Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, untuk pertama kali Blogger Melastik Bintang yang terkenal dikalangan rakan blogger sebagai blogger parenting diberi ruang untuk berkongsi tips blogging di sini. Kemahiran teknik berblog secara online dan offline mesti ada untuk semua blogger tanpa mengira niche. Jom lah kita baca apa yang nak disampaikan oleh MB.
Ranking Alexa merupakan perkara yang sering menjadi topik bualan blogger selain berbicara tentang SEO, WordPress, WordPress Security, Content Post dan pelbagai lagi isu tentang teknikal blog. Bagi aku ranking Alexa penting dalam menjenamakan dan memantapkan lagi blog anda dan adakalanya ranking Alexa ini memberikan impak yang besar terhadap para pengiklan di luar sana.
Aku masih ingat lagi seawal aku mula-mula melibatkan diri di dalam blogging, apa yang sering aku lihat di blog blogger blogger, di laman media sosial dan malah perbincangan di luar juga akan menyentuh isu ranking Alexa. Waktu itu aku masih lagi segar dalam dunia blog profesional dimana aku masih kurang memahami apa itu ranking Alexa. Persoalannya ialah penting ke ranking Alexa ni? Bagaimana hendak menaikkan ranking Alexa ? Untuk mendapatkan jawapan tersebut, blog denaihati.com juga ada berkongsi bagaimana hendak meningkatkan ranking Alexa di Malaysia.
Siapa Alexa
Alexa merupakan pembekal terkemuka web metrik global yang percuma. Carian Alexa adalah untuk mencari laman web yang paling berjaya di web dengan kata kunci, kategori, atau negara. Sumber dari Alexa.
Daripada definisi tersebut dan bantuan penerangan dari rakan rakan blogger yang lain aku mulai faham maksud sebenar ranking Alexa secara teori dan praktikalnya. Bermula dari saat itulah aku mula berusaha untuk menaikkan ranking Alexa blog aku untuk mencapai tahap yang lebih baik. Pelbagai teknik sudah aku aplikasikan pada blog aku untuk melihat hasilnya. Alhamdulillah setelah beberapa bulan melakukan beberapa teknik, tahap ranking Alexa blog aku mula menunjukkan sesuatu yang positif. Ranking Alexa blog aku pernah mencapai 400 ke bawah di dalam Malaysia. Di bawah aku kongsikan beberapa teknik untuk mendapatkan bacaan Alexa yang baik.
Semak Ranking Alexa Blog Anda
Bagaimana menaikkan Ranking Alexa blog :
1. Gunakan Alexa Toolbar Pada Blog Anda
Alexa hanya memfokuskan pada laman-laman web yang berada di bawah pemantauan mereka, menfokuskan bermaksud diutamakan berbanding blog yang tidak menggunakan widget Alexa Toolbar. Tidak bermakna jika anda tidak menggunakan Alexa Toolbar tersebut, blog anda tidak dipantau Alexa. Tujuan utama memasang widget Alexa Toolbar ini adalah supaya Alexa dapat mengesan kedudukan blog / laman web anda. Anda boleh muat turun di Alexa Toolbar.
2. Memberi Backlink Kepada Alexa
Wujudkan pautan balik (backlink) ke Alexa dengan menulis tentang Alexa dan membuat post di blog anda seperti apa yang aku lakukan dalam artikel Kenali Alexa. Pelbagai jenis topik atau informasi yang anda boleh ceritakan. Seperti apa yang aku lakukan dahulu dimana aku menceritakan beberapa perkara yang kita boleh dapat dari Alexa, jangan lupa juga selitkan pautan balik (backlink) di dalam artikel anda. Secara tidak langsung dapat mendekatkan blog anda dengan Alexa.
3. Perlu Mengemaskini Blog Anda
Kekerapan menghasilkan artikel dalam blog anda amat memberi kesan kepada kedudukan Alexa blog anda. Ada yang turut mengatakan kekerapan menghasilkan artikel di blog juga mempengaruhi tahap ranking blog anda. Pada pandangan aku jika anda mengemaskini blog anda dengan kerap, anda akan mendapat kedudukan ranking yang lebih baik, tetapi sebagai blogger anda harus memahami konsep ranking Alexa iaitu jika sekali ranking Alexa anda turun ( Nilai membesar), agak sukar juga untuk menaikkannya kembali ( Nilai mengecil).
Apa yang aku pernah alami dahulu telah membuktikan bahawa memang benar kekerapan kita menghasilkan artikel di blog mempengaruhi tahap ranking Alexa. Salah satu cabaran bergelar blogger ialah bagaimana anda hendak mengekalkan momentum menghasilkan artikel setiap hari. Blog denaihati.com juga menjadi rujukan aku , kerana blog ini dapat meningkatkan ranking Alexa dengan cepat dan mengekalkan prestasi yang baik dengan melakukan beberapa cara tingkatkan ranking alexa .
4. Menulis Artikel Yang Berkualiti
Faktor ini juga memberi kesan kepada ranking blog anda, artikel yang berkualiti dan mempunyai isi kandungan yang unik dapat membantu anda untuk mendapatkan kedudukan ranking Alexa yang baik. Jangan biasakan menulis seperti ‘Melepaskan Batuk Di Tangga‘ sahaja kerana setiap penulisan mencerminkan identiti dan sikap anda sebagai blogger dan penulis. Ambil masa untuk menulis sesuatu artikel dan kalau boleh lakukan kajian, cari maklumat tambahan sebagai bahan penulisan artikel kita nanti. Pendek kata persediaan sebelum menulis amat penting untuk menghasilkan artikel yang bermanfaat.
5. Optimasikan Media Sosial Anda
Banyak kelebihan berkongsi artikel anda di rangkaian media sosial seperti Facebook, Instagram, Digg, Stumbleupon, Twitter, Linkdin dan lain-lain. Ia bukan sahaja akan membawa sejumlah besar trafik ke blog anda, tetapi juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan ranking Alexa anda. Gunakan juga teknik variasi dalam menghebahkan artikel anda di media sosial seperti teknik Video Sharing,Photo Sharing, RSS Feed,Chat Room, Forum atau anda boleh membuat satu aplikasi blog anda menggunakan Android atau iOS seperti Aplikasi Android dan iOS Denaihati .
Klout juga memainkan peranan penting dalam cabang media sosial kerana sesetengah pengiklan memandang kepada nilai Klout anda. Aku pernah berurusan dengan pengiklan yang mengutamakan nilai Klout blogger, semakin tinggi Klout anda semakin tinggi bayaran yang anda bakal terima. Klout merupakan salah satu saluran media sosial yang mengukur betapa kuatnya pengaruh media sosial anda. Tidak dinafikan 60% jumlah trafik blog adalah datangnya dari Media Sosial.
In Syaa Allah, jika dipraktikkan teknik di atas bacaan ranking Alexa blog anda akan menunjukkan bacaan yang baik. Banyak lagi teknik yang boleh diamalkan oleh blogger dan jika ada peluang lagi aku akan kongsikan dengan pembaca. Lain orang lain cara yang diamalkan, tetapi inilah cara yang aku amalkan sehinggalah ranking Alexa blog aku pernah mencapai 388 di dalam Malaysia dalam masa yang singkat. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu pembaca dan blogger di luar sana.
160 Comments
ranking saya ada naik turun…tapi selalunya memang besarlah nombornya…hehehe blog tak glamer la katakan.
Curahan rasa sekilass @ ..Sudah seminggu berlalu. Rindu pula rasanya.
samelah…tapi untuk tahun 2014 ni marilah kita sama-sama berusaha untuk naikkan ranking alexa dengan tip-tip yang telah diberikan di atas
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Alexa Rank bukan ukuran glamer atau tidak tetapi menunjukkan betapa seriusnya kita dengan blog. Sentiasa aktif dan konsisten.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Dapat Iklan CPUV Nuffnang! Ada 28 On Going!
Huhu. Samalah. Nak update post pun mencari-cari masa yang sesuai dan saat otak tak serabut sebab takut idea nak menulis akan hilang bila kepala otak ni serabut.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
sama lah. biasanya ia tak akan berada di bawah seribu. memang susah betul la
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Terima kasih atas tips nya…ranking Alexa saya sekarang menunjukkan peningkatan…dari 9 juta lebih ke 4 juta lebih…hehehe…tapi masih JUTA…hihihi…syukurlah… 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
same goes to me..tengah berusaha dapat bawah sejuta…dapat bawah sejuta dah lega lah untuk target tahun ni..sekarang ni tengah rank 1.3juta lagi
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Nak dapat bawah sejuta tu mudah sangat, cuba beri target dibawah 500K barulah mencabar!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Dapat Iklan CPUV Nuffnang! Ada 28 On Going!
Wah, rangking yang sangat bagus. Semoga berjaya mencapai matlamat ya… 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
Satu pengurangan yang sangat impressive! Turun 5 juta! Banyak tuuu… InsyaAllah, jika diteruskan usaha pasti tak lama lagi boleh dapat bawah 1 juta!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Dapat Iklan CPUV Nuffnang! Ada 28 On Going!
Terima kasih…sangat bersyukur sebenarnya… Semoga saya berjaya mencapai rangking 1 juta…hehe…
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
Terima kasih…sangat bersyukur sebenarnya..semoga saya berjaya mencapai rangking 1 juta…hehe…
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
tahun ni target dapat ranking alexa bawah sejuta pun dah ok…kene usaha keras ni..baru tahu yang tip untuk buat backlink alexa dalam blog kita…
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
memang tips yang sangat bagus..kena buat post yang memperkenal alexa la lepas ni..ingatkan letak widget ranking alexa je kat blog
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Tips yang perlu dipraktikkan jika inginkan Alexa Rank yang baik. Panduan dari otai juga jadi rujukan terbaik!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Dapat Iklan CPUV Nuffnang! Ada 28 On Going!
Alhamdulillah sangat bagus perkongsian ini,InshaAllah akan cuba praktikkan tips ini,semoga ada khabar gembira melalui ranking alexa..
Curahan rasa ohpilihanku @ ..8 Penyakit Akibat Marah-Marah.
kalau nak berjaya dlm dunia alexa kena la ikut nasihat yang DH beri kat atas tu
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
wawa sedang mencuba untuk tingkatkan ranking blog wawa dengan alexa. Alhamdulillah semakin meningkat. Wawa akan cuba ikot tips-tips yang tuan denaihati.com kongsikan diatas.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI 13] : 5 BLOG KEGEMARAN
Kena kuatkan usaha dengan rajin update entri berkualiti serta konsisten. Semoga berjaya ya!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Dapat Iklan CPUV Nuffnang! Ada 28 On Going!
Wow. Memang berkesan bila ikut cara otai kita sarankan. Saya pun nak cuba jugalah. By the way, tahniah wawa.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
orang ada ana pun ada tapi tak tahu fungsi dia main terjah ja..tapi dengan entry ni ana dah tahu tq ya..
Curahan rasa adna2029 @ ..Baju Menutup Aurat Di SweetMuslimah
Untuk konsisiten menerbitkan entri itulah paling sukar buat saya yang tidak menjadikan blog sebagai satu kerjaya sepenuh masa. Alexa ini pula tersangatlah manja, andai dilupa seketika pasti merajuk…menjunamlah ranking. Sekarang ini tidak terlalu fokus pd Alexa…cuma cuba untuk konsisten berblogging.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cara Mudah Memahami Maksud Bounce rate
sangat setuju..kalau kita jarang buat post..alamatnya turunlah ranking alexa kita..kene pujuk balik dengan buat post dan buat backlink banyak-banyak
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Apa yg aku perhatian, kemaskini banyak memberi kesan kepada alexa rank. Dan di sokong oleh toolbar alexa pada browser memang memberi kesan yang ketara. Dan jika kita lama tidak kemaskini blog, alexa rank kita juga akan menurun ( nilai bertambah ).
Curahan rasa Wira Merah @ ..Ibadah Korban Di Kemboja Hanya RM280
ada betulnya,pernah beberapa hari tak update blog,kerana tidak sihat,ketara sungguh rank masa tu,jadi bermulalah usaha menaikkan kembali selepas itu,hehe
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Fenomena "Jilboobs"Menjadi Trend Terlampau
samalah..dah beberapa hari tak update blog..demi untuk menulis komen di sini..tak pe..lepas ni draf post siap-siap and publish dengan set masa-masa tertentu
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Alexa mahukan blog yang aktif dan konsisten. Jika tidak… semakin besarlah angka AR ni.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Dapat Iklan CPUV Nuffnang! Ada 28 On Going!
kaedah optimasikan media sosial tu memang berkesan. lagi banyak followers lagi bagus
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Selalu jugak semak ranking alexa blog saya tu. Sekarang ni tengah berusaha untuk meningkatkan ranking alexa blog saya. ;D Terima kasih untuk perkongsian ini ya. 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: Don’t Compare
sama lah dengan saya.sekarang pun tengah berusaha sedaya upaya nak tingkatkan ranking alexa. Perlukan usaha yang kuat juga ni 🙂
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
teruskan usaha dan jangan ptus asa mana tahu boleh lawan denai hati pulak nanti
Curahan rasa nikkhazami @ ..REVIEW BUKU – More Than This
sama la kita sally,hari2 semak rank alexa kita,tak mengapa boleh usaha lebih ketahap rank yang selesa kan semoga berjaya ya,Amin,.
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Jom Qurban Dan Aqiqah Untuk Tahun 2014
samelah..setiap hari check…bak kata hasrulhassan..letak je widget ranking alexa di blog..salah satu cara untuk naikkan ranking alexa
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Oh. Macam tu je pun boleh boleh naik ranking alexa. Masih banyak benda yang kena cuba ni.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
masih lagi merangkak dalam hal2 alexa ni.. tapi bila blog tersenarai bawah 10k tu rasa nak melompat jugak
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
kan. blog wawa pun bawah dari 10k juga. rasa ya Allah, bersyukurnya. Sekarang tengah nak bagi blog wawa bawah 2k dekat ranking elexa blog ni. mudah-mudahan berjaya la 🙂
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Wow. Tahniah. Tadi saje check ranking blog dan blog saya no 10k dan ke atas. Hmmm. Banyak betul nombornya. Huhu.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
Alhamdulillah sangat membantu wawa untuk meningkatkan blog wawa. MEmang wawa pakai ranking alexa seperti mana yang wawa baca dalam entri tuan denaihati.com untuk menigkatkan trafik blog. Terima kasih tuan 🙂
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI 12] : 5 WISHLIST ANDA
ALHAMDULILLAH, saya amalkan perkara macam ni dan ternyata ianya berjaya cumanya memerlukan pengorbanan masa yang lama untuk mencapai tahap seperti yang lebih baik dalam ranking alexa.
Curahan rasa adarain @ ..Review Movie The Maze Runner
Kadangkala wan juga ada check ranking. Bukan apa, just nak bagi semangat ja. Senang untuk ranking kelaut kalau kita tak update entry. Kalau rajin update, Insya Allah turun dengan cantek sekali.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
update entry dengan kerap tu salah satu faktor…blog aku pernah tak update entry dekat sebulan lebih…ranking alexa jatuh teruk…tapi kini aku dan cuba maintain balik entry…ranking pun dah kembali cantik
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Erti Persahabatan
Comments are closed.