Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, blog tanpa pembaca ibarat irama tanpa lagu melainkan menulis blog sebagai diari untuk diri sendiri. Menulis blog memang hak peribadi jadi pembaca tak boleh nak komplen rasa tak suka jangan baca pindah blog lain. Kekadang menulis blog pun jadi isu apabila ada pembaca yang tidak suka dengan penulisan Blogger terutama yang berkaitan kisah peribadi.
Walaubagaimana kalau kita menulis blog untuk tatapan ramai kenalah menulis mengikut citarasa pembaca setia jangan syok sendiri. Blogger kena pandai bezakan samada blog kita blog peribadi atau blog tatapan ramai. Hati pembaca setia kena jaga kerana mereka selalunya akan meningkatkan profile seorang Blogger jadi terkenal. Pembaca setia akan bantu Blogger apabila mereka kongsikan entri dengan rakan-rakan lain melalui Facebook, Twitter dan sosial media yang lain.
“Yang ditunggu sudah tiba > Teknik Buat Duit dengan Affiliate dari Sifu Affiliate En Taitan iaitu Kitab Teknik SEO Merah Jambu“
Memang seronok apabila pembaca setia membantu kita jadi Blogger terkenal tapi bagaimana pula kalau kita jadikan pembaca setia kita Blogger terkenal. Pasti pembaca setia kita akan gembira apabila kita bantu mereka jadi Top Blogger.
Antara perkara yang boleh dibuat untuk menjadikan pembaca setia kita terkenal :
1. Menulis entri khas untuk ulasan komen yang terbaik yang ditinggalkan di entri tertentu seperti entri Membina Jenama Dengan Niche Blog.
2. Lawat blog pembaca setia kita dan cari entri yang menarik yang sesuai dengan pembaca blog kita, buatkan entri ulasan dengan memberi backlinks kepada blog tersebut sebagai contoh entri Makan Gaji vs Kerja Sendiri.
3. Pemberi peluang pembaca setia menjadi penulis jemputan samada mempromosi blog mereka atau memberi tajuk tertentu untuk dibincangkan sebagai contoh entri Impian Seorang Penulis Blog.
4. Menulis entri khas ulasan blog dan Blogger tertentu seperti Segmen Bersama Blogger Terkenal Ini.
5. Beri peluang pembaca setia mempromosi diri mereka di sosial media kita.
Banyak lagi cara menjadikan pembaca setia kita terkenal yang mungkin pernah dilakukan oleh Rakan Blogger yang boleh dikongsikan diruangan komen.
Ada ke Rakan Blogger yang jadi Blogger terkenal dari blog Denaihati?
117 Comments
Disinilah AUC nak kenal dan cari blogger lain…
Curahan rasa AUC @ ..Tahniah! Kelantan Juara Piala FA 2013
setuju dengan saudara AUC
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Top 50 Digi WWWOW
Blog DH ini banyak menambah ilmu dan silaturahmi serta persahabatan antara sesama blogger.
Curahan rasa Ferry @ ..Tips Melatih Anak Puasa
Akan kami coba memperlakukan pembaca blog kami, sesuai postingan anda! Trims ide nya!
Curahan rasa Edi – Aura Ide @ ..Apa Arti Dari Meditasi?
denaihati blogger paling popular dikalangan blogger malaysia 🙂
Curahan rasa mohdazahar @ ..KELANTAN JUARA PIALA FA 2013
Nyatanya ramai blogger yg ambe kenal melalui blog denaihati.com. Dah jadi macam tmpat rujukan utama.
Macam guru besar =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Senaman Membakar 300 Kalori Pada Waktu Malam!
saling bantu mmbantu,,, berjaya bersama… tak gitu tuan DH 😉
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Mari membantu Alia Haryanie
Sangat bersetuju…terima Kasih juga buat denaihati yg rajin singgah dan komen
Curahan rasa weschairs @ ..Kereta Polis Dubai
ramai blogger yg memperkenalkan blog saya terutama DH
Curahan rasa Zarul Umbrella @ ..Juara Carta
ini salah satu usaha kita sebagai pemilik blog untuk membalas jasa mereka sebagai pembaca setia.. sama-sama bantu mempromosikan blog mereka juga.. win-win situation orang kata…
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Wajah Kacak Mr Ray
Terlalu ramai blogger terkenal dalam Malaysia ni.. Tapi belum berkesempatan nak berkenalan dengan mereka semua…
Curahan rasa Anuar @ ..Tips Lulus Peperiksaan Bertulis Penolong Akauntan W27 : Elakkan Study Last Minit
Yang jelas, saya semua mengenal blogger hebat Malaysia dari Denaihati.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Hasil Final Piala Konfederasi 2013 : Brasil Vs Spanyol
saya juga kenali bang iwan dari Indonesia.. =)
Curahan rasa KiD @ ..Project Re-thinking Actions WMS 2013
Alhamdulillah Bro…. terima kasih atas sambutannya yang sangat bersahabat.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Hasil Final Piala Konfederasi 2013 : Brasil Vs Spanyol
Betul tu. Andai tidak dibika ruang dan peluang oleh Tuan Denaihati, mungkin tak berjumpa blogger hebat seperti bang iwan
Curahan rasa hafizmd @ ..Senaman Membakar 300 Kalori Pada Waktu Malam!
He..he.. saya masih sangat jauh dikatakan hebat Bro…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Hasil Final Piala Konfederasi 2013 : Brasil Vs Spanyol
saya pun kenal abang kid dari blog DH.. :p
Curahan rasa pinkbubblegumprincess @ ..Pentingnya Interpersonal skills untuk anak-anak : Parents do take note!
salah satu cara kita membalas budi…
Curahan rasa hafiz @ ..Selamat ulangtahun perkahwinan ke 6
Masih lagi meneruskan tradisi ini sejak tahun 2007,
Dan alhamdulillah ramai pembaca blog bro dah jadi terkenal dan ada juga yang lupa diri he..23x xkisah pun…
Curahan rasa Bro Framestone @ ..Jualan Murah – Indah Dalam Akhbar Dari Rupa
Kita membantu kawan Blogger jadi terkenal tapi bila dah terkenal diaorang kena masuk kelas lain supaya tak lupa diri.
Blog kongsibersamanora juga dikenali dari segmen2 aataucontest2 yg denaihati anjurkan…
Billion terima kasih diucapkan…
dan dari situ juga saya tau nasi katok!! hehehe
Curahan rasa KiD @ ..Floria Putrajaya 2013
Pertama sekali, saya nak ucapkan terima kasih kerana mengadakan segmen yang menarik dan pondok kecil terpilih untuk segmen tersebut…blog pondok kecil terlintas juga nak cari penulis jemputan sebagai tanda menghargai jasa mereka selalu singgah mengomen dan membaca..pernah gak terlintas di fikiran tapi belum ada kekuatan untuk meneruskannya..hehe..
Curahan rasa Hafizul @ ..4 Idea Sambutan Ulangtahun Perkahwinan
Comments are closed.