Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pasti seluruh Malaysia rasa sedikit kecewa apabila di minit terakhir penyerang Indonesia mencetak gol menewaskan Singapore 1 – 0 kerana penyokong Harimau Malaya mengharapkan perlawanan kedua-dua pasukan berakhir dengan seri atau Singapore menewaskan Indonesia.
Perlawanan Laos vs Malaysia lebih mendebarkan. Gemuruh seluruh kedai makan di Parit Baru, Sabak Bernam apabila Safiq Rahim menjaringkankan gol pertama melalui sepakan keramat tetapi mulai senyam apabila Laos menjaringkan gol penyamaan. Ramai kawan-kawan di Gerai, Facebook, Twitter dan Blogger INI mulai sangsi dan ada yang mencemuh pasukan Harimau Malaya. Penyokong Harimau Malaya kena belajar jadi penyokong kelab besar seperti MU dan Arsenal yang sentiasa berada di belakang pasukan ketika menang dan ketika kalah.
Penyokong bangkit semula apabila Safee Sali menjaringkan gol ke dua diikuti gol ketiga oleh Wan Zack dan bertambah gempita apabila gol keempat dijaringkan oleh Khyril. Ada seperti masih tidak percaya Harimau Malaya bisa membaham Laos 4 – 1. Percayalah Harimau Malaya mampu bermain baik seandainya seluruh penyokong setia memberi aura positif tanpa rasa ragu. Kemenangan 4 – 1 Malaysia menyebabkan kumpulan B masih terbuka dan semua pasukan masih layak untuk kepusingan separuh akhir.
Perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh Nusantara adalah Malaysia vs Indonesia. Perlawanan ini pasti panas setiap kali berlansung AFF Suzuki Cup. Garuda berazam membalas dendam setelah tewas kepada Harimau Malaya pada final AFF Suzuki Cup 2010. Semuga perlawanan dapat berlansung dengan penuh semangat kesukanan dan penyokong dapat mengawal perasaan tanpa menghamburkan bahasa-bahasa kasar dan lucah.
Untuk layak ke peringkat separuh akhir Harimau Malaya tiada pilihan melainkan menewaskan Indonesia. Keputusan seri bermakna Harimau Malaya akan terkeluar daripada saingan separuh akhir AFF Suzuki Cup 2012 tanpa mengira apa juga keputusan perlawanan Singapore vs Laos.
Keputusan Malaysia vs Indonesia : 2 – 0
Live Malaysia vs Indonesia @ Astro Arena 813 tarikh 1/12/12 jam 8.45 pm waktu Malaysia.
Live Streaming Laos vs Malaysia @ Goal.com.
Live di Stadium Twitter dengan hashtag #Malaysia vs Indonesia
PENYOKONG HARIMAU MALAYA TERUS MENYOKONG PASUKAN KITA HINGGAA TITISAN DARAH TERAKHIR DI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL.
KEPUTUSAN AFF SUZUKI CUP 2012
Thailand vs Vietnam : 3 – 1
Philippines vs Myanmar : 2 – 0
Singapore vs Laos : 4 – 3
Tahniah kepada Harimau Malaya yang dapat menewaskan Garuda 2 – 0. Harimau Malaya akan menentang Thailand untuk peringkat separuh akhir AFF Suzuki Cup 2012.
Jadual Separuh Akhir AFF Suzuki Cup 2012
Pusingan Pertama
Philippines vs Singapore pada 8/12/12 jam 8.00 pm waktu Philippines di stadium Memorial Rizal.
Malaysia vs Thailand pada 9/12/12 jam 8.45 pm waktu Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Harga tiket RM40.
Pusingan Kedua
Singapore vs Philippines pada 12/12/12 jam 7.30 pm waktu Singapore di Stadium Jalan Besar.
Thailand vs Malaysia pada 13/12/12 jam 8.20 waktu Malaysia di Stadium Supachalasai.
143 Comments
syukur . selamannya harimau mengaum . aummm
Curahan rasa shasha yacob @ ..Aku Bangga.
Misi skuad Harimau Malaya masih belum selesai.. Harap momentum kemenangan berterusan.
Curahan rasa anif @ ..Perubahan Drastik Susun Atur Blog Menghilangkan Identiti
Berikan cukup rehat dan makan pada Harimau Malaya… tido cukup…
Curahan rasa zack @ ..MAAFKAN KAMI GAZA & SYRIA – USTAZ AZHAR IDRUS
dari awal memang kekuatan timnas indonesia jauh dibawah timnas malaysia. Di awal permainan timnas indonesia terlalu percaya diri dan sering membiarkan kesempatan
Curahan rasa pengobatan diabetes tradisional @ ..Obat Untuk Menurunkan Leukosit Tinggi
taniah buat malaysia…!
Curahan rasa Hakim Mahmud @ ..Zzati Rashid Teman Wanita Wan Zack Haikal
kecewa memang karena indonesia masih kalah,,tapi tak apa itu jadi pembelajaran,,,,selamat buat malaysia
Kapten Timnas Indonesia, Ellie Aiboy berharap, dengan kekalahan dari Malaysia, mengakibatkan Indonesia tersingkir di Piala AFF 2012, Timnas perlu segera berbenah untuk mengejar ketinggalannya dengan negara-negara lain.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Inilah Daftar 40 Orang Terkaya Di Indonesia Tahun 2012
Pembenahan memang perlu secepatnya dilakukan, demi kebangkitan kembali Timnas Indonesia, bila hal itu tidak segera dilakukan, maka timnas Indonesia akan semakin ketinggalan dengan negera-negara lain yang saat berkembang dengan pesat.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Inilah Daftar 40 Orang Terkaya Di Indonesia Tahun 2012
kemampuan timnas Indonesia saat ini, sangat berpeluang untuk berkembang, tinggal bagaimana pembenahannya ke depan. termasuk pembenahan dalam memperbaiki manafemen dalam organisasi induk.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Inilah Daftar 40 Orang Terkaya Di Indonesia Tahun 2012
Sempat tengok masa game dah pun 2-0 separuh amsa pertama, sebab sebelum tu sibuk dengan urusan perkahwinan 🙂
Curahan rasa Myra Jay @ ..Letih + Penat!!
saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pemain negara kita. moga ianya menjadi mementum untuk menrangkul lebih banyak jaringan dalam perlawanan yang seterusnya.
Curahan rasa fmtt @ ..Tidak Sempat Stress
Tahniah buat seluruh penyokong Harimau Malaya terutamanya yg berada di stadium!
Moga pemain Malaysia terus kekal konsisten utk mengalahakan Thailand dan beraksi di pentas akhir utk edisi 2012!
Curahan rasa hafizmd @ ..Keropok Keping & Malaysia vs Indonesia
Tahniah buat Harimau Malaya..makin kuat mengaum!!!!
Curahan rasa Hanif @ ..Hadiah Follower Ke 1000
Impian Indonesia untuk lolos ke semifinal harus pupus. Gol dari Azammuddin dan Mahalli Jasuli di laga pamungkas Piala AFF grup B mengubur harapan skuad Garuda.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Daftar Lengkap Pemenang Mnet Asian Music Awards MAMA 2012
mengharapkan gol yang banyak di separuh akhir pertama sebelum ke Bangkok.. 🙂
Curahan rasa CMRatu @ ..2 kali naik pelamin
game tu memang best… kalau dapat teruskan momentum tu, memang bagus la….
Curahan rasa farid108 @ ..Penggunaan Tenaga Negara-Negara Dunia 2011
Assalamualaikum…
Permainan yang cantik ditunjukkan oleh Pemain Malaysia ketika menentang Indonesia…. Harap Harimau Malaya dapat mengekakalkan rentak ini…
Curahan rasa amirini @ ..Lamanyer…
Comments are closed.