Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tahun ini tak dapat jemputan untuk majlis softlaunch Malaysia Social Media Week 2014 (MSMW2014) seperti tahun sebelumnya. Walau tak dapat jemputan Malaysia Social Media Week banyak sangat jasa kepada blog Denaihati. Boleh tengok kat link Past Winners terpampang dua tahun berturut-turut nama Denaihati dalam senarai pemenang anugerah.
Apa lagi nak komplen dua kali menang anugerah “Best blog of the year 2012” dan “Most Creative blog 2013” telah meletakan blog Denaihati kesatu tahap yang sangat berbeza walaupun jauh lagi daripada top blog Malaysia Beautifulnara.com, Paultan.org dan Amanz.my. Penjenamaan yang diperolehi daripada MSMW sangat perkasa dan jangan sesekali dilepaskan kepada Blogger yang ada cita-cita besar dengan blognya.
24 – 28 Februari 2014 sekali lagi Malaysia Social Media Week akan berlansung. Mungkin kita terlalu fokus MSMW dengan anugerah blog sehingga terlupa banyak aktiviti ilmu lain yang berlansung serentak. Selain daripada anugerah untuk berbagai katogeri blog MSMW2014 juga menganjurkan persidangan, bengkel dan twitterthon. Banyak sangat perkongsian ilmu daripada pakar-pakar sosial media dari dalam dan luar negara. Kepada Blogger yang ada cita-cita besar dalam dunia blog tolonglah jangan bagi macam-macam alasan untuk tidak hadirkan diri. Setiap tahun dewan penuh dengan peserta dari berbagai negara tapi boleh dibilang berapa kerat sangat rakan blogger khasnya blogger melayu yang datang menimba ilmu.
Nak berjaya dalam apa sahaja bidang mesti ada pengorbanan wang ringgit, masa dan tenaga kalau tidak jangan harap setakat cakap besar macam orang politik tapi tak kemana. Jom daftar untuk “World Bloggers and Social Media Summit” dan masa inilah nak guna skil PR kita untuk dapat sponsor daripada banyak syarikat yang telah kita bantu selama ini. Buat proposal cantik-cantik minta syarikat tersebut sponsor yuran MSMW2014 sebagai pulangan tuliskan advetorial untuk syarikat tersebut.
Kepada Rakan Blogger jangan lepaskan peluang untuk mendaftar anugerah blog daripada 15 katogeri yang disediakan. Masa ini baru kita pening nak katogerikan blog kita ni sebenarnya masuk dalam katogeri apa melainkan memang dah jelas NICHE blog. Bila masuk pertandingan memanglah nak menang tetapi yang paling penting bila masuk MSMW2014 ini adalah untuk penjenamaan. Dah masuk mestilah kena ada usaha untuk menang jangan setakat daftar dan biar bergitu dan mengharapa penjenamaan akan berlaku secara automatik … tak semudah itu. Seperti kata Cikgu Cendol “sama ada kita mahu bertindak atau tidak sahaja“. Jom daftar di “World Bloggers and Social Media Awards 2014“.
Katogeri Anugerah Blog MSMW2014
- Best Auto Blog
- Best Business Blog
- Best Celebrity Blog
- Best Music& Entertainment Blog
- Best CSR Blog
- Best Educational Blog
- Best Foodie Blog
- Best Gossip Blog
- Best Photography Blog
- Best Gadgets Blog
- Best Shopping Blog
- Best Sports Blog
- Best Travel Blog
- Best Lifestyle Blog
- Best Micro Blog
Kepada yang sudah mendaftar dan akan mendaftar sila maklumkan kepada rakan-rakan jadi bolehlah kami semua memberi undi. Jangan lupa buat entri khas anugerah yang anda masuk di blog anda dan tinggalkan link di commentLuv di ruangan komen di bawah. Kepada yang dah daftar jangan lupa buat 2 – 3 entri tentang MSMW2014 sebab ini antara perkara yang juri akan nilaikan dalam pemilihan pemenang kalau tak percaya baca kat link kriteria pemenang MSMW2014.
Inshaa Allah panjang umur dan semuga ALLAH bagi kesihatan yang baik pada 24 – 28 Februari kita berjumpa di Royale Chulan untuk menimba sebanyak ilmu di Malaysia Social Media Week 2014. Jadikan MSMW2014 sebagai reunion terbesar Blogger sebelum Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 yang akan dianjurkan awal Mac 2014.
154 Comments
tahniah denaihati..berapa harga yuran untuk masuk ke program MSMW ni..ingin kepastian sahaja.
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
tahniah kepada tuan denaihati.com kerana menerima anugrah selama dua tahun berturut-turut. Semoga tuan denaihati.com boleh mengekalkannya lagi untuk tahun akan datang.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Banyak kali tuan DH sebut dalam penulisannya tentang penjenaam blog. Rasa rasa saya perlu praktiskannya. Untuk orang kenal blog saya secara semulajadi. Bukan kerana terpaksa follow atau sebagainya.
betul tu. wawa pun nak praktiskannya juga supaya orang kenal blog wawa secara semula jadi bukan kerana follower/following. Tuan denaihati.com banyak membantu kita.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Bagus juga kalau ada lagi event MSMW ni tahun depan, kalau ada kesempatan boleh pergi. Walaupun blogger baru, kat situ nanti rasanya boleh dapat pelbgai ilmu untuk diketengahkan dalam blog.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 22 : Destinasi Percutian Impian Nik
rasanya blogger baru ni memang patut pergi ke event MSMW ni. Boleh kutip dan belajar macam mana nak jadi blogger terkenal macam tuan denaihati.com ni. Sekali sekala boleh jadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan penulisan yang hebat-hebat.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Tidak dapat dinafikan hasil dari penganugerahan dalam MSMW ini. Benar juga kata dh, untuk berjaya perlu ada duit, ilmu dan usaha serta perlu tebalkan muka utk timba pengalaman. InsyaAllah… bila tiba masanya nanti, akan saya lakukan semua itu jika dapat beri komitmen yg lebih kpd blog.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Idea Gila Yang Memang Giler!
Menarik jugak sebenarnya event sebegini Tuan DH. Kita akan dapat memperolehi banyak manfaatnya, antaranya ialah penjenamaan blog. 🙂
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Kristal Maya.
rugi rasanya bila tdak berpeluang untuk join event MSMW ini. mmang banyak manfaat yang kita perolehinya.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
sayangnya tahun nieh tak sempat nak turut serta dalam seminar MSMW seperti tahun sebelum nya.. rasanya tahun nieh perkongsian lagi menarik
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – Siapa, Bagaimana Saya 10 Tahun Akan Datang
semua blogger-blogger hebat nie…pasti ada ganjaran buat mereka yang bijak dan rajin mencari peluang…bila ada anugerah begini..ia adalah satu cara blogger maju kedepan dengan jenama mereka…tahniah kepada semua blogger hebat ini
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Musuh Kita Yang Paling Kejam
kalau dah rezeki tak kemana kan banyak manfaatnya aktifkan diri…janji mesti ada minat dalam membuat sesuatu perkara..hidup pun hapy ja..
Curahan rasa adna2029 @ ..Siti & Sally The Sisters Closet Dress Giveaway!
Sungguh banyak manfaat yang diperoleh melalui aktiviti sebegini.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Selain dapat menjenamakan blog, juga dapat berkongsi info blog yang tak pernah ditemui di mana-mana.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Sangat berharap dapat sertai MSMW untuk 2015 pula.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati
Berharap akan ada inovasi seperti ini di negara kita Indonesia tercinta!
Curahan rasa Cara Mengatasi Sakit Maag Yang Sudah Parah @ ..Cara Mengatasi Sakit Maag Yang Sudah Parah
Mantap sepertinya, boleh juga!
Curahan rasa Obat Asam Lambung @ ..Obat Untuk Menurunkan Asam Lambung Tinggi
Kapan bisa diadakan di Indonesia?
Comments are closed.