Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pasti seluruh Malaysia rasa sedikit kecewa apabila di minit terakhir penyerang Indonesia mencetak gol menewaskan Singapore 1 – 0 kerana penyokong Harimau Malaya mengharapkan perlawanan kedua-dua pasukan berakhir dengan seri atau Singapore menewaskan Indonesia.
Perlawanan Laos vs Malaysia lebih mendebarkan. Gemuruh seluruh kedai makan di Parit Baru, Sabak Bernam apabila Safiq Rahim menjaringkankan gol pertama melalui sepakan keramat tetapi mulai senyam apabila Laos menjaringkan gol penyamaan. Ramai kawan-kawan di Gerai, Facebook, Twitter dan Blogger INI mulai sangsi dan ada yang mencemuh pasukan Harimau Malaya. Penyokong Harimau Malaya kena belajar jadi penyokong kelab besar seperti MU dan Arsenal yang sentiasa berada di belakang pasukan ketika menang dan ketika kalah.
Penyokong bangkit semula apabila Safee Sali menjaringkan gol ke dua diikuti gol ketiga oleh Wan Zack dan bertambah gempita apabila gol keempat dijaringkan oleh Khyril. Ada seperti masih tidak percaya Harimau Malaya bisa membaham Laos 4 – 1. Percayalah Harimau Malaya mampu bermain baik seandainya seluruh penyokong setia memberi aura positif tanpa rasa ragu. Kemenangan 4 – 1 Malaysia menyebabkan kumpulan B masih terbuka dan semua pasukan masih layak untuk kepusingan separuh akhir.
Perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh Nusantara adalah Malaysia vs Indonesia. Perlawanan ini pasti panas setiap kali berlansung AFF Suzuki Cup. Garuda berazam membalas dendam setelah tewas kepada Harimau Malaya pada final AFF Suzuki Cup 2010. Semuga perlawanan dapat berlansung dengan penuh semangat kesukanan dan penyokong dapat mengawal perasaan tanpa menghamburkan bahasa-bahasa kasar dan lucah.
Untuk layak ke peringkat separuh akhir Harimau Malaya tiada pilihan melainkan menewaskan Indonesia. Keputusan seri bermakna Harimau Malaya akan terkeluar daripada saingan separuh akhir AFF Suzuki Cup 2012 tanpa mengira apa juga keputusan perlawanan Singapore vs Laos.
Keputusan Malaysia vs Indonesia : 2 – 0
Live Malaysia vs Indonesia @ Astro Arena 813 tarikh 1/12/12 jam 8.45 pm waktu Malaysia.
Live Streaming Laos vs Malaysia @ Goal.com.
Live di Stadium Twitter dengan hashtag #Malaysia vs Indonesia
PENYOKONG HARIMAU MALAYA TERUS MENYOKONG PASUKAN KITA HINGGAA TITISAN DARAH TERAKHIR DI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL.
KEPUTUSAN AFF SUZUKI CUP 2012
Thailand vs Vietnam : 3 – 1
Philippines vs Myanmar : 2 – 0
Singapore vs Laos : 4 – 3
Tahniah kepada Harimau Malaya yang dapat menewaskan Garuda 2 – 0. Harimau Malaya akan menentang Thailand untuk peringkat separuh akhir AFF Suzuki Cup 2012.
Jadual Separuh Akhir AFF Suzuki Cup 2012
Pusingan Pertama
Philippines vs Singapore pada 8/12/12 jam 8.00 pm waktu Philippines di stadium Memorial Rizal.
Malaysia vs Thailand pada 9/12/12 jam 8.45 pm waktu Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Harga tiket RM40.
Pusingan Kedua
Singapore vs Philippines pada 12/12/12 jam 7.30 pm waktu Singapore di Stadium Jalan Besar.
Thailand vs Malaysia pada 13/12/12 jam 8.20 waktu Malaysia di Stadium Supachalasai.
143 Comments
Tahniah buat skuad Harimau Malaya..perjuangan perlu diteruskan 🙂 tumpang gembira walaupun terlepas tengok perlawanan tadi..huhuu..
Curahan rasa JomStadi @ ..Jawatan Kosong: Temuduga Pramugara Pramugari AirAsia di Kota Kinabalu, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang bagi Disember 2012
Allhamdulillah lega Malaysia menang , boleh bertanding ke peringkat seterusnya ..
Curahan rasa puanbee @ ..Juara Masterchef Malaysia 2
belum boleh lega Puan bee..thailand tu pasukan pilihan..huhu
harimau malaya kene main lebih baik dari malam ni kalo nk kekalkan gelaran.. 🙂
Curahan rasa Jebeng Otai™ @ ..Komentator Tegar November 2012
Tahniah Harimau Malaysia…
kita tunggu
Silat vs Tomoi pulak… siapa yg menang 🙂
Curahan rasa auc @ ..Tops 10 Blogger Bulan November 2012
ada peluang nak balas dendam balik dengan Singapura nih..
Curahan rasa titan @ ..Mahali paling kacak ini malam.
alhamdulillah… malaysia layak semi final, lepas ni perlawanan mesti sengit. bakal jumpa thailand. apa pun malaysia boleh!
Curahan rasa wanayu @ ..Live Streaming Malaysia vs Indonesia AFF Suzuki Cup 1 disember 2012
Ternyata skuad Garuda tak mampu meredam amukan Harimau Malaya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..AFF SUZUKI CUP 2012 : Malaysia Vs Indonesia
Tahniah untuk Pasukan Harimau Malaya.
Semoga Trophy AFF Suzuki Cup 2012 kembali direbut oleh Harimau Malaya
Curahan rasa Bang Iwan @ ..AFF SUZUKI CUP 2012 : Malaysia Vs Indonesia
Timnas Indonesia akhirnya harus angkat koper dari Piala AFF 2012
Curahan rasa Bang Iwan @ ..AFF SUZUKI CUP 2012 : Malaysia Vs Indonesia
Yes Malaysia menang 2-0
Curahan rasa Razifredz @ ..AFF Suzuki Cup 2012 : Malaysia 2-0 Indonesia
Alhamdulillah Malaysia mara ke separuh akhir…. 🙂
Curahan rasa Norizwan @ ..Maharaja Lawak Mega 2012 Episod 3
nervous juga tengok mula2, Indonesia control..nasib baik lepas tu bangkit dan berjaya jaringkan 2 gol
Curahan rasa beckhrooy @ ..Live Streaming Malaysia VS Indonesia AFF Suzuki 2012
Tahniah Harimau Malaya! Malaysia memang layak ke semifinal
Curahan rasa Dawaihati @ ..Malaysia vs Indonesia Piala Suzuki AFF 2012
Impian Indonesia untuk lolos ke semifinal harus pupus. Dua gol dari Azammuddin dan Mahalli Jasuli di laga pamungkas Piala AFF grup B mengubur harapan skuad Garuda.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..AFF SUZUKI CUP 2012 : Malaysia Vs Indonesia
Lemahnya koordinasi lini belakang kembali menjadi celah yang mampu dimanfaatkan Harimau Malaya dengan baik. Hanya dalam tempo tiga menit, gawang Indonesia harus rela kebobolan dua gol.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..AFF SUZUKI CUP 2012 : Malaysia Vs Indonesia
apapun hasilnya malaysia vs indonesia, semoga tidak mempengaruhi terhadap keharmonisan kedua negara.. semogo Malaysia dan Indonesia selalu jadi sahabat.. salam by DIdah blogger Indonesia
semoga dua gol dpt dipertahankan pada 2nd half
Curahan rasa beckhrooy @ ..Live Streaming Malaysia VS Indonesia AFF Suzuki 2012
Menunggu detik-detik pertandingan akan dimulai
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Tips Menghilangkan Stress
selamat berjaya harimau malaya. mengaumm dan baham garuda
Curahan rasa wanayu @ ..Live Streaming Malaysia vs Indonesia AFF Suzuki Cup 1 disember 2012
HM boleh menang in shaa Allah …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Mitos Kesamarataan Hak di Singapura
masalah dgn harimau ialah stamina …harap2 nya bukan begitulah HM
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Teknologi Agro – Yong Taufu Halal
Comments are closed.