bumiputera sahaja dan banyak lagi kemudahan untuk Bumiputera sahaja. Gerenasi Y tak tahu apa yang berlaku sebelum ini. Dari dulu hanya subsidi tepung, gula dan minyak sahaja yg semua merasa.
      Curahan rasa denaihati @ ..Buat Baik Belum Tentu Manusia Balas BaikMy Profile

      1. Hmm… jangan cakap mcm tu bro, tak semestinya semua generasi Y tak tahu. Terasa macam apa yang dibelajar oleh cikgu sejarah dan cerita daripada atuk, ayah dan nenek yang hidup pada zaman tu macam tidak benar pula. Adakah ilmu yang di ajar di sekolah tidak benar. Besar kemungkinan ada kebenarannya. Tapi jika dikatakan bumiputera yang dapat semua kelebihan tu sebab ianya keistimewaan mereka. Yang menyebabkan mereka jadi malas bukan sebab subsidi tetapi pada saya ialah diri sendiri. Tidak pandai menggunakan ‘cushion’ yang ada untuk jadi lebih baik. Adakah bangsa Melayu akan lebih berjaya jika tiada subsidi atau terus lingkup? Hanya Allah yang tahu. Saya nak juga tgk Melayu tanpa hak keistimewaan seperti subsidi seperti bro katakan, mungkin zaman saya akan datang saya dapat menilai hasil daripada tiada subsidi. Semua bangsa di Malaysia ni perlukan each other, nak salahkan penjajah kerana ‘divide and rule’ pun tidak guna. Sebabnya semua yang telah terjadi dan akan terjadi sudah ditentukan olehNYA. Semoga Melayu Malaysia terus makmur, sedar dan jangan sia-siakan keistimewaan yang sedia ada. Mungkin jika tiada subsidi, Melayu hanya selesa tinggal di kampung, Cina tinggal di bandar dan India di estet. Ataupun, jika orang Cina dan India tiada di Tanah Melayu dari dulu, adakah Melayu akan maju? Sekali lagi, hanya Allah yang tahu. Pendapat, hipotisis dan ramalan manusia hanya tinggal sebegitu sahaja.
        Curahan rasa halif @ ..Puduraya – RevisitMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!