Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bagaikan mimpi apabila dapat melihat kubah kuning emas sebaik keluar dari terowong memasuki kota lama Baitulmuqadis. Satu bas melaungkan takbir tiga kali tanda syukur sehingga terlupa pengalaman tersangkut hampir enam jam di Allenby border.
Memang susah nak masuk sempadan Israel untuk ke Palestine mungkin antara pemeriksaan yang paling ketat di dunia. Syukur ketua rombongan sudah ada pengalaman jadi kami tahu apa nak buat. Barang berharga semua masuk ke dalam beg besar dan paling bagus bawa badan sahaja ketika melalui tiga kali pemeriksaan imigresin. Salah seorang sahabat kami tersangkut melebihi empat tanpa diketahui sebab dan ini biasa berlaku.
Dalam perjalanan ke Baitulmuqqadis kami singgah di Jericho daerah yang diserahkan kembali kepada PLO selepas perjanjian Oslo. Kami singgah makan tengahari dan kemudian singgah di Masjid Nabi Musa yang terdapat makam Nabi Musa. Mengikut keyakinan yahudi Nabi Musa disemadikan di Jordan.
Rombongan kami menjejaki kaki buat pertama di kota purba ribuan tahun Baitulmuqadis atau juga dikenali sebagai Jerusalem ketika masuk waktu maghrib. Kami beramai-ramai berjalan dicelah lorong-lorong kota lama yang lebih tua usianya berbanding kota Cesky Krumlov yang pernah aku jejaki. Semua pintu masuk Masjid Al Aqsa dijaga oleh polis Israel. Apabila melihat Golden Dome of the Rock terasa sangat bersyukur kerana terpilih oleh Allah untuk menjejaki kaki di tanah suci.
Dome of the Rock dengan kubah keemasan ada tapak suci untuk tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Di puncak bukit ini Rasulullah SAW telah mikraj bertemu Allah SWT. Tapak kaki baginda masih ada sehingga sekarang dan dapatlah kami menyentuh dengan tangan. Semuga dengan menyentuh kesan tapak kaki Rasulullah kami mendapat syafaat baginda dari Allah SWT.
Ketika Rasulullah SAW hendak mikraj batu tempat berdiri hendak mengikut tetapi ditahan oleh Saidina Jibrail sehingga membentu gelembung seperti gua. Tidak seperti ramai yang fikir batu tersebut terapung. Tetapi sayang sebahagian besar batu tersebut telah dicuri oleh kerajaan Rom ketika mereka manakluki Juruselam. Di sini jugalah Rasulullah mengimamkan solat bersama lebih 124 ribu Rasul dan Nabi sebelum mikraj.
Paling bersyukur apabila kami dapat solat berjumaat di Masjid Al Aqsa memang terasa sayu dan sedih mencuit hati. Kelebihan solat di Masjid Al Aqsa ialah 500 kali ganda ganjaran yang ketiga terbanyak selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Sebelum solat Jumaat sempat kami menziarahi Masjid Nabi Sulaiman, Perpustakaan Salahudin Al Ayubi, Masjid Buraq dan Wailing wall.
Terlalu banyak yang nak ditulis inshaa Allah dalam entri yang seterusnya. Syukur kepada Allah SWT.
Gambar menarik semasa menjejaki Baitulmuqadis kali pertama.
[customgallery]
68 Comments
Perjalanan yang sungguh luar biasa…
Bikin iri kami2 yang belum pernah ke BaitulMuqadis
Curahan rasa Ramzi Ebaz @ ..Create A Responsive Navigation Menu With jQuery CSS
Subhanallah. Allahuakbar!
terima kasih tuan DH sudi berkongsi gambar2 kota suci Muqaddis utk tatapan.
Terima kasih juga berkongsi cerita kembara ni
Curahan rasa hafizmd @ ..Seloka Petua Menjadi Isteri Solehah Disayangi Suami
ingin juga dapat menjejakkan kaki disana
Curahan rasa jual lingerie murah dan berkualitas @ ..Kado Untuk Istri Ulang Tahun – H. 0812.5271.8065
Alhamdulilllah…SubhanAllah…tenang tengok gambar di sana..
Curahan rasa ema @ ..Senarai harga keperluan sekolah
satu pengalaman yang sudah pastinya menjadi kenangan dan ingatan sampai bila-bila..
Curahan rasa KiD @ ..Suasana di Kemboja
alhamdulillah. subhanallah.. ada rezeki ke sana ..
Curahan rasa Afasz @ ..Wedding Kak Norliza Daud & Azizuddin @ Dewan Serbaguna SIRIM, Shah Alam
Banyak memberikan gambaran yang jelas mengenai baitulmuqadis dengan cerita dan foto-foto diatas
Curahan rasa Ferry @ ..Pengumuman Hasil Tes CPNS Umum 24 Desember dan Honorer K2 Januari 2014
Seronoknya dapat berpeluang menjejakkan kaki ke tampat2 suci macam ni. . Semoga satu hari nanti, saya juga berpeluang menjejakkan kaki ke sana. .
Curahan rasa anuar @ ..10 Entri popular Blog Coretan Anuar – Bulan November 2013
Alhamdulilah dapat pergi ke sana melancong sambil beribadah 😀
Curahan rasa QZ92 @ ..EPL: Arsenal Vs Chelsea 2013
Gambar batu yg dikatakan terapung tuh tak amik sekali ke bro Amir?
Curahan rasa UpProfits @ ..Johor perkenal Pemain dan Jersey JDT – NIKE musim 2014
teringin gak nak gi sana ni..
Curahan rasa titan @ ..STOP COMPLAINING, STOP Caci Maki dan Kaki.
terasa hati ini teringin untuk kesana suatu hari nanti, insyaallah
Curahan rasa Juan @ ..Panduan Saham Terbaru Dalam Bentuk DVD
Sebak rasa hati melihat tempat suci ini telah dikotori dengan kezaliman manusia. Moga suatu hari nanti dapat melihat bumi ini sebagai bumi yang bebas dari kekejaman.
Curahan rasa Izzat Aziz @ ..Tukar mentaliti lebih penting berbanding tukar kerajaan
Adehh.. sori cepat sangat jari tertekan butang ‘submit’ 😀 Lupa nak tambah satu lagi – cantik gambar-gambar di atas dan agak memberikan inspirasi.
Curahan rasa Brader Sports @ ..Meningkatkan Kualiti Hoki Di Malaysia Dan Asia Tenggara
Wow, dapat menjejak kaki di Baitul Muqadis dan solat di Masjid Al Aqsa. Amat beruntung sekali bro. Mudah-mudahan kalau ada rezeki, lepas ni giliran kawe pula.
Curahan rasa Brader Sports @ ..Meningkatkan Kualiti Hoki Di Malaysia Dan Asia Tenggara
amen amen ameen…moga2 giliran kita akan tiba…ameen
Curahan rasa hafizmd @ ..Jangan Nak Layan Emosi Sangat! Nanti Gemuk….
Comments are closed.