Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, teringat kata-kata mutawif yang bawa rombongan kami ke Baitulmuqaddis katanya hanya ada satu sahaja makam Rasul yang 100% pasti iaitu makam Baginda Rasulullah SAW di Masjid Nabawi Madinah. Selain daripada itu semua makam-makam Rasul dan Nabi yang lain adalah kisah yang disampaikan dari satu generasi kepada genarasi yang lain sehingga kekadang ada dua tiga makan Rasul yang sama di tempat berbeza.
Alhamdulillah dengan izin ALLAH aku telah dipilih untuk menziarahi banyak makam Rasul dan Nabi disepanjang kembara aku menjejaki bumi ciptaan ALLAH. Bermula kali pertama pada tahun 2007 apabila ALLAH pilih aku untuk menziarahi Baginda Nabi Muhammad SAW memang sangat tersentuh hati dan tersemat kerinduan apabila lama tidak bertemu. Apabila menziarahi Baginda Rasulullah SAW, para alim ulama akan menghantar laporan dalam doanya bercerita semua kerja dakwah yang telah mereka lakukan dan azam usaha yang bakal mereka buat sekembali ke tahan air nanti. Aku pun tiru sedikit sebanyak tertib alim ulama menziarahi Rasulullah SAW walaupun selalunya terkedu lidah nak berdoa kerana tiada apa yang nak dilaporkan kepada Baginda.
Pada Disember 2013 alhamdulillah aku dan keluarga dapat menjejaki kaki ke bumi rebutan tiga agama Baitulmuqaddis. Seminggu mengembara dari Amman Jordan ke Baitlmuqaddis ke Tebria dan kembali semula ke Aman banyak makam-makam Rasul dan nabi yang kami ziarahi. Antara makam Rasul dan Nabi yang kami ziarahi adalah :
1. Makam Nabi Musa a.s terletak di Jericho di dalam Masjid Nabi Musa.
2. Makam Nabi Daud a.s di dalam sebuah bagunan yang menjadi tempat beribadah orang Yahudi. Tak boleh ambil gambar makam Baginda dan setiap pelawat yang masuk mesti menutup kepala kalau tiada kupiah kenalah pakai kupiah ala Yahudi.
3. Makam Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ishak a.s dan Nabi Yaakob a.s terletak di dalam Masjid Nabi Ibrahim di Hebron. Umat Islam hanya boleh melihat makam Nabi Ibrahim a.s, makam Siti Sarah isteri Nabi Ibrahim, makam Nabi Ishak a.s dan makam Rifqah isteri Nabi Ishak. Makam Nabi Yaakob dan isteri dihalang dengan tembok khas untuk bangsa Yahudi sahaja. Masjid Nabi Ibrahim dikawal ketat oleh tentera-tentera Israel.
4. Makam Nabi Yunus a.s terketak dalam Masjid Nabi Yunus di bandar kecil Halhul. Pasti ramai yang sudah tahu kisah Nabi Yunus a.s yang ditelan ikan puas.
5. Makam Nabi Shuaib a.s terletak dalam Masjid Nabi Shuaib di Lembah Jordan.
Alhamdulillah pada Mei 2014 aku dan rombongan dipilih ALLAH untuk menjejaki kaki di bumi Turki yang banyak meninggalkan jejak-jejak sejarah para Rasul dan Nabi. Turki di bawah kerajaan Uthmaniah pernah menjajah 2/3 dunia di bawah pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih. Di Turki kami singgah di bandar-bandar beribu kilo meter dari Istanbul untuk menjejaki makam-makam beberapa Rasul dan Nabi antaranya :
1. Makam Nabi Ayyub a.s, makam Siti Rahmah isteri Nabi Ayyub dan makam Nabi Ilyasa a.s di bandar Urfa sempadan dengan Syria.
2. Makam Nabi Seth a.s dan makam Nabi Daniel a.s di bandar Tarsus.
Bersyukur sangat kerana aku di pilih ALLAH untuk menziarahi makam-makan insan hebat pilihan ALLAH. Semuga ziarah ini menjadi asbab masuknya hidayah dalam jiwa dan turunnya hidayah keseluruh alam. Kita boleh saja mengembara keseluruh dunia tetapi mesti ada azam dalam diri untuk menziarahi makam-makam Rasul dan Nabi. Tidak ternilai dengan wang ringgit pengalaman dapat menjejaki bumi keramat.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia Yakjuj Makjuj sudah terbongkar! Klik Sini
Rahsia magnet rezeki bukan lagi rahsia! Klik Sini
Sedekah pembuka pintu rezeki. Ramai yang masih tidak tahu rahsianya! Klik Sini[/box]
55 Comments
untungnya dapat ke sana. Semoga saya diberi peluang juga untuk ke sana
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..6 Cara Kurus Dengan Cinch Shake
Salam…. beruntungnya bro Denaihati dapat jejaki ke makam para nabi dan rasul. Semoga Allah permudahkan agar suatu hari nanti saya pula ke sana. Teringin sangat untuk ziari makam Rasulullah.
Curahan rasa Top SEO Friendly @ ..10 Cara Agar Blog Anda Top SEO Friendly
Dari sini saya dapat faham bahawa pentingnya berusaha sampai tahap “financial freedom”.. Di situ kita akan bebas masa dan bebas kewangan untuk diurus dan pergi ke mana jua yang kita mau… Tahniah abg!
Curahan rasa Hilal @ ..Naikkan berat badan 8 kilo dalam 60 hari
InsyaAllah, Mek ila pun tengah berusaha untuk mencapai financial freedom ini. Moga tercapai hasrat itu,
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Bila Motor Kapcai Race Dengan Motor Besar
ada masa, memang teringin nak pergi melawat makan nabi dan rasul kat sana.
in-sha Allah.
Soon.
Curahan rasa guliroket @ ..Undi Guliroket.com sebagai Best Blog Sports Blog di MSMW 2015.
Bertuahnya Tuan DH dapat menziarahi makam-makam insan yang terpilih. Semoga suatu hari nanti, dapat jugak saya mengikut jejak DH, sekurang-kurangnya menziarahi makam baginda , Nabi Muhammad S. A. W
Curahan rasa Sharimah @ ..Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015
semoga satu hari nanti saya juga akan ke sana..insyaAllah…seonok baca pengalaman orang ni..
Curahan rasa MamaBard @ ..Tips Menggunakan Planner Untuk Urus Hidup
Insya Allah. Saya pun teringin juga menjejakkan kaki dan mengunjungi Makan Nabi Besar kita Nabi Muhammad SAW
Curahan rasa Shasrizan @ ..Cara menjadi seorang blogger yang berjaya
Rasa nak jugak melawat makam muhammad,terasa rindu pulak dihati ini….
Curahan rasa ishak @ ..Respon saya tentang isu salib di Taman Medan
bagi saya, ini boleh menginsafkan diri. Sekali sekala kena buat gak lawatan ke tempat-tempat macam ni.
Curahan rasa encikarman @ ..14 Komisen Lazada March 2015
seronok saya baca pengalaman tuan DH melawat makam-makam ni semua..doa kan kami sekeluarga berjaya melalui pengalaman seperti tuan gak ye
Curahan rasa JMR @ ..Hadiah hari jadi
ya..saya juga nak sana ..insya Allah kalau ada rezeki yang kaw-kaw bukan perkara yang mustahil buat kita semua..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Blog Senjata Promosi Seorang Blogger
insyallah..kalau ada rezeki… memang ingin nak pergi..,kalau dapat macam tuan denaihati kan best dapat pergi kesana kemari
Curahan rasa ishak @ ..Respon saya tentang isu salib di Taman Medan
Semoga diberi peluang untuk ke sana suatu hari nanti, insya-Allah. 🙂
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Persediaan Ke Jepun Part 8
Alhamdulillah, selepas ini mungkin boleh luaskan lagi jaulah ke makam keluarga Rasulullah, makam para sahabat dan makam para alim ulama. Kesan-kesan peninggalan nabi-nabi terdahulu yang masih ada mungkin boleh juga untuk diziarahi.
Curahan rasa Inspirasi Huda @ ..Ada apa dengan hati?
banyak tempat bersejarah dalam islam perlu kita lawati..insyaalah satu hari nanti
Curahan rasa Vimax Malaysia Original @ ..Vimax Malaysia Original ! Dapatkan Sekarang !
insyaallah…ade pelaung saya nk sampai jgak kat sini nanti 🙂
Peluang..memang sentiada ada..tapi kalau rezeki dan baet lebih kan,memang ingin terus pergi
Curahan rasa ishak @ ..Respon saya tentang isu salib di Taman Medan
Bagus juga kalau dpt ziarah makan rasul dan nabi. Dpt kesedaran ttg betapa susahnya mereka menyebarkan islam dulu
Curahan rasa nikkhazami @ ..Menang iPhone 5s dari Denaihati
Comments are closed.