Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pasti seluruh Malaysia rasa sedikit kecewa apabila di minit terakhir penyerang Indonesia mencetak gol menewaskan Singapore 1 – 0 kerana penyokong Harimau Malaya mengharapkan perlawanan kedua-dua pasukan berakhir dengan seri atau Singapore menewaskan Indonesia.
Perlawanan Laos vs Malaysia lebih mendebarkan. Gemuruh seluruh kedai makan di Parit Baru, Sabak Bernam apabila Safiq Rahim menjaringkankan gol pertama melalui sepakan keramat tetapi mulai senyam apabila Laos menjaringkan gol penyamaan. Ramai kawan-kawan di Gerai, Facebook, Twitter dan Blogger INI mulai sangsi dan ada yang mencemuh pasukan Harimau Malaya. Penyokong Harimau Malaya kena belajar jadi penyokong kelab besar seperti MU dan Arsenal yang sentiasa berada di belakang pasukan ketika menang dan ketika kalah.
Penyokong bangkit semula apabila Safee Sali menjaringkan gol ke dua diikuti gol ketiga oleh Wan Zack dan bertambah gempita apabila gol keempat dijaringkan oleh Khyril. Ada seperti masih tidak percaya Harimau Malaya bisa membaham Laos 4 – 1. Percayalah Harimau Malaya mampu bermain baik seandainya seluruh penyokong setia memberi aura positif tanpa rasa ragu. Kemenangan 4 – 1 Malaysia menyebabkan kumpulan B masih terbuka dan semua pasukan masih layak untuk kepusingan separuh akhir.
Perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh Nusantara adalah Malaysia vs Indonesia. Perlawanan ini pasti panas setiap kali berlansung AFF Suzuki Cup. Garuda berazam membalas dendam setelah tewas kepada Harimau Malaya pada final AFF Suzuki Cup 2010. Semuga perlawanan dapat berlansung dengan penuh semangat kesukanan dan penyokong dapat mengawal perasaan tanpa menghamburkan bahasa-bahasa kasar dan lucah.
Untuk layak ke peringkat separuh akhir Harimau Malaya tiada pilihan melainkan menewaskan Indonesia. Keputusan seri bermakna Harimau Malaya akan terkeluar daripada saingan separuh akhir AFF Suzuki Cup 2012 tanpa mengira apa juga keputusan perlawanan Singapore vs Laos.
Keputusan Malaysia vs Indonesia : 2 – 0
Live Malaysia vs Indonesia @ Astro Arena 813 tarikh 1/12/12 jam 8.45 pm waktu Malaysia.
Live Streaming Laos vs Malaysia @ Goal.com.
Live di Stadium Twitter dengan hashtag #Malaysia vs Indonesia
PENYOKONG HARIMAU MALAYA TERUS MENYOKONG PASUKAN KITA HINGGAA TITISAN DARAH TERAKHIR DI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL.
KEPUTUSAN AFF SUZUKI CUP 2012
Thailand vs Vietnam : 3 – 1
Philippines vs Myanmar : 2 – 0
Singapore vs Laos : 4 – 3
Tahniah kepada Harimau Malaya yang dapat menewaskan Garuda 2 – 0. Harimau Malaya akan menentang Thailand untuk peringkat separuh akhir AFF Suzuki Cup 2012.
Jadual Separuh Akhir AFF Suzuki Cup 2012
Pusingan Pertama
Philippines vs Singapore pada 8/12/12 jam 8.00 pm waktu Philippines di stadium Memorial Rizal.
Malaysia vs Thailand pada 9/12/12 jam 8.45 pm waktu Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Harga tiket RM40.
Pusingan Kedua
Singapore vs Philippines pada 12/12/12 jam 7.30 pm waktu Singapore di Stadium Jalan Besar.
Thailand vs Malaysia pada 13/12/12 jam 8.20 waktu Malaysia di Stadium Supachalasai.
143 Comments
kita tunggu
silat vs tomoi pulak ahad nnti 🙂
Curahan rasa auc @ ..Statistik Blog AUC Bulan November 2012
“Jika Garuda berbangga dengan Andik, Wan Zack Haikal Wan Nor sebenarnya nampak lebih hebat daripada pemain itu dengan banyak kali berjaya membocori kawalan pertahanan Indonesia.”
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Daftar Lengkap Pemenang Mnet Asian Music Awards MAMA 2012
Kemenangan HaRimau Malaya bukan saja penting untuk memastikan kejuaraan terus berlangsung, tetapi secara tidak langsung menyingkirkan tradisi persaingan yang kembali dimenangi Harimau Malaya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Daftar Lengkap Pemenang Mnet Asian Music Awards MAMA 2012
Setiap kali pemain kita akan main ada perasaan berdebar-debar. Berharap pemain kita akan menang. Dan ada perasaan bertanya-tanya mampu apa tidak pemain kita
berjaya menang dengan displin yang baik.. tahniah pemain malaysia
Curahan rasa zool @ ..2012 Tahunku Yang Kacak
Lepas ni kena lawan Thailand yang cukup laju.. Kena lakukan sesuatu kalau tak mau kalah di peringkat ini
Curahan rasa zool @ ..Runtuhan terowong di Tokyo- sekurang-kurangnya 3 maut
Selamat meneruskan perjangan di babak selanjutnya untuk team Harimau Malaya.
Salam Wisata
Curahan rasa Ejawantah Wisata @ ..RM. SANGRILA GREEN CANYON WISATA KULINER PASUNDAN PANGANDARAN TEMPAT ISTIRAHATA IDEAL WISATAWAN
Kita masih berada di landasan betul..gogogo
Tahniah buat pasukan Malaysia.. Bomoh2 ni tak lut punya Haha
Curahan rasa Mummy Akmar @ ..iPhone 5 Gadget Impian
Selamat berjuang di babak semifinal buat pasukan Harimau Malaya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Tips Menghilangkan Stress
Hai Denaihati, selamat petang..
cabaran sebenar Malaysia adalah bertemu Thailand hari sabtu ini.. moga2 Malaysia akan melaakr kemenangan nanti..
Curahan rasa donnyien @ ..Kisah blogger yang suka mengumpat
yeah sentiasa menyokong..
Curahan rasa Weschairs @ ..Palestine diiktiraf sebuah negara!!
yeay to harimau malaya!! jadi pengomen tegar tak berbayar semalam ehhee :p
Curahan rasa pinkbubblegumprincess @ ..Kebiasaan yang mempercepatkan kedut pada wajah!!
saya pon x sempat nak menonton kerana ada coaching unit trust di shah alam. apa2 harimau malaya boleh!!!
Curahan rasa sohoque @ ..Jersey Baru Harimau Malaya 2013 Ketat
Tanniah buat skuad Harimau Malaya. Tak dapat hendak menonton kerana ada kenduri arwah.
Pihak lawan tentu tidak menjangka pemain muda mampu menjaringkan gol pada kala mereka leka mengikat pergerakkan Safee Sali dan Mat Yo.
Curahan rasa akubiomed @ ..The Grand Finale Samsung AppStar 2012
Tim Garuda Indonesia harus menerima kekalahan dari Tim Harimau Malaya (Malaysia) 2 – 0. Selamat Untuk Tim Harimau Malaya (Malaysia) maju kebabak final selanjutnya.
Curahan rasa blog pendidikan @ ..Daftar Peserta Sertifikasi Guru Tahun 2013 Provinsi Jawa Timur
Tahniah buat pasukan malaysia,semoga meneruskan kecermlangan pada prlawanan akn datang
Comments are closed.