Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, mungkin ramai blogger tidak pernah rasa bahawa Malaysia Social Media Week adalah acara sangat besar untuk blogger dan aktivis sosial media Malaysia. Kenapa aku kata begitu kerana setiap tahun tidak ramai blogger yang datang memenuhi dewan seminar dengan berbagai alasan yang tiada manafaat untuk diri sendiri. Sedangan beratus kalau bukan beribu wakil dari berbagai NGO, Syarikat dan aktivis sosial media buka sahaja dari Malaysia malah dari berbagai negara memenuhi dewan MSMW setiap tahun. Semuga untuk Malaysia Social Media Week 2015 lebih ramai blogger Malaysia terutama blogger Melayu ikut serta bukan sahaja untuk belajar ilmu baru tetapi lebih penting membina network keseluruh dunia.
Jom kita lapangkan masa join “World blogger and social media summit” pada 22 – 23/4/2015 dan “MSMW 2015 Workshop” pada 24/4/2015 di Hotel Berjaya Square, Kuala Lumpur. Memang best sebab ramai speaker berbagai latar belakang dari berbagai negara berkongsi ilmu dan pengalaman yang blogger boleh jadikan panduan untuk go next level. Memang tak rugi kepada blogger yang bekerja untuk ambil cuti untuk belajar menjadi blogger profesional tak kiralah samada separuh masa atau sepenuh masa.
MSMW memang terlalu banyak jasa untuk blog Denaihati bukan hanya anugerah-anugerah yang telah diterima tetapi lebih penting menaikkan jenama Denaihati kesuatu peringkat yang tidak pernah terbayang. Menang dan kalah bukan persoalannya contohnya beberapa kali blog Amanz.my tewas dalam katogeri teknologi sehingga ada yang boikot MSMW tetapi tanpa disedari kekalahan tersebut menjadikan blog Amanz lebih terkenal dan sekarang terlalu jauh meninggalkan blog kita semua. Berapa banyak pulak blog yang menang anugerah MSMW tetapi sekarang entah dimana.
MSMW 2015 untuk blog Denaihati seperti juga MSMW 2014 tidak menyertai apa-apa katogeri. Kali ini kami calonkan blog travel Denai.my untuk katogeri MSMW Best Travel Blog 2015. Bukan mudah kerana sekarang sudah terlalu ramai travel blogger yang sangat aktif. Menang kalah bukan keutamaan tetapi yang lebih penting memperkenalkan blog Denai.my untuk projek-projek akan datang. Kepada rakan-rakan yang sudi nak mengundi sila undi blog Denai.my di UNDIAN MSMW 2015 yang dibuka pada 23/3 – 5/4/2015. Majlis penyampaian anugerah blogger dan sosial media 2015 akan diadakan pada 22/4/2015 di Hotel Bejaya Square, Kuala Lumpur.
Jangan lupa juga beri sokongan kepada rakan-rakan blogger yang sudah mencalonkan diri untuk anugerah mengikut 10 katogeri yang ditetapkan. Berikut antara rakan blogger yang join Anugerah MSMW 2015.
Senarai Blog untuk Anugerah MSMW 2015
- Best News Blog : Penmerah.com
- Best Foodie Blog : Hazmanfadzil.com dan Mahamahu.com
- Best Gadget & Technology Blog :
- Best Gossip & Entertainment Blog :
- Best Lifestyle Blog : Mohdzarin.com, Akupenghibur.com, Namiacinta.com, Hafizrahim.com, Yanayassin.com, Kongsibersamanora.blogspot.com, Eveeus.com, Nizamijam.com, Mialiana.com, Dayangdeno.com, Faizalpj.com, Ahmadfaizal.com, Akujejaricomel.blogspot.com, Kupukupukecik.blogspot.com, Fadzirazak.blogspot.com, Ruby.my.
- Best Comics Blog :
- Best Photography Blog : Tarmizishukri.com
- Best Shopping Blog :
- Best Sports Blog : Motorsportroom.my, Guliroket.com, Boladaily.com dan Wangerrard.com.
- Best Travel Blog : Faizalfredley.com, Denai.my, MrJocko.com danTravelog.my
Ramai betul yang join jadi kalau ada yg tertinggal beritahu ya. Alhamdulillah ada juga alumnai Akademi Denaihati yang mencalonkan blog untuk beberapa katogeri. Aku sudah mengundi bagaimana pulak anda?
91 Comments
Denaihati memang blog power dari zaman aku bloging lg.. hehe.. xjoin xbermakna xhebat.. nak juga saya gi kat sana.. namun apakan daya.. kat oversea.. kena merentasi laut china selatan dulu.. hehe
Curahan rasa Aretikz @ ..Apa Kriteria Untuk Menjadi Best Blog?
Semoga blog Denai.my berjaya meraih anugerah di MSMW 2015. All the best. 🙂
Curahan rasa Bro Ley @ ..Cara-cara kembali positif walaupun anda seorang ‘loser’
semoga berjaya buat semua peserta Malaysia Social Media Week 2015 ini, semoga yang terbaik menang
Curahan rasa kakipromo @ ..Apa Sebab Laptop Selalu Mati Sendiri, Tiba-tiba Off
wah semua yg tercalon nmpak hebat2 belaka..
semoga team Denaihati berjaya utk merangkul Best Travel Blog
Curahan rasa Murni Mohd Yusof @ ..Malaysia Best Blog 2015
All the best Denaihati dan team, semoga terus gah di persada blog tanah air. Semoga terus kukuh dan memberi manfaat kepada semua.
Curahan rasa myliferia @ ..Rahsia Di Sebalik Angka 7 Tahun 2015
salam….
tahniah berkali2 utk team DH…
anda sudah berjaya di persada blogging… teruskan menginspirasikan kami 😉
Curahan rasa Annisa Biz @ ..Sutra MPS Pandan di Majalah 3, 23 Februari 2015
blog sy dicalonkan oleh rakan blogger baik hati bg kategori lifestyle… terlalu banyak saingan… saya tak fikir pun nak menang …
kalau sudi, undilah blog saya ya DH 😉
gudluck utk kategori travel. saya vote nanti ya insyaAllah
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
All the best juga Ummi, mana tahu ada rezeki jugak akhirnya kan kan?
Curahan rasa myliferia @ ..Bagaimana Nak Jayakan Kaedah “Just Do IT” Dengan Betul
All the best juga Umie. Semog aberjaya memenangi anugerah ini.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Tips Kurus Dengan Cepat Selepas Bersalin Supaya Tetap Menawan Di Mata Suami
sukses terus buat wesite denaihati . com dan makin jaya amin
Curahan rasa farid @ ..lirik kau terindah aliando
masih ada kategori yang belum ada pencalonan dan ada juga blog yang tiada persaingan
Curahan rasa mrhanafi.com @ ..Bisnes Mampu Milik Yang Best
Semoga denaihati.my berjaya untuk kategori MSMW Best Travel Blog 2015.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Resepi Nasi Goreng Emak Yang Sedap Sepanjang Zaman
Denai.my yang jadi peserta berangkat ke link langsung undi, memang persaingan travelblog luar biasa ya di Malaysia
Kali nih kenapa blog dH tak masuk pulak? Denai.my ler pulak yang tersenarai? Tak boleh ker kalau regester 2 blog sekalik erk?
Curahan rasa SuperNifz @ ..Kenapa Sedekah, Infaq & Zakat itu Wajib?
MSMW satu platform untuk menyerlah blog di mata2 orang yang ada $$$ .. hehehee..
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Malaysia Best Blog 2015
tahniah kepada yang tercalon yang tersenarai…syabas untuk mereka..usaha anda berbaloi-baloi
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs Microsoft Lumia 430 Dual SIM
perghhh…. sterkalah.nak.semua hebaq2.. semoga ada tuah untk semua..
all d best semua dan denaihati
Curahan rasa nurmisna @ ..Pengumuman terbaru Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
Comments are closed.