Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tahun ini tak dapat jemputan untuk majlis softlaunch Malaysia Social Media Week 2014 (MSMW2014) seperti tahun sebelumnya. Walau tak dapat jemputan Malaysia Social Media Week banyak sangat jasa kepada blog Denaihati. Boleh tengok kat link Past Winners terpampang dua tahun berturut-turut nama Denaihati dalam senarai pemenang anugerah.
Apa lagi nak komplen dua kali menang anugerah “Best blog of the year 2012” dan “Most Creative blog 2013” telah meletakan blog Denaihati kesatu tahap yang sangat berbeza walaupun jauh lagi daripada top blog Malaysia Beautifulnara.com, Paultan.org dan Amanz.my. Penjenamaan yang diperolehi daripada MSMW sangat perkasa dan jangan sesekali dilepaskan kepada Blogger yang ada cita-cita besar dengan blognya.
24 – 28 Februari 2014 sekali lagi Malaysia Social Media Week akan berlansung. Mungkin kita terlalu fokus MSMW dengan anugerah blog sehingga terlupa banyak aktiviti ilmu lain yang berlansung serentak. Selain daripada anugerah untuk berbagai katogeri blog MSMW2014 juga menganjurkan persidangan, bengkel dan twitterthon. Banyak sangat perkongsian ilmu daripada pakar-pakar sosial media dari dalam dan luar negara. Kepada Blogger yang ada cita-cita besar dalam dunia blog tolonglah jangan bagi macam-macam alasan untuk tidak hadirkan diri. Setiap tahun dewan penuh dengan peserta dari berbagai negara tapi boleh dibilang berapa kerat sangat rakan blogger khasnya blogger melayu yang datang menimba ilmu.
Nak berjaya dalam apa sahaja bidang mesti ada pengorbanan wang ringgit, masa dan tenaga kalau tidak jangan harap setakat cakap besar macam orang politik tapi tak kemana. Jom daftar untuk “World Bloggers and Social Media Summit” dan masa inilah nak guna skil PR kita untuk dapat sponsor daripada banyak syarikat yang telah kita bantu selama ini. Buat proposal cantik-cantik minta syarikat tersebut sponsor yuran MSMW2014 sebagai pulangan tuliskan advetorial untuk syarikat tersebut.
Kepada Rakan Blogger jangan lepaskan peluang untuk mendaftar anugerah blog daripada 15 katogeri yang disediakan. Masa ini baru kita pening nak katogerikan blog kita ni sebenarnya masuk dalam katogeri apa melainkan memang dah jelas NICHE blog. Bila masuk pertandingan memanglah nak menang tetapi yang paling penting bila masuk MSMW2014 ini adalah untuk penjenamaan. Dah masuk mestilah kena ada usaha untuk menang jangan setakat daftar dan biar bergitu dan mengharapa penjenamaan akan berlaku secara automatik … tak semudah itu. Seperti kata Cikgu Cendol “sama ada kita mahu bertindak atau tidak sahaja“. Jom daftar di “World Bloggers and Social Media Awards 2014“.
Katogeri Anugerah Blog MSMW2014
- Best Auto Blog
- Best Business Blog
- Best Celebrity Blog
- Best Music& Entertainment Blog
- Best CSR Blog
- Best Educational Blog
- Best Foodie Blog
- Best Gossip Blog
- Best Photography Blog
- Best Gadgets Blog
- Best Shopping Blog
- Best Sports Blog
- Best Travel Blog
- Best Lifestyle Blog
- Best Micro Blog
Kepada yang sudah mendaftar dan akan mendaftar sila maklumkan kepada rakan-rakan jadi bolehlah kami semua memberi undi. Jangan lupa buat entri khas anugerah yang anda masuk di blog anda dan tinggalkan link di commentLuv di ruangan komen di bawah. Kepada yang dah daftar jangan lupa buat 2 – 3 entri tentang MSMW2014 sebab ini antara perkara yang juri akan nilaikan dalam pemilihan pemenang kalau tak percaya baca kat link kriteria pemenang MSMW2014.
Inshaa Allah panjang umur dan semuga ALLAH bagi kesihatan yang baik pada 24 – 28 Februari kita berjumpa di Royale Chulan untuk menimba sebanyak ilmu di Malaysia Social Media Week 2014. Jadikan MSMW2014 sebagai reunion terbesar Blogger sebelum Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 yang akan dianjurkan awal Mac 2014.
154 Comments
kejahatan dalam intrnet itu banyak bangt
Curahan rasa Obat Liver Tradisional @ ..Pengobatan Liver Tradisional
Hanya yang masuk constest ini saja ke yg layak ke majlis timba ilmu tersebut?
Curahan rasa halif @ ..OMG !! Aku Dapat Rumah PR1MA?
gud luck pada yang turut serta! 🙂
Curahan rasa T-Shirt Mudah @ ..CARI DUIT LEBIH DI RUMAH
Akan coba vote di Kategory social blog kan daftar sekarang
Curahan rasa munir ardi @ ..Rebuilding your Immune System with Natural Treatments
tengah mencuba untuk kategori Best Travel Blog. harap2 ada rezeki untuk MSMW2014 ni 🙂 good luck juga kepada blogger2 lain
Curahan rasa iluvtour @ ..Malaysia Social Media Week 2014 dan Undilah iLuvTour
try utk Micro blog 🙂
Curahan rasa Manan Qayyim @ ..Bekam, Penawar 1001 Penyakit.
Dah 2 kali terlepas event ni, tahun ni InsyAllah takda halangan.
Curahan rasa tarmizishukri @ ..Undi Saya Untuk Best Photography Blog di MSMW 2014
Syukur alhamdullilah.. teruja jugak saya bila terselit di PAST WINNER tu.. walaupun utk worst blog of the year saya tetap bangga hehehehehe
Terimaksih telah berbagi infonya, info yang sangat bagus . sukses selalu untuk info and websitenya and be the best to the next info..
Curahan rasa Obat Jantung Tradisional @ ..Obat Jantung Koroner
Nak tersenarai pun agak susah. Perlukan lebih banyak lagi usaha ni. Tahniah pada DH. 🙂
Curahan rasa TrendViral @ ..[Gambar] 10 Tempat Awesome Wajib Dilawati Di Seluruh Dunia – Siri 2
tak pernah pulak ke MSMW ni. hehe~~
Curahan rasa eyra @ ..Trip: Bali, Indonesia (Day 2)
dah daftar tapi belom buat lagi. ishhh
Curahan rasa Khairil Mazri @ ..Sedikit Penghargaan, Sejuta Kebanggaan.
numpang itirahat ya gan hehe;;;
Curahan rasa AGEN TERPERCAYA @ ..ITUPOKER.NET AGEN JUDI POKER,AGEN JUDI DOMINO ONLINE INDONESIA TERPERCAYA
Comments are closed.