Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, mungkin ramai blogger tidak pernah rasa bahawa Malaysia Social Media Week adalah acara sangat besar untuk blogger dan aktivis sosial media Malaysia. Kenapa aku kata begitu kerana setiap tahun tidak ramai blogger yang datang memenuhi dewan seminar dengan berbagai alasan yang tiada manafaat untuk diri sendiri. Sedangan beratus kalau bukan beribu wakil dari berbagai NGO, Syarikat dan aktivis sosial media buka sahaja dari Malaysia malah dari berbagai negara memenuhi dewan MSMW setiap tahun. Semuga untuk Malaysia Social Media Week 2015 lebih ramai blogger Malaysia terutama blogger Melayu ikut serta bukan sahaja untuk belajar ilmu baru tetapi lebih penting membina network keseluruh dunia.
Jom kita lapangkan masa join “World blogger and social media summit” pada 22 – 23/4/2015 dan “MSMW 2015 Workshop” pada 24/4/2015 di Hotel Berjaya Square, Kuala Lumpur. Memang best sebab ramai speaker berbagai latar belakang dari berbagai negara berkongsi ilmu dan pengalaman yang blogger boleh jadikan panduan untuk go next level. Memang tak rugi kepada blogger yang bekerja untuk ambil cuti untuk belajar menjadi blogger profesional tak kiralah samada separuh masa atau sepenuh masa.
MSMW memang terlalu banyak jasa untuk blog Denaihati bukan hanya anugerah-anugerah yang telah diterima tetapi lebih penting menaikkan jenama Denaihati kesuatu peringkat yang tidak pernah terbayang. Menang dan kalah bukan persoalannya contohnya beberapa kali blog Amanz.my tewas dalam katogeri teknologi sehingga ada yang boikot MSMW tetapi tanpa disedari kekalahan tersebut menjadikan blog Amanz lebih terkenal dan sekarang terlalu jauh meninggalkan blog kita semua. Berapa banyak pulak blog yang menang anugerah MSMW tetapi sekarang entah dimana.
MSMW 2015 untuk blog Denaihati seperti juga MSMW 2014 tidak menyertai apa-apa katogeri. Kali ini kami calonkan blog travel Denai.my untuk katogeri MSMW Best Travel Blog 2015. Bukan mudah kerana sekarang sudah terlalu ramai travel blogger yang sangat aktif. Menang kalah bukan keutamaan tetapi yang lebih penting memperkenalkan blog Denai.my untuk projek-projek akan datang. Kepada rakan-rakan yang sudi nak mengundi sila undi blog Denai.my di UNDIAN MSMW 2015 yang dibuka pada 23/3 – 5/4/2015. Majlis penyampaian anugerah blogger dan sosial media 2015 akan diadakan pada 22/4/2015 di Hotel Bejaya Square, Kuala Lumpur.
Jangan lupa juga beri sokongan kepada rakan-rakan blogger yang sudah mencalonkan diri untuk anugerah mengikut 10 katogeri yang ditetapkan. Berikut antara rakan blogger yang join Anugerah MSMW 2015.
Senarai Blog untuk Anugerah MSMW 2015
- Best News Blog : Penmerah.com
- Best Foodie Blog : Hazmanfadzil.com dan Mahamahu.com
- Best Gadget & Technology Blog :
- Best Gossip & Entertainment Blog :
- Best Lifestyle Blog : Mohdzarin.com, Akupenghibur.com, Namiacinta.com, Hafizrahim.com, Yanayassin.com, Kongsibersamanora.blogspot.com, Eveeus.com, Nizamijam.com, Mialiana.com, Dayangdeno.com, Faizalpj.com, Ahmadfaizal.com, Akujejaricomel.blogspot.com, Kupukupukecik.blogspot.com, Fadzirazak.blogspot.com, Ruby.my.
- Best Comics Blog :
- Best Photography Blog : Tarmizishukri.com
- Best Shopping Blog :
- Best Sports Blog : Motorsportroom.my, Guliroket.com, Boladaily.com dan Wangerrard.com.
- Best Travel Blog : Faizalfredley.com, Denai.my, MrJocko.com danTravelog.my
Ramai betul yang join jadi kalau ada yg tertinggal beritahu ya. Alhamdulillah ada juga alumnai Akademi Denaihati yang mencalonkan blog untuk beberapa katogeri. Aku sudah mengundi bagaimana pulak anda?
91 Comments
alamak.. mcm best.. baru setahun jagung jadi blogger.. mcm nk join jek event nih
Curahan rasa Fateh @ ..Apa yang Anda Perlu Tahu sebelum menjual rumah?
Persaingan yang sengit juga tu pada sesetengah ketegori. Memang susah untuk memilih…
Curahan rasa Sani Sini Sana @ ..Seminar MB2000 – Uji Idea Bisnes Anda Dalam Masa 48 Jam.
Smoga menjadi penyemangat bagi blogger pemula seperti saya untuk lebih menigkatkan kualitas dalam menulis di blog..
Curahan rasa Model Baju Muslim Terbaru @ ..Kemeja Pria Warna Hitam HR 075
Sayang sekali timingnya pas saya ke Festival Karimata 2015, padahal pengen sekali mau ikutan. Btw, kapan rencana Kumpul Blogger Sepetang 2015? Insya Ade mase saya mau join. Terima kasih… 🙂
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..Asal Usul Nama Kota Pontianak, Ternyata Bukan Sekedar Kota Hantu
wahh..ramai yang tercalon, good luck semua..pertandingan yg sihat, semoga succes semua…
Best nya dapat pengiktirafan kan dari MSMW,DH semoga menang utk kategori travel ya,InshaAllah,.Amin,.
Curahan rasa ohpilihanku @ ..GST : PENIAGA MENIPU BOLEH DI DENDA RM200,000
Good luck DH dan semua yang tercalon :). Saya pun join untuk award Best Lifestyle blog. Teruja rasanya 🙂
Curahan rasa aryn @ ..PENCALONAN BEST LIFESTYLE BLOG DALAM SOCIALMEDIAWEEK.COM
mantap.. kegiatan yang luar biasa. selamat bagi para pemenang penghargaan. sukses terus
Curahan rasa Hotel di Semarang @ ..Daftar Nama, Alamat Dan Nomor Telepon Hotel Bintang 1 di Semarang
semoga blogger yang menyertai pertandingan ini berjaya dan memberikan ilmu serta pengalaman kpd blogger-blogger baru untuk berjaya juga…..
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Sungai Golok di Kelantan Cetek Paras 0.5 Meter
Ramai sungguh blog yang aktif join nie.
Makin meriah la.
Betul tue kalah menang belakang cerita.
Tetapi dengan contest macam nie. kita mampu perkenalkan blog kita dan angkat jenama blog ke tahap tinggi.
Curahan rasa AZENI AHMAD @ ..Bahaya ke Bila Wanita Tiada âWaktu Suburâ?
Saingan yang hebat. Semoga berjaya buat semua peserta. Semua adalah blogger hebat
Curahan rasa daddydee @ ..Bilakah Ajal Kita?
ramai yang bagus2 mencalonkan diri…terasa serba salah pula nak undi kawan-kawan..sampai gua terpaksa guna sistem dadu…hahaha
Curahan rasa blogger lelaki @ ..40 Faktor Penting SEO Ranking Tinggi Di SERP (Part 4)
bagusnyaaa, best sgt tengok event mcm ni. banyak penerangan yg bagus dlm slot slot yg diberi.
Curahan rasa Tim Nusara Catering @ ..Video Kenangan Indah oleh Eternity Production
cuba nak undi semua2 tu..kawan kawan gak semua tu kan..heheh semoga berjaya
Curahan rasa JMR @ ..Apa yang anda boleh lakukan dengan iPhone? #Tips&Tricks
dah berhasil vote dengan istri semoga banyak lagi yang vote ayo semua ikutan vote
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Awas Budaya April Mop/April Fool Budaya Orang kafir
Comments are closed.