Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kepanasan perlawanan Indonesia vs Malaysia di peringkat kumpulan masih belum reda lagi. Aku masih terfikir-fikir strategi Indonesia tidak menurunkan pasukan kesebelasan utama ketika menentang Harimau Muda. Bukankah lebih baik sekiranya Indonesia dapat menewaskan Malaysia pada peringkat kumpulan dan Malaysia perlu menentang Vietnam pada peringkat separuh akhir. Ada kemungkinan Malaysia tewas di peringkat separuh akhir jika menentang Vietnam dan Indonesia mudah menewaskan Myanmar. Bukankah lebih mudah untuk Indonesia bertemu Vietnam di final berbanding bertemu Malaysia. Apakah strategi Indonesia akan memakan diri mereka kerana perlu bertemu dua team kuat jika layak ke final.
Atas kertas Malaysia kelihatan mudah untuk menewaskan Myanmar tetapi selalunya pemikiran begini yang akan memakan diri. Perlawanan semifinal bola sepak Sea Games 2011, Malaysia vs Myanmar mesti tidak boleh diambil ringan oleh permain skuad Harimau Muda. Pemain mesti mengekalkan prestasi bermain cemerlang dan perlu juga berhati-hati dengan kad kuning yang boleh menidakkan mereka bermain di perlawan akhir sekiranya Harimau Muda berjaya menewaskan Myanmar. Perlawanan akhir bukannya mudah kerana team yang bakal menunggu samada team Sang Garuda, Indonesia yang pasti ingin menebus kekalahan atau Vietnam yang mempunyai pemain-pemain yang terbaik.
Keputusan Malaysia vs Myanmar : 1 – 0
Keputusan Indonesia vs Vietnam : 2 – 0 (Semifinal ke dua bola sepak Sea Games 2011)
Perlawanan live Malaysia vs Myanmar boleh disaksikan di Astro Arena 801 dan RTM TV1 jam 5.00pm waktu Malaysia, 19/11/2011 atau boleh juga live streaming Malaysia vs Myanmar melalui twitter dengan hashtag #Malaysia atau #Myanmar atau online live streaming @ RTM live.
Jadual penuh dan keputusan bola sepak Sea Games Indonesia 2011 kumpulan A @Bola Sepak Sea Games 2011
Video Malaysia vs Myanmar Semifinal Sea Games 2011 :
68 Comments
Malaysia main ikut rentak lawan.. kalau lawan kuat, malaysia jadi kuat, kalau lawan lembap malaysia pun jadi lembap..
Curahan rasa MediaCapture @ ..Malaysia vs Myanmar Sukan SEA 2011 Indonesia
yeyyyy malaysia menanggggg,
Curahan rasa Juan @ ..Bisnes oh Bisnes, Jangan Pancit Sudah….
akhirnya Malaysia berjumpa kembali dgn Indonesia di final..
selamat bertaanding lagi…
Curahan rasa waloetz @ ..BLOG DOFOLLOW DENGAN COMMENTLUV
kalah menang itu bukan masalah yang penting bawa emas broooo
Alhamdulillah…menang lagi…kini tinggal setapak sahaja lagi…semoga Malaysia berjaya.
Curahan rasa yas @ ..Sea Games 2011- Malaysia vs Myanmar
Tanniah kepada skuad Harimau Muda akan bertemu kembali dengan Garuda di final bola sepak Sukan Sea 2011 bagi menentukan perak atau emas. Apa yang pasti perak sudah didalam genggaman tapi mahukan emas.
Curahan rasa akubiomed @ ..Abang Koning bakal duduki ujian saringan tahun 1
Tahniah untuk pasukan harimau Muda…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Samsung Galaxy S II Gadget Impian Saya
Ternyata benar seperti prediksi saya sebelumnya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Samsung Galaxy S II Gadget Impian Saya
Harimau Muda akan kembali berhadapan dengan garuda Muda di putaran Final..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Perolehan Medali Sea Games 2011 Hari ke-9
Harap dapat bawa pulang emas
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Live Streaming EPL 2011/2012
Malaysia ada peluang membawa pulang pingat emas buat kali ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Layakkah Malaysia Mempertahankan Pingat Emas Dalam Bolasepak Di Sea Games?
Insyaallah 🙂
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Live Streaming EPL 2011/2012
Berjaya juga Harimau Muda mengalahkan Myanmar dgn jaringan 1-0, akan menunggu Indonesia atau Vietnam di peringkat akhir.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Layakkah Malaysia Mempertahankan Pingat Emas Dalam Bolasepak Di Sea Games?
arggghhhhhh…. tertidur…….. tak sempat tengok…..
Curahan rasa Norfa @ ..Samsung Galaxy Tab 10.1 Gadget Impian
tahniah pasukan Harimau Muda…kerana berjaya mengalahkan Myanmar…
Curahan rasa Syarih @ ..Gambar Di Blog – Nak Minta Atau Tak Minta Kebenaran?
tahniah pada Malaysia. Izzaq faris masuk..terus gol. Hoho..
Curahan rasa levelsatu @ ..Malaysia menang lawan Myanmar (1-0)
alhamdulillah msia mnang wpon byk peluang ter’miss’
Tahniah Malaysia
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Gadged Impian Saya Ialah iPhone 4s
Comments are closed.