Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, untuk pertama kali Blogger Melastik Bintang yang terkenal dikalangan rakan blogger sebagai blogger parenting diberi ruang untuk berkongsi tips blogging di sini. Kemahiran teknik berblog secara online dan offline mesti ada untuk semua blogger tanpa mengira niche. Jom lah kita baca apa yang nak disampaikan oleh MB.
Ranking Alexa merupakan perkara yang sering menjadi topik bualan blogger selain berbicara tentang SEO, Wordpress, Wordpress Security, Content Post dan pelbagai lagi isu tentang teknikal blog. Bagi aku ranking Alexa penting dalam menjenamakan dan memantapkan lagi blog anda dan adakalanya ranking Alexa ini memberikan impak yang besar terhadap para pengiklan di luar sana.
Aku masih ingat lagi seawal aku mula-mula melibatkan diri di dalam blogging, apa yang sering aku lihat di blog blogger blogger, di laman media sosial dan malah perbincangan di luar juga akan menyentuh isu ranking Alexa. Waktu itu aku masih lagi segar dalam dunia blog profesional dimana aku masih kurang memahami apa itu ranking Alexa. Persoalannya ialah penting ke ranking Alexa ni? Bagaimana hendak menaikkan ranking Alexa ? Untuk mendapatkan jawapan tersebut, blog denaihati.com juga ada berkongsi bagaimana hendak meningkatkan ranking Alexa di Malaysia.
Siapa Alexa
Alexa merupakan pembekal terkemuka web metrik global yang percuma. Carian Alexa adalah untuk mencari laman web yang paling berjaya di web dengan kata kunci, kategori, atau negara. Sumber dari Alexa.
Daripada definisi tersebut dan bantuan penerangan dari rakan rakan blogger yang lain aku mulai faham maksud sebenar ranking Alexa secara teori dan praktikalnya. Bermula dari saat itulah aku mula berusaha untuk menaikkan ranking Alexa blog aku untuk mencapai tahap yang lebih baik. Pelbagai teknik sudah aku aplikasikan pada blog aku untuk melihat hasilnya. Alhamdulillah setelah beberapa bulan melakukan beberapa teknik, tahap ranking Alexa blog aku mula menunjukkan sesuatu yang positif. Ranking Alexa blog aku pernah mencapai 400 ke bawah di dalam Malaysia. Di bawah aku kongsikan beberapa teknik untuk mendapatkan bacaan Alexa yang baik.
Semak Ranking Alexa Blog Anda
Bagaimana menaikkan Ranking Alexa blog :
1. Gunakan Alexa Toolbar Pada Blog Anda
Alexa hanya memfokuskan pada laman-laman web yang berada di bawah pemantauan mereka, menfokuskan bermaksud diutamakan berbanding blog yang tidak menggunakan widget Alexa Toolbar. Tidak bermakna jika anda tidak menggunakan Alexa Toolbar tersebut, blog anda tidak dipantau Alexa. Tujuan utama memasang widget Alexa Toolbar ini adalah supaya Alexa dapat mengesan kedudukan blog / laman web anda. Anda boleh muat turun di Alexa Toolbar.
2. Memberi Backlink Kepada Alexa
Wujudkan pautan balik (backlink) ke Alexa dengan menulis tentang Alexa dan membuat post di blog anda seperti apa yang aku lakukan dalam artikel Kenali Alexa. Pelbagai jenis topik atau informasi yang anda boleh ceritakan. Seperti apa yang aku lakukan dahulu dimana aku menceritakan beberapa perkara yang kita boleh dapat dari Alexa, jangan lupa juga selitkan pautan balik (backlink) di dalam artikel anda. Secara tidak langsung dapat mendekatkan blog anda dengan Alexa.
3. Perlu Mengemaskini Blog Anda
Kekerapan menghasilkan artikel dalam blog anda amat memberi kesan kepada kedudukan Alexa blog anda. Ada yang turut mengatakan kekerapan menghasilkan artikel di blog juga mempengaruhi tahap ranking blog anda. Pada pandangan aku jika anda mengemaskini blog anda dengan kerap, anda akan mendapat kedudukan ranking yang lebih baik, tetapi sebagai blogger anda harus memahami konsep ranking Alexa iaitu jika sekali ranking Alexa anda turun ( Nilai membesar), agak sukar juga untuk menaikkannya kembali ( Nilai mengecil).
Apa yang aku pernah alami dahulu telah membuktikan bahawa memang benar kekerapan kita menghasilkan artikel di blog mempengaruhi tahap ranking Alexa. Salah satu cabaran bergelar blogger ialah bagaimana anda hendak mengekalkan momentum menghasilkan artikel setiap hari. Blog denaihati.com juga menjadi rujukan aku , kerana blog ini dapat meningkatkan ranking Alexa dengan cepat dan mengekalkan prestasi yang baik dengan melakukan beberapa cara tingkatkan ranking alexa .
4. Menulis Artikel Yang Berkualiti
Faktor ini juga memberi kesan kepada ranking blog anda, artikel yang berkualiti dan mempunyai isi kandungan yang unik dapat membantu anda untuk mendapatkan kedudukan ranking Alexa yang baik. Jangan biasakan menulis seperti ‘Melepaskan Batuk Di Tangga‘ sahaja kerana setiap penulisan mencerminkan identiti dan sikap anda sebagai blogger dan penulis. Ambil masa untuk menulis sesuatu artikel dan kalau boleh lakukan kajian, cari maklumat tambahan sebagai bahan penulisan artikel kita nanti. Pendek kata persediaan sebelum menulis amat penting untuk menghasilkan artikel yang bermanfaat.
5. Optimasikan Media Sosial Anda
Banyak kelebihan berkongsi artikel anda di rangkaian media sosial seperti Facebook, Instagram, Digg, Stumbleupon, Twitter, Linkdin dan lain-lain. Ia bukan sahaja akan membawa sejumlah besar trafik ke blog anda, tetapi juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan ranking Alexa anda. Gunakan juga teknik variasi dalam menghebahkan artikel anda di media sosial seperti teknik Video Sharing,Photo Sharing, RSS Feed,Chat Room, Forum atau anda boleh membuat satu aplikasi blog anda menggunakan Android atau iOS seperti Aplikasi Android dan iOS Denaihati .
Klout juga memainkan peranan penting dalam cabang media sosial kerana sesetengah pengiklan memandang kepada nilai Klout anda. Aku pernah berurusan dengan pengiklan yang mengutamakan nilai Klout blogger, semakin tinggi Klout anda semakin tinggi bayaran yang anda bakal terima. Klout merupakan salah satu saluran media sosial yang mengukur betapa kuatnya pengaruh media sosial anda. Tidak dinafikan 60% jumlah trafik blog adalah datangnya dari Media Sosial.
In Syaa Allah, jika dipraktikkan teknik di atas bacaan ranking Alexa blog anda akan menunjukkan bacaan yang baik. Banyak lagi teknik yang boleh diamalkan oleh blogger dan jika ada peluang lagi aku akan kongsikan dengan pembaca. Lain orang lain cara yang diamalkan, tetapi inilah cara yang aku amalkan sehinggalah ranking Alexa blog aku pernah mencapai 388 di dalam Malaysia dalam masa yang singkat. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu pembaca dan blogger di luar sana.
160 Comments
Jika kita mengambil alexa rank sebagai alat menentukan kejayaan blog kita. Ia sangat bermanfaat kerana ia mengingatkan kita perlu melakukan sesuatu kepada blog kita supaya rank alexa semakin bagus. Jika menurun bermakna buat sesuatu sepeti lebih kerap update blog.
Curahan rasa Wira Merah @ ..5 Tips Memilih SmartPhone Yang Bagus
Setakat ini aku mengamalkan tips 1,3 dan 4. Selain itu belum lagi di buat. Dalam masa bulan 9 ni. Alexa rank dari 1.5 juta menjadi 800K++ dan msia rank bawah 4K..ini dalam masa 2 minggu. Memang berkesan. Lepas ini nak buat tips yang ke- 2 pula. Nak tengok berapa banyak boleh menguruskan rank alexa blog aku. Tengah cari idea…
Curahan rasa Wira Merah @ ..5 Tips Memilih SmartPhone Yang Bagus
tips diatas sentiasa dipratikkan. Insyaallah , setiap usaha akan ada hasil jika dibuat bersungguh sungguh.
Curahan rasa kizmyself @ ..Berjanggut Den Tunggu Haaaa
Semoga berjaya, palaing berkesan update blog sentiasa. Memang alexa suka sangat. Cuba tak update blog gerenti semakin membengkak nilainya…
Curahan rasa Wira Merah @ ..5 Tips Memilih SmartPhone Yang Bagus
Ini yang nak kena berbaik dengan alexa ni..Untung untung boleh naikkan rank alexa lagi. Terima kasih untuk tips ni MB..sangat membantu 🙂
Curahan rasa Azhafizah @ ..Design Full Template Blog Aria Lee
entry yang sangat berguna. tq DH semoga maju jaya
Curahan rasa nikkhazami @ ..BUFFET RAMADHAN CASA OMBAK
Sebenarnya penting ke ranking Alexa ni? Dulu ranking saya bawah 7K kt Malaysia. Sekrang dah lebih 10K dah.. menurun pula prestasinya..
Eh, baru je check dah dalam lingkungan 6K lebih dah.. huhuh.. Lagi la menjadi pembakar semangat untuk berblog nih
pernah beberapa kali check. selalu dalam 10k ke atas
Curahan rasa nikkhazami @ ..Jadual Piala Malaysia Pasukan Kelantan 2014
tapi kadang kadang takut nak semak. kot2 banyak digit, nanti mood down. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Alhamdulillah, terima kasih Tuan atas perkongsian bermanfaat ini. Semoga blog saya juga akan semakin maju dan boleh mencapai ranking yang baik dalam Alexa. 🙂
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
semoga kita dpt manfaat dari perkongsiai ini
Curahan rasa nikkhazami @ ..BUFFET RAMADHAN CASA OMBAK
Baru check rank alexa tadi tapi 0 je. Hahahaha. Teruk sangat ke blog saya ni?
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Piala FIFA World Cup 2014 Dimenangi Oleh Germany
Aku check Alexa aku, banding dengan kau, aku punya lagi teruk, ranking di Malaysia pun tak ada hohoho.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Takde? Kenapa pula ek? Mungkin tak letak .com atau .blogspot kot..
adakah Alexa rank dipengaruhi SEO ?
saya tidak menjadikan Alexa rank sebagai kayu ukur prestasi SEO saya.
tapi mungkin bagi blogger SEO lain sangat memandang penting terhadap Alexa
Curahan rasa Zack One @ ..5 in 1 Emergency Light Car Hammer Flashlight Cutting Belt Magnet
seronok dapat baca tips ini.. in shaa Allah akan cuba belajar utk praktikkan…
saya amat baru dalam blogging ni..
Curahan rasa Emie Johari @ ..Kad Perubatan Takaful-Ikhlas “CHOICE PLUS PLATINUM”
sangat berkesan entri ni… dah dapat naikkan ranking alexa
Curahan rasa KelipKelip @ ..Berkesannya Kitab Teknik SEO Merah Jambu, Lihat Bukti!!
Dari pengalaman ngeblog,… Traffik menjadi sangat penentu meningkatkan peringkat Alexa
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Mary Anning – Penemu Fosil Dinosaurus di Logo Google Hari Ini
Namun Banyak perdebatan diantara para Blogger, Webmaster, maupun pakar SEO terhadap sistem ranking Alexa untuk blog maupun website. Banyak orang yang bingung kenapa situs mereka yang mempunyai traffic tinggi tetapi ranking Alexa nya tidak kunjung naik? Hal ini disebabkan karena Alexa menghitung traffic pada suatu situs dari browser yang ter-instal Alexa toolbar, jadi traffic dari browser yang tanpa di instal Alexa toolbar tidak termasuk didalam algoritma ranking Alexa.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Mary Anning – Penemu Fosil Dinosaurus di Logo Google Hari Ini
Jadi install Alexa toolbar juga sangat perlu di browser kita
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Mary Anning – Penemu Fosil Dinosaurus di Logo Google Hari Ini
saya dah install tapi masih belum tahu guna. tapi terima kasih atas tips ini bang iwan
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Teirma kasih abang iwan atas tips ini. Saya kena install Alexa toolbar juga la ni jawabnya..
saya dah install, tapi macam blur lagi
Curahan rasa nikkhazami @ ..Jadual Piala Malaysia Pasukan Kelantan 2014
sanngat benar kenyataan Bang Iwan, trafik juga merupakan penentu peningkatan ranking Alexa, so mahu tak mahu kena belajar SEO utk dptkan trafik tinggi
Curahan rasa KelipKelip @ ..Berkesannya Kitab Teknik SEO Merah Jambu, Lihat Bukti!!
Hmmm, nampaknya saya kena mempelajari lebih lanjut mengenai SEO kerana blog saya langsung tak tersenarai dalam ranking Malaysia. :3
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
sebenarnya masih pelik gk ngn alexa ni..ada org ckp, 2hari skali update, alexa lg cpt naik drp hari2 update..camana tu?
Curahan rasa JMR @ ..Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.
akibat lama tak update, ranking alexa blog cikgunaman telah menjunam teruk
Curahan rasa cikgu naman @ ..Takkan Nak Biar Berlalu Begitu Sahaja
Sama saya Bro…. Alexa saya bertambah gemuk sekarang.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Mary Anning – Penemu Fosil Dinosaurus di Logo Google Hari Ini
takpe, cikgu naman otai.. mesti boleh up balikk
Curahan rasa nikkhazami @ ..BUFFET RAMADHAN CASA OMBAK
sampai skang masih tak pasti dgn alexa blog sndr..heheh
Curahan rasa JMR @ ..Waroeng Iga One Utama hidang ribs sambal hijau sedap.
Comments are closed.