Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pasti seluruh Malaysia rasa sedikit kecewa apabila di minit terakhir penyerang Indonesia mencetak gol menewaskan Singapore 1 – 0 kerana penyokong Harimau Malaya mengharapkan perlawanan kedua-dua pasukan berakhir dengan seri atau Singapore menewaskan Indonesia.
Perlawanan Laos vs Malaysia lebih mendebarkan. Gemuruh seluruh kedai makan di Parit Baru, Sabak Bernam apabila Safiq Rahim menjaringkankan gol pertama melalui sepakan keramat tetapi mulai senyam apabila Laos menjaringkan gol penyamaan. Ramai kawan-kawan di Gerai, Facebook, Twitter dan Blogger INI mulai sangsi dan ada yang mencemuh pasukan Harimau Malaya. Penyokong Harimau Malaya kena belajar jadi penyokong kelab besar seperti MU dan Arsenal yang sentiasa berada di belakang pasukan ketika menang dan ketika kalah.
Penyokong bangkit semula apabila Safee Sali menjaringkan gol ke dua diikuti gol ketiga oleh Wan Zack dan bertambah gempita apabila gol keempat dijaringkan oleh Khyril. Ada seperti masih tidak percaya Harimau Malaya bisa membaham Laos 4 – 1. Percayalah Harimau Malaya mampu bermain baik seandainya seluruh penyokong setia memberi aura positif tanpa rasa ragu. Kemenangan 4 – 1 Malaysia menyebabkan kumpulan B masih terbuka dan semua pasukan masih layak untuk kepusingan separuh akhir.
Perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh Nusantara adalah Malaysia vs Indonesia. Perlawanan ini pasti panas setiap kali berlansung AFF Suzuki Cup. Garuda berazam membalas dendam setelah tewas kepada Harimau Malaya pada final AFF Suzuki Cup 2010. Semuga perlawanan dapat berlansung dengan penuh semangat kesukanan dan penyokong dapat mengawal perasaan tanpa menghamburkan bahasa-bahasa kasar dan lucah.
Untuk layak ke peringkat separuh akhir Harimau Malaya tiada pilihan melainkan menewaskan Indonesia. Keputusan seri bermakna Harimau Malaya akan terkeluar daripada saingan separuh akhir AFF Suzuki Cup 2012 tanpa mengira apa juga keputusan perlawanan Singapore vs Laos.
Keputusan Malaysia vs Indonesia : 2 – 0
Live Malaysia vs Indonesia @ Astro Arena 813 tarikh 1/12/12 jam 8.45 pm waktu Malaysia.
Live Streaming Laos vs Malaysia @ Goal.com.
Live di Stadium Twitter dengan hashtag #Malaysia vs Indonesia
PENYOKONG HARIMAU MALAYA TERUS MENYOKONG PASUKAN KITA HINGGAA TITISAN DARAH TERAKHIR DI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL.
KEPUTUSAN AFF SUZUKI CUP 2012
Thailand vs Vietnam : 3 – 1
Philippines vs Myanmar : 2 – 0
Singapore vs Laos : 4 – 3
Tahniah kepada Harimau Malaya yang dapat menewaskan Garuda 2 – 0. Harimau Malaya akan menentang Thailand untuk peringkat separuh akhir AFF Suzuki Cup 2012.
Jadual Separuh Akhir AFF Suzuki Cup 2012
Pusingan Pertama
Philippines vs Singapore pada 8/12/12 jam 8.00 pm waktu Philippines di stadium Memorial Rizal.
Malaysia vs Thailand pada 9/12/12 jam 8.45 pm waktu Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Harga tiket RM40.
Pusingan Kedua
Singapore vs Philippines pada 12/12/12 jam 7.30 pm waktu Singapore di Stadium Jalan Besar.
Thailand vs Malaysia pada 13/12/12 jam 8.20 waktu Malaysia di Stadium Supachalasai.
143 Comments
malaysia boleh…!
mal 2 – indon 1
amin
Curahan rasa sweetkurma @ ..sedikit tak semestinya derita
Harap Malaysia menang lawan Indonesia malam ni
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Live Streaming Malaysia vs Indonesia 1 December 2012 | AFF Suzuki Cup 2012
memang panas dan mendebarkan lah malam nih
Curahan rasa Juan @ ..Dividen ASB (Amanah Saham Bumiputera) 2012
Gud Luck pada kedua team…
harap Malaysia Menang, perkukuhkan lagi benteng pertahanan….terutama sekali aidil dan fadhli, jangan biar bolos….
Curahan rasa Norizwan @ ..Maharaja Lawak Mega 2012 Episod 3
perlawanan kedua memang mendebarkan bukan sahaja kedai atau warung yang bergegar gelegar rumah pun bergegar jugak dek kerenah budak2 muda yang bersorakan meraikan kemenangan Malaysia…
Curahan rasa yangbaik @ ..Aduhai Sabtu yang bersepah
semoga yang terbaik dari Harimau Malaya untuk penyokongnya dan Rakyat Malaysia… 🙂
Curahan rasa yangbaik @ ..Aduhai Sabtu yang bersepah
Semoga pertandingannya berjalan dengan lancar
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Mengetahui Kehamilan Kembar
Apapun hasilnya persahabatan diantara kedua negara seharusnya di atas segala…Selamat berjuang bagi Malaysia dan Indonesia
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Mengetahui Kehamilan Kembar
Lawan secara pro
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Live Streaming Malaysia vs Indonesia 1 December 2012 | AFF Suzuki Cup 2012
kunjungan sore…
jgn lupa kunjungan balik’a ^_^
Curahan rasa johanes gultom @ ..10 Provinsi yang Paling Miskin di Indonesia
insyallah Malaysia pasti menang…amin…
Curahan rasa papa mifz @ ..Senarai Harga Contact Lens
Saya ingin bilang kalau artikel ini sangat menarik dan saya ingin bookmark + ninggalin jejak 🙂
Salam Blogwalking Dari Khewayz 😀
Curahan rasa Khewayz @ ..Melakukan SEO Dengan Benar
harap mlm ni s.sali tidak gopoh lg…
Curahan rasa zul @ ..Banglo Besar Ini Sebenarnya McDonalds – So Beautiful
semoga perlawanan malam ini berlangsung dengan baik. jg semoga hubungan persahabatan antara ke dua2 negara jiran kekal baik samaada menang atau kalah
Curahan rasa Ladfe Amir @ ..Sikap Prihatin Bermula Dari Diri Sendiri
el classico Melayu..
Curahan rasa penowo @ ..Cara Promosi Online Gratis
aku positif, malaysia boleh menang. dah seminggu aku makan cendol hari-hari nih..
Curahan rasa titan @ ..Sana contest, sinipun contest..
Comments are closed.