Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kepanasan perlawanan Indonesia vs Malaysia di peringkat kumpulan masih belum reda lagi. Aku masih terfikir-fikir strategi Indonesia tidak menurunkan pasukan kesebelasan utama ketika menentang Harimau Muda. Bukankah lebih baik sekiranya Indonesia dapat menewaskan Malaysia pada peringkat kumpulan dan Malaysia perlu menentang Vietnam pada peringkat separuh akhir. Ada kemungkinan Malaysia tewas di peringkat separuh akhir jika menentang Vietnam dan Indonesia mudah menewaskan Myanmar. Bukankah lebih mudah untuk Indonesia bertemu Vietnam di final berbanding bertemu Malaysia. Apakah strategi Indonesia akan memakan diri mereka kerana perlu bertemu dua team kuat jika layak ke final.
Atas kertas Malaysia kelihatan mudah untuk menewaskan Myanmar tetapi selalunya pemikiran begini yang akan memakan diri. Perlawanan semifinal bola sepak Sea Games 2011, Malaysia vs Myanmar mesti tidak boleh diambil ringan oleh permain skuad Harimau Muda. Pemain mesti mengekalkan prestasi bermain cemerlang dan perlu juga berhati-hati dengan kad kuning yang boleh menidakkan mereka bermain di perlawan akhir sekiranya Harimau Muda berjaya menewaskan Myanmar. Perlawanan akhir bukannya mudah kerana team yang bakal menunggu samada team Sang Garuda, Indonesia yang pasti ingin menebus kekalahan atau Vietnam yang mempunyai pemain-pemain yang terbaik.
Keputusan Malaysia vs Myanmar : 1 – 0
Keputusan Indonesia vs Vietnam : 2 – 0 (Semifinal ke dua bola sepak Sea Games 2011)
Perlawanan live Malaysia vs Myanmar boleh disaksikan di Astro Arena 801 dan RTM TV1 jam 5.00pm waktu Malaysia, 19/11/2011 atau boleh juga live streaming Malaysia vs Myanmar melalui twitter dengan hashtag #Malaysia atau #Myanmar atau online live streaming @ RTM live.
Jadual penuh dan keputusan bola sepak Sea Games Indonesia 2011 kumpulan A @Bola Sepak Sea Games 2011
Video Malaysia vs Myanmar Semifinal Sea Games 2011 :
68 Comments
yea..malaysia menang..nak main taktikal tu dah ok..tapi kena perlu lebih kemas dan perlu lebih fokus..perghhh..boleh ganti ong kim swee ni..haha
Curahan rasa paihujey @ ..Apakah Gadget Impian Pilihan Aku
harap Malaysia dapat mengubah rentak permainan untuk 2nd half ni.
Curahan rasa Sya Isya @ ..JADUAL PERLAWANAN BOLA SEPAK SUKAN SEA 2011 (KE-26) – PASUKAN MALAYSIA
Harap harimau muda dapat bertahan….
Malaysia mesti menang punya lahhh!!
Curahan rasa Mr. ReVMon @ ..Badan Bertoksik???
ayuh Harimau Muda. semoga dpt kemenangan utk ke final.
Curahan rasa ekspresiruang @ ..McLaren Production Center Oleh Foster+Partners
saya rasa harimau muda boleh menang, khairul fahmi che mat memang pandai kawal gawang…baddrol bakhtiar selaku ketua pun tak grang macam dia…
Curahan rasa azura @ ..Kenapa saya pilih apple ipad2 warna putih
mungkin juga tu pasukan indonesia ada percaturan mereka yang tersendiri..huhu
Curahan rasa paihujey @ ..Apakah Gadget Impian Pilihan Aku
good luck malaysia!
malaysia mng…
Harap2 Malaysia menang malam nie .. =)
Curahan rasa anastasyea @ ..Live Streaming Malaysia VS Myanmar | Perlawanan Semifinal Bola Sepak Sea Games 2011 Dari Stadium Gelora Bong Karno
hari ni Baddrol Bakhtiar plak y score.. heheh
Curahan rasa Fakarepain @ ..LADY GAGA BERSIAR- SIAR DENGAN TOPI BERBENTUK SPERMA
hope menang~
hopefully, malaysia boleh menang dan layak ke final..kalo tak menang emas pun takpe janji ke final..
Curahan rasa Adib @ ..Persamaan YB Thailand Dan Patrick Star
bangga mlysia ke separuh akhir…
harap2 bwak kejayaan lagi…
Curahan rasa noriz @ ..Mee Rebus & Ayam Penyet di Restoran ZZ Tulang
hari ini baru terasa cabaran sebenar akan bermula
Curahan rasa zerous @ ..[Kool] Pertunjukan Skrin Penuh LED Dinding di PTWC Kuala Lumpur
Comments are closed.