Masjid Al Aqsa bukan Dome of the Rock

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, menjejaki dan menyelusiuri Kota Lama Baitulmuqqadis suatu mimpi menjadi kenyataan yang bukan mudah untuk dicapai. Selama ini keliru dengan berbagai kisah yang diceritakan kini menjadi fakta yang boleh menambah keimanan. Betapa Jerusalem atau Baitulmuqadis menjadi kota suci tiga agama yang menjadi rebutan sehingga sanggup berperang hingga ke akhir zaman. Kota Baitulmuqqadis yang mula dibina oleh Nabi Daud a.s dikelilingi tembok setinggi 15 meter yang dihuni lebih 40,000 penghuni gambungan Islam, Yahudi dan Kristian.

Gambar-gambar menarik kota lama Baitulmuqqadis

Doom of the rock dari mount of olive

Herod's gate baitulmuqadis

Laluan harian dalam kota baitulmuqadis

Lorong antara beribu di dalam kota baitulmuqadis

Pusat bisnis dalam kota baitulmuqadis

Di dalam kota Baitulmuqqadis terdapat tempat suci tiga agama iaitu Masjid Al Aqsa yang dibina oleh Nabi Ibrahim bersama anaknya Nabi Ishak a.s yang kemudian disempurnakan oleh Nabi Sulaiman a.s. Dome of the rock yang yang dibina oleh Abd Al-Malik ibn Marwan pada tahun hijrah 72 juga terletak dalam kawasan Masjid Al Aqsa yang di dalamnya terdapat batu dimana Rasulullah S.A.W mikraj ke Saidatul Muntaha bertemu Allah. Hari ini Dome of the rock diuruskan oleh Kerajaan Jordan atas persetujuan perjanjian tahun 1967. Raja Jordan King Hussein telah mengecat kubah dengan emas asli seberat 80 kg dengan belanja USD6 juta. Ramai yang keliru menyangka kubah berwarna emas ini sebagai kubah Masjid Al Aqsa. Dome of the rock bukanlah masjid tetapi ada dewan yang besar untuk solat sunat mengambil berkat.

Gambar luar dan dalam Dome of the rock

Golden Doom of the rock

Dewan doom of the rock

Pintu masuk ke gua batu doom of the rock

Gua di bawah batu doom of the rock

Masjid Al Aqsa dibina semula oleh Khalifah Umar Al-Khattab  setelah terbiar lebih 600 tahun. Ganjaran solat di Masjid Al Aqsa memang banyak iaitu 500 kali tetapi hanya mereka yang terpilih sahaja dapat merasai nikmat ini. Rombongan Islam dari negara luar akan disusahkan dengan berbagai kesusahan untuk menyeberangi sempadan Israel untuk ke Baitulmuqadis supaya hilang minat untuk datang ziarah. Di tahan di sempadan 7-8 jam tanpa apa-apa sebab itu biasa. Rombongan kami juga tidak terlepas pergi dan balik salah seorang sahabat ditahan tanpa sebab berjam-jam dan tak kurang juga kumpulan lain yang dihalau di sempadan tidak dibenarkan masuk. Rakyat Palestine yang dipisahkan dengan tembok setinggi 9 meter sepanjang 900 km dilarang memasuki Baitulmuqadis apatah lagi solat di Masjid Al Aqsa.

Gambar sekitar dalam dan luar Masjid Al Aqsa

Masjid Al Aqsa

Masjid al aqsa dari luar tembok baitulmuqadis

Pintu utama Masjid Al Aqsa

Mimbar Masjid Al Aqsa

Lukisan di kubah masjid al aqsa

Jemaah selepas solat jumaat di masjid al aqsa

denaihati dalam masjid al aqsa

Di bawah Masjid Al Aqsa terdapat sebuah masjid yang diyakini sebagai Masjid Nabi Sulaiman. Ada yang percaya masjid ini dibina oleh Jin melihat strukurnya dibina dari bongkahan besar bukan seperti masjid-masjid lain yang dibina dari batu-batu. Di dalam Masjid Nabi Sulaiman terdapat perpustakaan yang dibina oleh Salahudin Al Ayubi mempunyai ribuan buku rujukan Islam. Di dalam Masjid Nabi Sulaiman terdapat juga sebuah lubang yang dalam pada suatu ketika dahulu digunakan untuk mengumpul minyak zaiton sebagai sumber tenaga untuk menerangi masjid. Yahudi meyakini tapak Masjid Al Aqsa juga adalah tapak rumah ibadat pertama yang dibina oleh Nabi Sulaiman kerana itu mereka berusaha untuk mendapatkan semula dan beberapa kali cubaan membakar telah dilakukan oleh extrimist yahudi.

Gambar Masjid Nabi Sulaiman

Pintu masuk Masjid Nabi Sulaiman

Perpustakaan masjid sulaiman

Masjid Nabi Sulaiman

Perigi mengumpul olive oil di dalam masjid Nabi Sulaiman

Di dalam kawasan Masjid Al Aqsa terdapt juga Masjid Al Buraq dimana dindingnya berkongsi dengan Wailing wall atau Western wall tempat suci yahudi. Rasulullah SAW telah mengikat Buraq di kawasan ini sebelum berjalan ke puncak bukit yang sekarang batunya di dalam doom of the rock. Di bahagian belakang Masjid Buraq adalah kawasan suci yahudi dimana ramai yang datang beribadah di sini. Wailing wall telah ditawan semula oleh Israel ketika “6 day war” pada tahun 1967. Pada akhir zaman Nabi Isa a.s akan menewaskan Dajjal di tembok ini.

Gambar Masjid Al Buraq dan Wailling wall

Masjid Buraq dari hadapan masjid al aqsa

Tangga menuju Masjid Buraq

Masjid Buraq

Wailling wall masjid al aqsa

Western wall masjid al aqsa

Memang tersentuh hati apabila dapat menjejaki Masjid Al Aqsa yang sangat luas dengan taman menghijau, gazebo untuk berehat, Dome of the rock, Masjid Al Buraq, Masjid Nabi Sulaiman dan paling utama Masjid Al Aqsa yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam selama 17 bulan setelah israk mikraj. Terlalu banyak tapak-tapak kaki para Rasul dan Nabi terdahulu dan Para Sahabat yang terdapat di sekitar Masjid Al Aqsa. Semuga ziarah ini akan menjadi asbab meningkatnya iman kami dan turunnya hidayah keseluruh alam. Semuga tiada lagi yang keliru antara kubah emas dengan kubah Masjid Al Aqsa.

Klik untuk melihat makam-makam Rasul di Bumi Palestine


Spread the love

98 Comments

  1. kita akan mudah keliru apabila kita kurang ilmu…banyak fakta yang cuba diselewengkan…pasal masjid al-aqsa ni aku rasa ramai lagi yang masih keliru dan tertukar dengan dome if rock..puncanya adalah kurang pengetahuan, malas membaca, cuma ikut orang, malas nak kaji sendiri
    Curahan rasa blogger lelaki @ ..Erti PersahabatanMy Profile

  2. Dengan penerangan begini amat dialu-alukan kerana orang ramai masih keliru di mana Masjid Al-Aqsa dengan Dome of the rock. Melalui terdapat penambahan masjid Sulaiman dan masjid Buraq adalah pengetahuan baru bagi saya. Terima kasih diucapkan.

  3. Alhamdulillah dpt jgk tgk…
    Maaf bertanya…untuk pengetahuan sahih.. yg kata telah di gali tu mcm mn? Btul ke?

    1. Memang ada terowong yang digali di bawah masjid Al Aqsa … kalau mengikut kata mutawif kalau bukan dengan izin ALLAH memang dah runtuh masjid Al Aqsa kerana aktiviti mengali oleh Yahudi di bawah masjid.

  4. dome of the rock termasuk di kwsn masjid al-aqsa.., pahala sembahyang di kawasan ini adalah sama dlm lingkungan kwsn itu..so tak salah..=)

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!