Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, mungkin ramai blogger tidak pernah rasa bahawa Malaysia Social Media Week adalah acara sangat besar untuk blogger dan aktivis sosial media Malaysia. Kenapa aku kata begitu kerana setiap tahun tidak ramai blogger yang datang memenuhi dewan seminar dengan berbagai alasan yang tiada manafaat untuk diri sendiri. Sedangan beratus kalau bukan beribu wakil dari berbagai NGO, Syarikat dan aktivis sosial media buka sahaja dari Malaysia malah dari berbagai negara memenuhi dewan MSMW setiap tahun. Semuga untuk Malaysia Social Media Week 2015 lebih ramai blogger Malaysia terutama blogger Melayu ikut serta bukan sahaja untuk belajar ilmu baru tetapi lebih penting membina network keseluruh dunia.
Jom kita lapangkan masa join “World blogger and social media summit” pada 22 – 23/4/2015 dan “MSMW 2015 Workshop” pada 24/4/2015 di Hotel Berjaya Square, Kuala Lumpur. Memang best sebab ramai speaker berbagai latar belakang dari berbagai negara berkongsi ilmu dan pengalaman yang blogger boleh jadikan panduan untuk go next level. Memang tak rugi kepada blogger yang bekerja untuk ambil cuti untuk belajar menjadi blogger profesional tak kiralah samada separuh masa atau sepenuh masa.
MSMW memang terlalu banyak jasa untuk blog Denaihati bukan hanya anugerah-anugerah yang telah diterima tetapi lebih penting menaikkan jenama Denaihati kesuatu peringkat yang tidak pernah terbayang. Menang dan kalah bukan persoalannya contohnya beberapa kali blog Amanz.my tewas dalam katogeri teknologi sehingga ada yang boikot MSMW tetapi tanpa disedari kekalahan tersebut menjadikan blog Amanz lebih terkenal dan sekarang terlalu jauh meninggalkan blog kita semua. Berapa banyak pulak blog yang menang anugerah MSMW tetapi sekarang entah dimana.
MSMW 2015 untuk blog Denaihati seperti juga MSMW 2014 tidak menyertai apa-apa katogeri. Kali ini kami calonkan blog travel Denai.my untuk katogeri MSMW Best Travel Blog 2015. Bukan mudah kerana sekarang sudah terlalu ramai travel blogger yang sangat aktif. Menang kalah bukan keutamaan tetapi yang lebih penting memperkenalkan blog Denai.my untuk projek-projek akan datang. Kepada rakan-rakan yang sudi nak mengundi sila undi blog Denai.my di UNDIAN MSMW 2015 yang dibuka pada 23/3 – 5/4/2015. Majlis penyampaian anugerah blogger dan sosial media 2015 akan diadakan pada 22/4/2015 di Hotel Bejaya Square, Kuala Lumpur.
Jangan lupa juga beri sokongan kepada rakan-rakan blogger yang sudah mencalonkan diri untuk anugerah mengikut 10 katogeri yang ditetapkan. Berikut antara rakan blogger yang join Anugerah MSMW 2015.
Senarai Blog untuk Anugerah MSMW 2015
- Best News Blog : Penmerah.com
- Best Foodie Blog : Hazmanfadzil.com dan Mahamahu.com
- Best Gadget & Technology Blog :
- Best Gossip & Entertainment Blog :
- Best Lifestyle Blog : Mohdzarin.com, Akupenghibur.com, Namiacinta.com, Hafizrahim.com, Yanayassin.com, Kongsibersamanora.blogspot.com, Eveeus.com, Nizamijam.com, Mialiana.com, Dayangdeno.com, Faizalpj.com, Ahmadfaizal.com, Akujejaricomel.blogspot.com, Kupukupukecik.blogspot.com, Fadzirazak.blogspot.com, Ruby.my.
- Best Comics Blog :
- Best Photography Blog : Tarmizishukri.com
- Best Shopping Blog :
- Best Sports Blog : Motorsportroom.my, Guliroket.com, Boladaily.com dan Wangerrard.com.
- Best Travel Blog : Faizalfredley.com, Denai.my, MrJocko.com danTravelog.my
Ramai betul yang join jadi kalau ada yg tertinggal beritahu ya. Alhamdulillah ada juga alumnai Akademi Denaihati yang mencalonkan blog untuk beberapa katogeri. Aku sudah mengundi bagaimana pulak anda?
91 Comments
masuk untuk tahun kedua.
harap leh lepas kelayakan awal dan masuk ke peringkat suku akhir nanti.
hehe..
Curahan rasa guliroket @ ..15 Permainan Tradisional yang hampir PUPUS di Malaysia
Harap sangat amanz menang kali ni. Blog tu memang layak sebab banyak info dan panduan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Punca Bateri Smartphone Cepat Habis
Semua otai-otai masih berbisa…..goodluck buat blogger-blogger. Semoga berjaya dan terus sukses
Curahan rasa Alin Marlini @ ..Ahmad Farrel
semua hebat2 yang join ni
good luck kepada semua yang bertanding 🙂
Curahan rasa sop @ ..Foto anak-anak makan ais krim
terasa diri terlalu kerdil la pulak utk join MSMW ni
Curahan rasa din @ ..Video Kucing Lucu
Tahniah kepada blogger-blogger yang telah dicalonkan untuk Anugerah MSMW 2015..semua blog2 yang best tu..
Curahan rasa zara @ ..Cara Mengatasi Sembelit Bayi Yang Teruk Dengan Urutan
Kena rajin dan ramah macam blogger Hasrul Hassan je nak bina network tu.. Rajin blogwalking, tegur sapa..dan kualiti artikel sangat berguna boleh sangat dinobat WINNER MSMW 2015… 🙂
Curahan rasa Syahril Hafiz @ ..Malaysia Best Blog 2015
Sungguh sudah teruji MSMW ini adalah salah satu batu loncatan blogger untuk go next level.
Jom sokong rakan-rakan blogger yang join MSMW 2015!
Curahan rasa Dawaihati @ ..Metode Pencarian Google Utamakan Website Mobile Friendly
Semoga denaihati dpt kekalkan title tahun ni. Jap, kalau menang dpt hadiah duit ke?
Curahan rasa nikkhazami @ ..Punca Bateri Smartphone Cepat Habis
Bukan senabg nak dapat anugerah ini, tetapi bukan mustahil. Setiap orang ada pandangan mereka sendiri kenspa ia mahu dicslonkan. Moga jenama blog anda semakin dikenali dan semoga berjaya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..4 Jenis Trafik Website & Blog Perlu Diketahui
Mungkin akan datang lagi tak boleh masuk calon kerana umur pun dah semskin meningkat, tak larat nak selalu update blog.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest SEO Menjadi Lumrah Dalam Dunia Blogger
Belum layak untuk dicalonkan, banyak lagi kekurangan pada blog saya untuk dipertandingkan dalam mana-mana kategori. Spa pun selamat berjaya semua.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest SEO Menjadi Lumrah Dalam Dunia Blogger
tahniah kepada semua pemenang, power betul semua orang. harapnya satu hari nanti saya boleh berjaya begitu juga.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Susu dah kering masa dalam pantang lagi?
Alangkah baiknya jika blogger yang masuk bertanding dan menang diberikan lebih dari sekadar awards yang akhirnya akan berabuk di dalam almari.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..MSMW 2015 Bosan – Hanya Eksploitasi Blogger Malaysia
Ada awards boleh simpan untuk anak cucu.. kalau bentuk tunai, cepat habis.. kalau bentuk aset hartanah maya depa ni bagi lagi saya setuju!
Curahan rasa Syahril Hafiz @ ..Rahsia Bijak Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
dapat wang ringgit mungkin lebih ramai bersemangat 🙂
tp tgk kepada tujuan award la.. dapat iktiraf pun ok gak .. hahaha
Curahan rasa sop @ ..Foto anak-anak makan ais krim
kena ambil cuti awal ni. Lebih baik turut serta walaupun cuma blogger separuh masa je. Apa yang penting, ilmu yang bermanfaat untuk diselami
Comments are closed.