Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kali ini nak kongsi kisah yang pernah berlaku kira-kira 18 tahun dahulu yang sedang berulang sekali lagi sekarang. Ketika kemelesetan ekonomi yg teruk pada akhir 90 an ramai yang hilang pekerjaan, rugi perniagaan dan rugi dipelbagai pelaburan yang melahirkan berjuta warga Malaysia berhutang.
Kemelesetan ekonomi bukan berlaku sehari dua tetapi ibarat marathon yang memakan masa yang lama. Ramai yang tidak bertahan kerana lamanya masa berlaku ekonomi tidak menentu. Ramai juga yang salah strategi sehingga duit terkumpul hilang ditelan keganasan ekonomi kapitalis. Perniaga-niaga kecil terpaksa gulung tikar, pelabur-pelabur hartanah terperangkap kerana harga rumah yang turun mendadak dan pemain-pemain saham tergadai harta benda kerana bermain kontra.
Kerugian yang dialami bukan sedikit ada yang mencecah jutaan dan ratusan ribu ringgit. Kepada yang tidak berniaga juga hidup sengsara kerana hutang lama yang masih tidak terbayar dan kos kehidupan semakin tinggi. Berbagai hutang ditanggung antaranya hutang kad kredit, hutang koperasi, hutang pinjaman bank, hutang kawan-kawan dan paling teruk hutang along. Nak hidup pun susah inikan nak bayar hutang memanglah susah. Ada yg tidak dapat menanggung tekan kehidupan sehingga menjejas kesihatan tidak kurang juga murung kehidupan. Kepada yang kurang iman berbagai tindakan yang dilakukan yang tidak terfikir minda untuk lari daripada beban hutang terlampau.
Tidak mustahil fenomena yang sama akan berulang kali ini kerana marathon kemelesetan ekonomi dunia yang sedang berlaku sekarang masih jauh lagi dan dijangka akan berakhir tahun hadapan. Aku pasti tidak ramai akan dapat bertahan sekiranya kita masih meneruskan cara kehidupan sekarang.
Kalau krisis ekonomi pada akhir 90 an aku adalah salah seorang yang menanggung hutang teruk lebih ratusan ribu ringgit. Kali ini insyaa Allah aku menyediakan Jemaah Bisnis Denaihati untuk membantu mereka yang berusaha untuk keluar daripada belenggu masalah ekonomi yang parah. Pengalaman aku menyelesaikan masa susah pada kemelesatan ekonomi akhir 90 an ingin di kongsikan dengan kawan-kawan yang sedang melalui nasib yang sama. Kami ada pengalaman membantu mereka yang jatuh bangun semula tetapi lebih baik bersedia sebelum jatuh kerana kalau sudah kecundang sangat susah untuk bangun semula.
Bila sudah susah bukan nak mencari apa yang kita suka tetapi mencari apa yang boleh menyukakan hati menyelesaikan segala masalah kewangan. Yang pernah melalui kesusahan kewangan sahaja dapat merasai.
143 Comments
kena sentiasa bersedia dengan situasi ekonimi yg tek menentu. pastikan pendapatan sentiasa bertambah
Curahan rasa nikkhazami @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Kena tingkatkan pendapatan… Dalam masa yang sama kena kurangkan perbelanjaan….
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 Ebook dan Affiliate Klikjer bulan Ogos 2015
saya yang duduk kat sekolah ni pun terasa gawatnya ekonomi. peruntukan-peruntukan dari kerajaan macam takde, tapi program kena jugak jalan….ha…camner tu? poning cikgu!
Curahan rasa siti hazreen @ ..Hari Terbuka Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2015
Berdoa untuk kesejahteraan umat…berhutang jangan, memberi hutang pun jangan.
Curahan rasa Muhammad Khairuddin Lim @ ..Doa senjata kekuatan Umat Islam
peritnya nak lesai kan hutang di saat ekonomi merudum ni .
Curahan rasa mommykemai @ ..Bahaya Jerebu Boleh Menganggu Kesihatan Jantung
Saya sedang menanggung hutang 5 angka ni pun dah terasa peritnya. Bagaimana tuan selesaikan hutang bernilai ratusan ribu RM ni ya
Curahan rasa sabree hussin @ ..Cara bagaimana anda boleh gunakan blog untuk buat duit dengan Affiliate
ekonomi meleset dah tentunya jadi haru biru kalo tak pandai urus masalah kewangan yang datang bertimpa timpa… kena bijak dalam usaha untuk tambah pendapatan agar tidak kecundangan…
Curahan rasa abdfatah @ ..Cerita Langsai Hutang Ptptn Lagi…
Krisis ekonomi 90an datang lagi … mesti mau buat persediaan awal kali ni
Curahan rasa Sihat Ceria @ ..Adab Ziarah Pesakit Menurut Islam
risau dengan keadaan ekonomi skrg ni. entah macam mana la in future. bayar hutang tak habis-habis ni huuu
Curahan rasa eyra @ ..Program #ArifLabur : Elak Sengsara Selepas Bersara
Pengalaman tuan Denaihati memang patut dikongsikan untuk menjadi teladan buat orang muda seperti saya yang baru nak berjinak-jinak dengan bisnes..
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Mempercepatkan Penyembuhan Luka Selepas Bersalin
Zaman kemelesatan ekonomi dulu saya masih sekolah & tapi boleh nampak la kesannya dalam kehidupan cuma mungkin masa tu bebanan perasaan tu kurang rasa sebab masih di bawah tanggungan ibu bapa kan.
Curahan rasa lekatlekit @ ..YANG SUKA SHOPPING DI LAZADA KENA TAHU KALAU TAK MENYESAL
zaman tu memang masih kecil lagi, sekitar umur darjah 4 macam tu..
memang tak tahu apa yang berlaku pun pada ekonomi Malaysia
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Pilihan Protein untuk Seisi Keluarga Mengekalkan Diet Seimbang
Orang lama macam tuan Denaihati pernah merasai pengalaman jatuh bangun ekonomi dunia… Kami yang masih mentah ni perlu berguru dengan orang lama macam tuan….
Curahan rasa Anuar @ ..Hobi Isteri saya, Cantik Tak? (Bahagian 63) : Handmade Handbag untuk Hadiah Hari Jadi Naila..
Tidak ramai yang ingin berkongsi resipi kejayaan dan membantu orang lain seperti tuan DH buat
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Apakah Punca Kaki Kejang Semasa Mengandung?
Sesetengah orang yang pandai akan mengambil kesempatan di atas kemelesetan ekonomi untuk melebarkan lagi sayap perniagaan mereka.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Pakej Percutian 4H3D Secara Percuma Ke Bangkok Yang Buat Ramai Tak Tidur Malam
Ada kalanya rintangan yang sedang dihadapi dapat menjadi pendorong untuk menjadi lebih berjaya daripada sebelumnya….
Curahan rasa Anuar @ ..Hobi Isteri saya, Cantik Tak? (Bahagian 63) : Handmade Handbag untuk Hadiah Hari Jadi Naila..
Setuju dengan pendapat tuan denaihati. Kita hanya ada 2 pilihan iaitu berjimat dan pastikan ada pendapatan kedua. Itulah yang saya sedang buat. Alhamdulillah.
Curahan rasa nasslimdiet2 @ ..GC Tea packaging terbaru
Saya pun setuju. Belanja berhemah snagat penting + ada pendapatan kedua.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Resepi Cekodok Kentang & Ikan Bilis Rangup ~
bagi yang berniaga.. kemel;esetan ekonomi memang amat2 terasa.. perlu cekal kalau nak teruskan empayar yang dibina.. moga semua usahawan/peniaga di permudahkan dan dimurahkan rezeki oelh Nya.. Aamiinn..
Nak berniaga masih boleh tetapi kena cepat berubah kepada perniagaan yang sangat-sangat diperlukan ketika krisis ekonomi. Kalau kita masih nak kekal dengan perniagaan yg bakal di telan ombak kemelesetan ekonomi maka sudah pasti jalannya pasti gelap.
Curahan rasa denaihati @ ..Kejayaan bisnis tiada jalan singkat
Antara perniagaan yang sentiasa laris adalah makanan dan penjagaan kesihatan. Kita semua perlukannya walau di saat susah atau senang.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Resepi Cekodok Kentang & Ikan Bilis Rangup ~
Kemelesetan ekonomi pastinya sesuatu yang amat perit untuk digambarkan. Namun kepada yang telah bersedia mental dan fizikal pastinya kesan yang dirasai tidak ketara. 18 tahun dahulu ketika itu, saya mungkin tidak terasa dengan kerana ketika itu masih lagi di bangku sekolah… bezanya kini saya yang perlu mencatu perbelanjaan sekolah dan rumah juga…
Curahan rasa yangbaik @ ..Ada apa dengan bintang
Seperti kata Robert Kiyosaki apabila ekonomi dunia meleset kita hanya ada dua pilihan samada berjimat dengan apa yang ada atau menambah pendapatan dari sumber ke dua dan ke tiga. Pilihan di tangan sendiri kerana dua-dua perlukan pengorbanan.
Curahan rasa denaihati @ ..Merdeka ekonomi bukan mustahil
Mek ila belum pernah merasai kesusahan akibat kemelesetan ekonomi namun pernah susah semasa belajar dahulu. Memang perit bila terjadi sebegini. Nak makan pun sekadar nasi lemak RM1.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Pakej Percutian 4H3D Secara Percuma Ke Bangkok Yang Buat Ramai Tak Tidur Malam
Comments are closed.