Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, teringat kata-kata mutawif yang bawa rombongan kami ke Baitulmuqaddis katanya hanya ada satu sahaja makam Rasul yang 100% pasti iaitu makam Baginda Rasulullah SAW di Masjid Nabawi Madinah. Selain daripada itu semua makam-makam Rasul dan Nabi yang lain adalah kisah yang disampaikan dari satu generasi kepada genarasi yang lain sehingga kekadang ada dua tiga makan Rasul yang sama di tempat berbeza.
Alhamdulillah dengan izin ALLAH aku telah dipilih untuk menziarahi banyak makam Rasul dan Nabi disepanjang kembara aku menjejaki bumi ciptaan ALLAH. Bermula kali pertama pada tahun 2007 apabila ALLAH pilih aku untuk menziarahi Baginda Nabi Muhammad SAW memang sangat tersentuh hati dan tersemat kerinduan apabila lama tidak bertemu. Apabila menziarahi Baginda Rasulullah SAW, para alim ulama akan menghantar laporan dalam doanya bercerita semua kerja dakwah yang telah mereka lakukan dan azam usaha yang bakal mereka buat sekembali ke tahan air nanti. Aku pun tiru sedikit sebanyak tertib alim ulama menziarahi Rasulullah SAW walaupun selalunya terkedu lidah nak berdoa kerana tiada apa yang nak dilaporkan kepada Baginda.
Pada Disember 2013 alhamdulillah aku dan keluarga dapat menjejaki kaki ke bumi rebutan tiga agama Baitulmuqaddis. Seminggu mengembara dari Amman Jordan ke Baitlmuqaddis ke Tebria dan kembali semula ke Aman banyak makam-makam Rasul dan nabi yang kami ziarahi. Antara makam Rasul dan Nabi yang kami ziarahi adalah :
1. Makam Nabi Musa a.s terletak di Jericho di dalam Masjid Nabi Musa.
2. Makam Nabi Daud a.s di dalam sebuah bagunan yang menjadi tempat beribadah orang Yahudi. Tak boleh ambil gambar makam Baginda dan setiap pelawat yang masuk mesti menutup kepala kalau tiada kupiah kenalah pakai kupiah ala Yahudi.
3. Makam Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ishak a.s dan Nabi Yaakob a.s terletak di dalam Masjid Nabi Ibrahim di Hebron. Umat Islam hanya boleh melihat makam Nabi Ibrahim a.s, makam Siti Sarah isteri Nabi Ibrahim, makam Nabi Ishak a.s dan makam Rifqah isteri Nabi Ishak. Makam Nabi Yaakob dan isteri dihalang dengan tembok khas untuk bangsa Yahudi sahaja. Masjid Nabi Ibrahim dikawal ketat oleh tentera-tentera Israel.
4. Makam Nabi Yunus a.s terketak dalam Masjid Nabi Yunus di bandar kecil Halhul. Pasti ramai yang sudah tahu kisah Nabi Yunus a.s yang ditelan ikan puas.
5. Makam Nabi Shuaib a.s terletak dalam Masjid Nabi Shuaib di Lembah Jordan.
Alhamdulillah pada Mei 2014 aku dan rombongan dipilih ALLAH untuk menjejaki kaki di bumi Turki yang banyak meninggalkan jejak-jejak sejarah para Rasul dan Nabi. Turki di bawah kerajaan Uthmaniah pernah menjajah 2/3 dunia di bawah pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih. Di Turki kami singgah di bandar-bandar beribu kilo meter dari Istanbul untuk menjejaki makam-makam beberapa Rasul dan Nabi antaranya :
1. Makam Nabi Ayyub a.s, makam Siti Rahmah isteri Nabi Ayyub dan makam Nabi Ilyasa a.s di bandar Urfa sempadan dengan Syria.
2. Makam Nabi Seth a.s dan makam Nabi Daniel a.s di bandar Tarsus.
Bersyukur sangat kerana aku di pilih ALLAH untuk menziarahi makam-makan insan hebat pilihan ALLAH. Semuga ziarah ini menjadi asbab masuknya hidayah dalam jiwa dan turunnya hidayah keseluruh alam. Kita boleh saja mengembara keseluruh dunia tetapi mesti ada azam dalam diri untuk menziarahi makam-makam Rasul dan Nabi. Tidak ternilai dengan wang ringgit pengalaman dapat menjejaki bumi keramat.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia Yakjuj Makjuj sudah terbongkar! Klik Sini
Rahsia magnet rezeki bukan lagi rahsia! Klik Sini
Sedekah pembuka pintu rezeki. Ramai yang masih tidak tahu rahsianya! Klik Sini[/box]
55 Comments
Bukan semua antara kita dapat menjejaki kaki ke sana, yakni makam para nabi dan rasul. Insya Allah…..jika diizinkan Allah dapatlah ke makam Rasulullah….
Curahan rasa sensasi2020 @ ..7 Cara Lajukan Komputer Anda
Salam….. bilalah berkesempatan menziari makam Nabi-Nabi di tanah Arab ini. Semoga Allah permudahkan keinginan hambanya ini agar dapat jejaki ke makam-makam tersebut terutama Makam Rasulullah…..
Curahan rasa sensasi2020 @ ..7 Cara Lajukan Komputer Anda
Subhanallah. Bertuahnya bila dapat jejakkan kaki ke sana. Mudah-mudahan Mek ila pun berkesempatan, InsyaAllah.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Cara Mudah Kira Tarikh Bersalin
alhamduillah bertuah dapat ke sana…Subhanallah….semoga kita semua dapat ke sana suatu hari nanti.
Curahan rasa Muhammad Khairuddin Lim @ ..Batu Hampar, Otea dan Aroma Ikan Bakar
Insya Allah, sama-sama kita doa agar diberikan kesempatan ini suatu hari nanti.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kisah Strawberry Chocolate Arif
bertuah negara negara ni kerana bumi mereka ada terletak jasad nabi yang mulia
Curahan rasa eBook Bisnes Online @ ..Panduan Lengkap Sebenar Prosedur Perolehan Kerajaan
ada masa dan ada rezeki, memang nak pergi ke sana.
hoho..
Curahan rasa ohcikgu @ ..Calonkan GURU kesayangan anda dalam 1BestariNet Teacher Awards 2015
alhamdulillah jika suati hari juga bisa ziarah ke para makam rasul.
Curahan rasa fendi @ ..PAYPHONE-MAROON 5
alhamdulillah, dapat lihat perkongsian makam rasulullah s.a.w. menerusi foto ini.
semoga saya ada peluang untuk datang ke mari.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Panduan Beli Kereta Untuk Graduan
bertuah dapat ziarah makam rasul dan nabi. semoga berpeluang juga satu hari nanti
Curahan rasa nikkhazami @ ..Menang iPhone 5s dari Denaihati
semoga kita semua dipilih oleh Allah untuk berada di tempat tersebut..kerana banyak hikmah yang boleh kita pelajari
Curahan rasa mrhanafi @ ..5 Sebab Untuk Pilih BestMobile
bestnya dapat menziarahi makan nabi. teringin juga nak ke sana. doakan saya ye.
Curahan rasa nasslimdiet2 @ ..Pakej pelancongan ke Eropah
bestnye dlm ke bumi palestin..sy mmg ada niat nk ke sana tp belum berkesempatan lg..insyaallah tahun depan kalau ad rezeki lebih
Curahan rasa Pemborong Kain Cotton @ ..Harga Borong Kain Cotton 2015
tahniah tuan….doakan kami semua agar turut dapat kesana suatu hari nanti…
Curahan rasa jaymiee @ ..Cara mudah nak bakar kalori.
tahniah tuan denaihati sebab dapat ziarah makam makam kekasih Allah.bukan semua orang dapat peluang macam ni
Curahan rasa din @ ..Kucing Jadi Jururawat
Subhanallah… sangat bertuah saudara denai hati dpt ziarah ke sana… jauh perjalanan banyak pengalaman. terima kasih berkongsi untuk kami semua…
Curahan rasa Sheila Adziz @ ..Nak Sembang Biar Kerana Allah
Comments are closed.