Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pasti seluruh Malaysia rasa sedikit kecewa apabila di minit terakhir penyerang Indonesia mencetak gol menewaskan Singapore 1 – 0 kerana penyokong Harimau Malaya mengharapkan perlawanan kedua-dua pasukan berakhir dengan seri atau Singapore menewaskan Indonesia.
Perlawanan Laos vs Malaysia lebih mendebarkan. Gemuruh seluruh kedai makan di Parit Baru, Sabak Bernam apabila Safiq Rahim menjaringkankan gol pertama melalui sepakan keramat tetapi mulai senyam apabila Laos menjaringkan gol penyamaan. Ramai kawan-kawan di Gerai, Facebook, Twitter dan Blogger INI mulai sangsi dan ada yang mencemuh pasukan Harimau Malaya. Penyokong Harimau Malaya kena belajar jadi penyokong kelab besar seperti MU dan Arsenal yang sentiasa berada di belakang pasukan ketika menang dan ketika kalah.
Penyokong bangkit semula apabila Safee Sali menjaringkan gol ke dua diikuti gol ketiga oleh Wan Zack dan bertambah gempita apabila gol keempat dijaringkan oleh Khyril. Ada seperti masih tidak percaya Harimau Malaya bisa membaham Laos 4 – 1. Percayalah Harimau Malaya mampu bermain baik seandainya seluruh penyokong setia memberi aura positif tanpa rasa ragu. Kemenangan 4 – 1 Malaysia menyebabkan kumpulan B masih terbuka dan semua pasukan masih layak untuk kepusingan separuh akhir.
Perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh Nusantara adalah Malaysia vs Indonesia. Perlawanan ini pasti panas setiap kali berlansung AFF Suzuki Cup. Garuda berazam membalas dendam setelah tewas kepada Harimau Malaya pada final AFF Suzuki Cup 2010. Semuga perlawanan dapat berlansung dengan penuh semangat kesukanan dan penyokong dapat mengawal perasaan tanpa menghamburkan bahasa-bahasa kasar dan lucah.
Untuk layak ke peringkat separuh akhir Harimau Malaya tiada pilihan melainkan menewaskan Indonesia. Keputusan seri bermakna Harimau Malaya akan terkeluar daripada saingan separuh akhir AFF Suzuki Cup 2012 tanpa mengira apa juga keputusan perlawanan Singapore vs Laos.
Keputusan Malaysia vs Indonesia : 2 – 0
Live Malaysia vs Indonesia @ Astro Arena 813 tarikh 1/12/12 jam 8.45 pm waktu Malaysia.
Live Streaming Laos vs Malaysia @ Goal.com.
Live di Stadium Twitter dengan hashtag #Malaysia vs Indonesia
PENYOKONG HARIMAU MALAYA TERUS MENYOKONG PASUKAN KITA HINGGAA TITISAN DARAH TERAKHIR DI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL.
KEPUTUSAN AFF SUZUKI CUP 2012
Thailand vs Vietnam : 3 – 1
Philippines vs Myanmar : 2 – 0
Singapore vs Laos : 4 – 3
Tahniah kepada Harimau Malaya yang dapat menewaskan Garuda 2 – 0. Harimau Malaya akan menentang Thailand untuk peringkat separuh akhir AFF Suzuki Cup 2012.
Jadual Separuh Akhir AFF Suzuki Cup 2012
Pusingan Pertama
Philippines vs Singapore pada 8/12/12 jam 8.00 pm waktu Philippines di stadium Memorial Rizal.
Malaysia vs Thailand pada 9/12/12 jam 8.45 pm waktu Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Harga tiket RM40.
Pusingan Kedua
Singapore vs Philippines pada 12/12/12 jam 7.30 pm waktu Singapore di Stadium Jalan Besar.
Thailand vs Malaysia pada 13/12/12 jam 8.20 waktu Malaysia di Stadium Supachalasai.
143 Comments
leganya bl harimau mlya mng .kesian indonesia
Salam satu jiwa dari tanah Singo Edan.
Curahan rasa Penghilang Jerawat @ ..Cara Alami Mencerahkan Kulit Ketiak
Semua puas, semua senang, semua menang… 🙂
Curahan rasa Hybrid car @ ..The Growing Popularity of Hybrid SUVs
aku tngok wan zack paling mnyerlah..tp syg,skang cedera,cmne la agknye kalau die tkde mse lwn thailand nnti.
Curahan rasa zul @ ..Sebab Kukuh Kenapa Anda Perlu Diet – Lawak [7 Gambar]
gandingan Mahali dan Wan Zack memang mantap..cabaran getir buat Harimau Malaya bertemu dengan Thailand nnti.harapnya menang..
Curahan rasa Prima Bawal @ ..Asal Usul Nama Tudung Bawal
Wan Zack dan Mahali paling menyerlah.
Curahan rasa Blog Asyraf @ ..Safee Sali Ke Johor 2013 | Safee Sali Bermain Dengan Johor 2013
Puas hati menang.
Curahan rasa Blog Asyraf @ ..Safee Sali Ke Johor 2013 | Safee Sali Bermain Dengan Johor 2013
5 hari lagi Harimau Malaya
tahniah buat semua pemain. Terus mengaum. Kami sokong Harimau Malaya
harimau malaya kembali mengaung…aung aung aung
Numpang lewat 🙂
Salam kompak selalu
Tahniah kepada harimau malaya! teruskan usaha.. hero memang kalah dulu.. 🙂
Curahan rasa fandyzblog @ ..Sedangkan Lidah Lagi Tergigit
Malaysia Boleh!!!
Tengok nanti apa yg boleh.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Jadual Persekolahan 2013
wan zack dh sakit,cmne malaysia nk Boleh lwn thailand nnti.
Curahan rasa zul @ ..Kejam, Video Belasah Pencuri Sampai Lumat di Indonesia
rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada pemain Harimau Malaya
Curahan rasa segalabenda @ ..Mood Blogging Baru Nak Kembali
Comments are closed.