Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
menguruskan artikel ini adalah perkara yang kita boleh rancang lebih awal, sebelum kita memulakan laman sesawang atau blog. Ini perkara penting yang perlu dilakukan andai kita ingin mendominasi topik atau bidang tersebut.
Andai anda ingin membina laman untuk tujuan promosi dan perniagaan, jemput untuk baca artikel ini agar mendapat panduan untuk perancangan artikel yang lebih komprehensif sepanjang masa.
Jika anda hanya ingin mengusahakan sebuah blog peribadi, ini juga menjadi asbab kenapa anda akan memperolehi kata kunci yang akan relevan sepanjang tahun.
Perancangan artikel bermula daripada masalah yang ingin diselesaikan
Ini merupakan sebahagian daripada 5 Steps Method Content Planning yang diasaskan oleh Eizil untuk memudahkan sesiapa sahaja merancang bukan sahaja artikel di blog, tetapi isi kandungan secara keseluruhan termasuk di platform media sosial.
Perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah untuk menyenaraikan masalah-masalah yang kita ingin selesaikan. Andai kita menjual produk, kita senaraikan masalah berkaitan produk tersebut. Andai kita menjual perkhidmatan, kita senaraikan masalah yang boleh diselesaikan oleh perkhidmatan tersebut.
Bagaimana pula jika kita ingin menulis blog peribadi atau dalam niche-niche tertentu? Kita olah juga topik-topik yang diselesaikan, contoh masalah menguruskan kewangan, menguruskan keluarga, menguruskan kesihatan dan pelbagai lagi.
Kenapa perlu bermula dengan masalah?
Asas kenapa perlu bermula dengan masalah adalah bertujuan untuk meletakkan banyak jerat-jerat dalam persada alam digital ini. Kita perlu ingat, ramai yang mencari jawapan kepada masalah menggunakan Google. Sekiranya kita bercerita mengenai masalah dan kemudian memberi penyelesaian, artikel-artikel ini akan bertebaran menanti masa untuk memerangkap sesiapa yang membuat carian.
Fokus pada masalah, bukan pada kata kunci tertentu akan membolehkan kita membuka lebih luas jaring yang ingin digunakan. Ini adalah perkara yang penting agar ianya akan menjadi tukun-tukun digital mengumpul kumpulan pembaca dan kelompok bakal pelanggan.
Senarai masalah tidak bermakna kita perlu bercerita mengenai masalah itu dari sudut bagaimana ianya berlaku, ia akan dikembangkan menjadi cerita kehidupan yang menjurus kepada masalah tersebut.
Hari ini, pengguna enjin carian menggunakan pelbagai perkataan untuk membuat carian, untuk kita boleh mengaut semua mereka, pelbagaikan kosa kata dalam penulisan yang diterbitkan. Contoh perkataan demam, mungkin boleh jadi panas badan, boleh jadi sakit kepala dan pelbagai lagi.
Susun artikel berdasarkan musim dan waktu dalam setahun
Selesai menguruskan masalah-masalah yang kita ingin sentuh, kita boleh mula menyusun artikel-artikel berkaitan. Biasanya fokus kepada bagaimana masalah itu berlaku dalam kehidupan. Bila ianya berlaku, bagaimana ianya berlaku, dan bagaimana boleh diselesaikan.
Kita akan dapat senarai cerita yang banyak andai diolah dengan baik, cerita-cerita ini kemudiannya di susun dalam bentuk senarai sebelum kemudian nanti kita akan pilih bila waktu yang sesuai untuk diterbitkan.
Sebagai contoh, jika kita menulis tips berkaitan puasa ramadan, tidak sesuai untuk kita terbitkan ketika musim hari raya cina, kerana ianya diluar musim.
Tunggu hingga tiba musim Ramadan baru kita akan tulis dan terbitkan artikel tersebut. Kita boleh juga nak tulis terdahulu, kemudian hanya terbitkan pada masa yang telah ditetapkan.
Ketika saat kita terbitkan artikel tersebut, mungkin kesan SEO tidak ketara. Namun usah gusar, biarkan ianya matang selari dengan masa. Apabila kita menulis untuk pembaca dan menambah ciri-ciri teknikal yang digemari oleh Google. Artikel tersebut akan mendapat kesan pada tahun berikutnya atau musim bulan Ramadan yang berikutnya.
Ketika itu, artikel kita akan menjadi rujukan dan panduan sesiapa yang mencari mengenai masalah yang telah kita tulis dan ceritakan itu.
Sediakan artikel yang cukup untuk sepanjang tahun
Perkara terakhir yang perlu kita buat adalah untuk menyediakan artikel yang mencukupi untuk semua musim sepanjang tahun. Ada musim cuti sekolah, musim perayaan, musim melancong, musim gaji, musim panas, musim hujan dan pelbagai lagi.
Di sinilah akan berlaku optimasi secara menyeluruh. Kita akan boleh bersenang-lenang kerana setiap masa ada sahaja artikel yang akan mendapat tarikan daripada enjin carian seperti Google.
Semoga anda dapat sesuatu daripada perkongsian kali ini, menulis tanpa perancangan akan mendatangkan hasil, namun apabila kita rancang, hasilnya akan diperolehi dalam keadaan yang terkawal.
48 Comments
Tips yang menarik dan boleh dijadikan panduan. Pembaca pun pasti suka bila blog kita tersusun dan menarik.
Curahan rasa Mek ila @ ..Seronoknya Bersama di Majlis Ramah Mesra Group Mommy Havoc di Homestay Papa Der, Semenyih
Btul tu. Reader lebih suka baca blog yang kontennya disusn dengan baik dan penuh dgn ilmu baru
saya lebih suka terbitkan entri utk jangka masa panjang. sbb boleh tarik banyaj trafik organik
Curahan rasa nikkhazami @ ..Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Tahun Baru Cina 2018
trafik organik akn memberi sumber trafik pasif yang boleh support blog kita di kala blogger kekeringan idea utk update blog
satu panduan ( sebenar lebih) yang sangat berguna dakam kareer sebagai blogger.
bermain dengan SEO sangat bagus dan pastinya mencabar juga
Curahan rasa mrhanafi @ ..Mengapa Blog Tu Simple Sangat ?
Sapa yang jadi full time blogger memang sangat sesuai amalkan tips ni kan. Susun konten dengan lebih teratur.
terima kasih udah di share artikel n ya sangat lah menarik like it , salam indonesia
Curahan rasa grosir gamis murah bekasi @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
masyaallah ,,makin banyak pencerahan setiap artikel yang disajikan oleh denaihati, iya permasalah online adalah artikel yang berkualitas susah juga.
Curahan rasa ade sunandar @ ..Tempat Beli ICP Capsule di Jakarta
Artikel berkualiti atau tidak ni perkara yang sngt subjektif. Ada yang kita rasa biasa-biasa, tetapi sgt brguna utk reader lain
terima kasih atas perkongsiannya. sangat membantu elakkan rasa “stuck” takde idea untuk blogging.
Curahan rasa Oja Samid @ ..Produk Penjagaan Kulit Bayi Organik Shakleebaby Yang Selamat Dan Lembut Untuk Bayi
betul tu. kandang2 blog tidak dikemaskini bukan sebab malas tp sebab kekeringan idea.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Tahun Baru Cina 2018
Kalau rajin ,pasti boleh mencari idea yang sewajarnya untuk di buat posting dalm blog
Kena bijak elak rasa stuck tu kak. Kena sentiasa mencari motivasi diri cari idea baru dan best best
Artikel yang sangat menarik dan berguna pada semua orrang.Kini pengetahuan saya lebih bertambah dan saya lebih faham tentang perkara ini.Terima kasih atas pengetahuan yang bermanfaat.Nice sharing
Curahan rasa Ira @ ..Apa Bahan Yang Digunakan Dalam Produk Shaklee Bahagian 16
terima kasih udah d share artikel nya sangat menarik i like
Curahan rasa grosir gamis murah bekasi @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
wow ulasan yang sangat mengesankan sekali, mencerahkan sekaligus bermanfaat
Teimakasih telah meluangkan waktu untuk membuat artikel yang berguan ini
Blog saya sudah mendominasi artikel untuk peperiksaan online dan temuduga kerja kerajaan 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Siasatan P41 Dan P29
terima kasih atas perkongsian artikel yang bermanfaat ni. moga boleh jadi sumber rujukan ilmiah untuk semua
Curahan rasa kauthar mohd @ ..Mengenalpasti cara ikhtiar untuk hamil supaya mendapat zuriat
Terima kasih atas pencerahan nya. Ya saya memang setuju, munkin artikel kita tak berjaya dimusim ini, tapi dalam Jangka panjang memang tempias trafik sangat memuaskan.
Curahan rasa onlajer @ ..Tonton Resident Evil: Vendetta Dengan HeadPhone JBL
Ya, ada masanya untuk jangka masa yang pendek, artikel bermusim memang beri trafik yang laju dan kencang.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Servis Cuci Karpet Kajang, Puchong, Bangi, Putrajaya, Serdang, Shah Alam, Puncak Alam Dan Balakong
Wah menarik tu..Thanks for the sharing .. baru-baru ini ada test juga buat artikel panjang . Allhamdulillah bounce rate tidak tinggi dah.. so kene rajin menulis dan dapatkan idea berguna lah ..Contoh Kertas Kerja Perniagaan Terkini 
Curahan rasa Mohd Rawi @ ..
Ye la kan. artikel panjang bermakna makin lama pembaca berada dlm page blog. Bounce rate makin bagus
nice ! keep on writing things like this. insyaallah semua akan dapat manfaat
Curahan rasa faeza @ ..Belajar Memulakan Bisnes Melalui Sistem Yang Patuh Syariah
saya pun suka baca entri tips blogging mcm ni. banyak manfaat utk blogger
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Tiada Arah Jodoh Kita
kan kan.. sangat nice perkongsian sebegini. Ramai blogger yang selalu belek blog DH mencari tips sebegini
betul tu. sekarang ni kalau ada apa2 masalah pasti kita akan guna google. kewyords ‘tips, cara’ menjadi perhatian
Curahan rasa nikkhazami @ ..Produk yang Menghilangkan Blackheads
Artikel saya sudah sediakan untuk diterbitkan bagi tempoh setahun, jika malas saya kitar semula dengan cara reschedule.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
Wah bagusnya tuan Ikhwan kita ni. Setahun punya dah siap sedia ye. Saya belum tgk lagi ni hehe
Comments are closed.