Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bagaikan mimpi apabila dapat melihat kubah kuning emas sebaik keluar dari terowong memasuki kota lama Baitulmuqadis. Satu bas melaungkan takbir tiga kali tanda syukur sehingga terlupa pengalaman tersangkut hampir enam jam di Allenby border.
Memang susah nak masuk sempadan Israel untuk ke Palestine mungkin antara pemeriksaan yang paling ketat di dunia. Syukur ketua rombongan sudah ada pengalaman jadi kami tahu apa nak buat. Barang berharga semua masuk ke dalam beg besar dan paling bagus bawa badan sahaja ketika melalui tiga kali pemeriksaan imigresin. Salah seorang sahabat kami tersangkut melebihi empat tanpa diketahui sebab dan ini biasa berlaku.
Dalam perjalanan ke Baitulmuqqadis kami singgah di Jericho daerah yang diserahkan kembali kepada PLO selepas perjanjian Oslo. Kami singgah makan tengahari dan kemudian singgah di Masjid Nabi Musa yang terdapat makam Nabi Musa. Mengikut keyakinan yahudi Nabi Musa disemadikan di Jordan.
Rombongan kami menjejaki kaki buat pertama di kota purba ribuan tahun Baitulmuqadis atau juga dikenali sebagai Jerusalem ketika masuk waktu maghrib. Kami beramai-ramai berjalan dicelah lorong-lorong kota lama yang lebih tua usianya berbanding kota Cesky Krumlov yang pernah aku jejaki. Semua pintu masuk Masjid Al Aqsa dijaga oleh polis Israel. Apabila melihat Golden Dome of the Rock terasa sangat bersyukur kerana terpilih oleh Allah untuk menjejaki kaki di tanah suci.
Dome of the Rock dengan kubah keemasan ada tapak suci untuk tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Di puncak bukit ini Rasulullah SAW telah mikraj bertemu Allah SWT. Tapak kaki baginda masih ada sehingga sekarang dan dapatlah kami menyentuh dengan tangan. Semuga dengan menyentuh kesan tapak kaki Rasulullah kami mendapat syafaat baginda dari Allah SWT.
Ketika Rasulullah SAW hendak mikraj batu tempat berdiri hendak mengikut tetapi ditahan oleh Saidina Jibrail sehingga membentu gelembung seperti gua. Tidak seperti ramai yang fikir batu tersebut terapung. Tetapi sayang sebahagian besar batu tersebut telah dicuri oleh kerajaan Rom ketika mereka manakluki Juruselam. Di sini jugalah Rasulullah mengimamkan solat bersama lebih 124 ribu Rasul dan Nabi sebelum mikraj.
Paling bersyukur apabila kami dapat solat berjumaat di Masjid Al Aqsa memang terasa sayu dan sedih mencuit hati. Kelebihan solat di Masjid Al Aqsa ialah 500 kali ganda ganjaran yang ketiga terbanyak selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Sebelum solat Jumaat sempat kami menziarahi Masjid Nabi Sulaiman, Perpustakaan Salahudin Al Ayubi, Masjid Buraq dan Wailing wall.
Terlalu banyak yang nak ditulis inshaa Allah dalam entri yang seterusnya. Syukur kepada Allah SWT.
Gambar menarik semasa menjejaki Baitulmuqadis kali pertama.
[customgallery]
68 Comments
Pastinya satu pengalaman yang terindah dan perasaan yang tak terucap bila tiba di sana walaupun menghadapi pelbagai dugaan sebelum tiba.
Curahan rasa Kak Long Mawar Merah @ ..Pekej melawat Vietnam Cu Chi Tunnel dan Chinatown
Subhanallah, Seronoknya dapat peluang Menjejak Rasul. Nanti kongsi lagi banyak-banyak cerita dan gambar kat sana ye. Saya belum berlepuang lagi ke sana. Tumpang menghayati melalui cerita dan gambar jer dulu 🙂
Curahan rasa Naimah Wahab @ ..Hari #2; Cabaran 30 Hari Entry; Di Sebalik Tabir Myliferia
Alhamdulillah…teringin juga ke sana suatu hari nanti…semoga berkesempatan..
Curahan rasa kayriel e’izham @ ..[JOM TENGOK] GAMBAR PENJARA PALING CANTIK DI DUNIA++UNTUNGLA BANDUAN
Allahuakhbar !! beruntungnya dapat pergi kesana .. jangna lupa kongsikan ceritanya
teringin nak ke masjid al-aqsa gk..moga ada peluang nnt:-)
Curahan rasa JMR @ ..Menang hadiah Hari Natal, terima kasih hazmanfadzil.com .
Benar benar beruntung dapat melihat sendiri…x sabar nk baca sambungannya nanti
Curahan rasa weschairs @ ..Garam diperbuat dari airmata
Saya kira ini adalah “trip of a lifetime”, sekali seumur hidup.
Curahan rasa GreenLava @ ..Top Requested Features For Google Webmaster Tools in 2014
Alhamdulillah..sentiasa berdoa untuk kembali lagi ke sana…semoga Allah memakbulkan doa kita semua…Sesiapa yang menjejakkan kaki ke sana pasti mau kembalikan..agaknya itulah keistimewaan yang Allah bagi untuk semua tetamunya…
Curahan rasa raudzah @ ..Pelik Tapi Benar: Ribuan Ikan Naik Ke Daratan
mesti menjadi pengalaman terindah buat keluarga tuan DH , harap suatu hari nanti ada rezeki ke sana jugak…
Curahan rasa papa mifz @ ..Perjalanan ke Kuala Terengganu
gua teringin juga menjejakkan kaki ke sana…mesti best kan..dpt tengok masjid Al-Aqsa depan mata
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Nilai Sebentuk Cincin
wow…tak sangka-sangka tuan ke sana..
sejuk rasanya baca entri nih.
Curahan rasa encikarman @ ..Tips Membeli 1 Rumah Setiap 2 Tahun
alhamdulillah syukur
memilih dan terpilih untuk sampai
harap-harap dapat pergi lagi satu hari nanti.
Curahan rasa encik bakul @ ..Saya dibayar RM300 untuk satu kerja Jobdirumah.
seronok dapat tgk sejarah bumi Anbiya.. pakai baju sejuk kat sana, sejuk ke kat sana? macam panas je
Curahan rasa Bahrain @ ..Tempat Menarik Di Bandung, Indonesia
alangkah beruntungnya abg denai dan keluarga dpt kesana…impian hati juga ingin kesana satu masa nanti
Comments are closed.