Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bagaikan mimpi apabila dapat melihat kubah kuning emas sebaik keluar dari terowong memasuki kota lama Baitulmuqadis. Satu bas melaungkan takbir tiga kali tanda syukur sehingga terlupa pengalaman tersangkut hampir enam jam di Allenby border.
Memang susah nak masuk sempadan Israel untuk ke Palestine mungkin antara pemeriksaan yang paling ketat di dunia. Syukur ketua rombongan sudah ada pengalaman jadi kami tahu apa nak buat. Barang berharga semua masuk ke dalam beg besar dan paling bagus bawa badan sahaja ketika melalui tiga kali pemeriksaan imigresin. Salah seorang sahabat kami tersangkut melebihi empat tanpa diketahui sebab dan ini biasa berlaku.
Dalam perjalanan ke Baitulmuqqadis kami singgah di Jericho daerah yang diserahkan kembali kepada PLO selepas perjanjian Oslo. Kami singgah makan tengahari dan kemudian singgah di Masjid Nabi Musa yang terdapat makam Nabi Musa. Mengikut keyakinan yahudi Nabi Musa disemadikan di Jordan.
Rombongan kami menjejaki kaki buat pertama di kota purba ribuan tahun Baitulmuqadis atau juga dikenali sebagai Jerusalem ketika masuk waktu maghrib. Kami beramai-ramai berjalan dicelah lorong-lorong kota lama yang lebih tua usianya berbanding kota Cesky Krumlov yang pernah aku jejaki. Semua pintu masuk Masjid Al Aqsa dijaga oleh polis Israel. Apabila melihat Golden Dome of the Rock terasa sangat bersyukur kerana terpilih oleh Allah untuk menjejaki kaki di tanah suci.
Dome of the Rock dengan kubah keemasan ada tapak suci untuk tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Di puncak bukit ini Rasulullah SAW telah mikraj bertemu Allah SWT. Tapak kaki baginda masih ada sehingga sekarang dan dapatlah kami menyentuh dengan tangan. Semuga dengan menyentuh kesan tapak kaki Rasulullah kami mendapat syafaat baginda dari Allah SWT.
Ketika Rasulullah SAW hendak mikraj batu tempat berdiri hendak mengikut tetapi ditahan oleh Saidina Jibrail sehingga membentu gelembung seperti gua. Tidak seperti ramai yang fikir batu tersebut terapung. Tetapi sayang sebahagian besar batu tersebut telah dicuri oleh kerajaan Rom ketika mereka manakluki Juruselam. Di sini jugalah Rasulullah mengimamkan solat bersama lebih 124 ribu Rasul dan Nabi sebelum mikraj.
Paling bersyukur apabila kami dapat solat berjumaat di Masjid Al Aqsa memang terasa sayu dan sedih mencuit hati. Kelebihan solat di Masjid Al Aqsa ialah 500 kali ganda ganjaran yang ketiga terbanyak selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Sebelum solat Jumaat sempat kami menziarahi Masjid Nabi Sulaiman, Perpustakaan Salahudin Al Ayubi, Masjid Buraq dan Wailing wall.
Terlalu banyak yang nak ditulis inshaa Allah dalam entri yang seterusnya. Syukur kepada Allah SWT.
Gambar menarik semasa menjejaki Baitulmuqadis kali pertama.
[customgallery]
68 Comments
wahhh keren foto2nya nice post gan, pengen jg main kesitu
Saya pun teringin bawa keluarga bercuti di sini
Curahan rasa wazy @ ..Apa Yang Anda Harus Tahu Tentang Salam Media
Saya ikuti pergerakan perjalanan tuan di IG, terasa nak jejak juga kaki ke sana.
Curahan rasa kakmahh @ ..Africa Ride 2013 – Durban
beruntung tuan dapat solat di masjid kontroversi iaitu Masjid Al Aqsa
Curahan rasa kakiblog @ ..7 Teknik Cepat Terindek Di Google
teringin plak nak gi sini..
Curahan rasa titan @ ..SEDA Malaysia Visit Site – Solar Farm Fortune 11 and Labu Palm Oil Mill.
Wah..seronok dapat menziarahi tempat bersejarah ini..Semoga ianya akan diabadikan dan muhasabah diri kita untuk kembali mengingatinya..
Curahan rasa Mohd Yazed @ ..R&R Pilihan
nize info gan
Curahan rasa Blog Segala info @ ..Cara Meninggikan Tinggi Badan Yang dapat dilakukan Dimana Saja
teringin nak ke negara negara islam 🙂
Curahan rasa Zuan @ ..Masam, Pahit dan Manis 2013
Pasti banyak tempat2 bersejarah boleh kita lihat di sana. Bila lah saya boleh jejaki ke sana?
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Google Malaysia Galak PKS Iklan Di YouTube
Subhaanallah walhamdulillah walaa ilaaha illallah wallaahu akbar
Curahan rasa Dawaihati @ ..Menikmati Wahana Wisata Icakan Bersama Keluarga
Suka sgt baca journey ke Baitulmuqadis ni. Please kongsi lagi pengalaman ni. Saya tunggu ye.
Curahan rasa seri.selaseh @ ..[KOD: 0402] Telekung Vietnam – putih (41 – 70 kuntum bunga timbul)
bertuahnya jika dapat menjejak kaki ke sana
Curahan rasa Mus @ ..JResidence, Kundasang Tawarkan Penginapan Murah
saya dan rakan2 dapat bersolat di masjid al aqsa pada 2012…sungguh tenang rasanya… alhamdulillah
Comments are closed.