Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
acara besar untuk blogger dan penggiat sosial media iaitu Malaysia Social Media Week (MSMW) bagi tahun 2017 telah berlangsung pada 8 dan 9 November 2017. Pada tahun ini, acara berlangsung di dewan Manhattan, Berjaya Times Square. Pelbagai syarikat, persatuan mahupun individu yang hadir saban tahun dan tim Denaihati tidak terkecuali untuk menghadiri hadir bersama 1000 peserta yang lain.
Program ini dianjurkan Social Media Chambers dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Kesihatan. Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Irwan Serigar Abdullah dan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan.
Apa yang menarik pada setiap tahun, MSMW pasti menyajikan input-input serta perkongsian ilmu terbaru dari ahli panel dalam dan luar negara.
Media Sosial Mempengaruhi Kehidupan
Seperti edisi MSMW terdahulu, persidangan kebangsaan ini menghubungkan individu-individu mengenai kandungan dan perbualan mengenai trend yang muncul dalam media sosial. Media sosial secara dramatiknya telah mengubah cara kita berfikir dan bertindak.
Apa yang menarik mengenai media sosial adalah bahawa ia adalah alat pemasaran viral yang berpatutan dan berpengaruh pada zaman digital ini. Namun kita perlu mengawal bagaimana untuk menggunakannya secara berhati-hati.
Perkongsian menarik oleh ahli panel dan moderator MSMW2017 membawakan beberapa tajuk menarik :
Sesi 1 : Bagaimana mengenalpasti dan membendung gejala ‘buli siber’ ?
Sesi 2 : Cara pintar untuk gunakan digital dan media sosial untuk mempertingkatkan jualan
Sesi 3 : Membina E-Commerce Kelas Dunia
Sesi 4 : Chatbots
Sesi 5 : Trend Sosial terbesar pada 2017 & 2018 dan Berapa jauh ia akan pergi?
Sesi 6 : Membentuk Media Berita Menuju Teknologi Digital & Cabarannya
Ilmu Perlu Ada pada Penggiat Media Sosial
Tidak dapat dinafikan lagi, majoriti kehidupan manusia sudah bergantung dengan media sosial. Contohnya kita dapat lihat bagaimana keadaan apabila aplikasi ‘Whatsapp’ yang mempunyai masalah tidak berfungsi dan juga aplikasi Facebook juga pernah mengalami masalah yang sama.
Kita juga tidak terkecuali dengan menerima dan melihat berita-berita dan juga kiriman di media sosial yang belum tentu kesahihannya. Oleh itu, sebelum kita menerjah ke dalam isu viral dalam media sosial, mulakan dengan membaca, menonton dan mendengar. Teruskan dengan mengumpulkan maklumat penting, menganalisis dan menyuarakannya secara bijak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini diberikan penghormatan apabila menerima Anugerah Kepimpinan Global sempena Minggu Media Sosial Malaysia (MSMW) 2017.
Datuk Seri Najib diberikan anugerah tersebut berdasarkan pembabitan aktifnya dalam media sosial khususnya di Facebook dan Twitter. Selain Perdana Menteri, selebriti terkenal, Zizan Razak turut dipilih sebagai Ikon Media Sosial Malaysia 2017.
Malaysia Social Media Week (MSMW) kini bukanlah lagi sekadar acara tahunan, tetapi ia telah menjadi satu penggerak kepada industri media sosial. Moga rakan blogger dan penggiat media sosial terus menimba ilmu dengan sebaiknya bagi memanfaatkannya dalam kehidupan.
25 Comments
Oh macam best kan MSMW ni.. harap dapat pergi satu hari nanti 🙂
Banyak info menarik dapat dari event ni
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..3 Ebook Marketing Percuma Untuk Anda !
topik buli siber memang menarik untuk dibincangkan untuk mendapatkan cara penyelesaian yang baik.
topik yang dibincangkan ahli panel dan moderator MSMW2017 sangat menarik antaranya tentang mengenalpasti dan membendung gejala ‘buli siber’’ yang dah makin parah sekarang ni. Mudah-mudahan dapat diatasi dengan sebaiknya.
Tahniah untuk PM dan Zizan!
Curahan rasa Nur Razali @ ..Cara Beli Vivix Murah Untuk Bukan Ahli Shaklee Hanya Pada Bulan November 2017
buli cyber memang teruk. kita kena didik rakyat malaysia supaya tidak meninggalkan komen sesuka hati
Curahan rasa nikkhazami @ ..Myvi Baru 2018 – Gambar, Harga & Spesifikasi
topik yg dibincangkan moderator cukup menarik dan kena sangat dengan arus semasa
Curahan rasa nikkhazami @ ..Myvi Baru 2018 – Gambar, Harga & Spesifikasi
kalau tak silap, sebelum ni msmw ada bagi anugerah untuk blog terbaik dalam bidang tertentu kan? tahun ni ada tak tuan?
Curahan rasa Amir Mazlan @ ..Cara buat duit dengan affiliate edisi bongkar abis, takde nak selindung-selindung lagi dah
Oh dah habis ye ?
Ramai juga yang sertai malaysia social media week tahun ni ye
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..DAFTAR AHLI SHAKLEE : November 2017 Promotion for Non-members
Selalunya tak berpeluang untuk turut serta disebabkan program diadakn di hari biasa. Rugi tak dapat turut serta.
Curahan rasa Sani @ ..Bekas Banduan Ni Buat Duit USD80,000 Melalui Kedai Online Shopify
nampaknya saya baru tahu juga..
agak ketinggalan la pulak..
semoga mereka yang terlibat terus sukses dalam bidang yang diceburi..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Buat Duit Tanpa Modal 2018
semakin berpengaruh dalam dunia maya semakin mudah mendapat sanjungan…dan senang menjadi pemimpin
tiada yang pelik, ini semua adalah permainan birokrasi mana-mana..ramai yang usaha untuk lebih berpengaruh hehe..
tahniah Zizan hehe
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Apa itu RFID ? Cara Sistem RFID Berfungsi Dalam Kutipan Tol Di Malaysia
Kalau Followers di Instagram atau Facebook dah ramai, boleh buat servis Review produk atau servis.
Melihat kepada setiap tajuk pembentangan di acara Malaysia Social Media Week 2017 terasa begitu pentingnya ilmu yang disampaikan dan sangat menarik sebagai pendedahan perkembangan teknologi masa kini dan terus rancak bergerak. Tahniah di atas penganjuran ini.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Khasiat Akasia Senegal Lebih Tinggi Daripada Akasia Seyal
social media semakin hari semakin memegang peranan penting dalam kehidupan orang bisa jatuh karena social media dan bisa berhasil juga karena social media
Curahan rasa Bujang @ ..Asam Pedas Butterfish Bukan Butterfinger
Saya nak mencadangkan supaya MSMW 2018 diadakan pada hari minggu… bukan pada hari bekerja, supaya lebih ramai orang berpeluang untuk menghadirinya..
Curahan rasa anuar @ ..Homestay Brunsfield di Shah Alam Selangor
Dengan pemberian Anugerah Kepimpinan Global kepada pemimpin tertinggi negara secara tidak langsung akam dapat menarik minat orang ramai untuk aktif melayari internet..
Curahan rasa anuar @ ..Homestay Brunsfield di Shah Alam Selangor
Tahniah DS Najib Tun Razak dan Zizan Razak kerana berjaya menerima Anugerah semasa MSMW 2017
Curahan rasa anuar @ ..Homestay Brunsfield di Shah Alam Selangor
Bila ramai orang guna e-commerce, penggunaan WhatApps sudah dapat dikurangkan. Urusan jual belu akan jadi lebih mudah.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Bisnes Online Dalam USD
Comments are closed.