Assalamualaikum dan salam sejahtera, aku telah diundang untuk berbincang dalam sidang meja bulat bersama MDeC selepas majlis MSMW 2016. Fokus utama adalah Digital DNA atau pun istilah biasa disebut sebagai membudayakan Digital kepada masyarakat Malaysia. Untuk mencapai misi tersebut kerajaan telah mengubah nama Multi Media Development Corporation (MDeC) kepada nama baru Malaysia Digital Economic Corporation (MDeC).
Aku juga dijemput ke majlis anjuran Google Malaysia yang bertemakan Google Go Digital. Misi utama adalah untuk membantu komuniti bisnis Malaysia untuk mengubah cara berbisnis daripada secara konvensional kepada cara Digital. Google Malaysia akan buat roadshow untuk mempromosi program Go Digital di Utara, Selatan, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak. Sayangnya majlis yang aku hadiri di Kuala Lumpur hanya dihadir beberapa orang usahawan Melayu daripada ribuan usahawan yang datang. Projek besar ini mendapat sokongan MiTi jadi sayang sangat kalau usahawan Melayu menyampingkan budaya bisnis digital ini. Aku juga pernah dijemput untuk satu majlis yang di pejabat Google Malaysia yang juga membentangkan perancangan pemasaran Digital Malaysia.
Antara fakta-fakta penting tahun 2016 yang aku boleh kongsikan adalah :
- Lebih kurang 25 juta rakyat online
- 15 juta rakyat Malaysia menggunakan smartphone
- 92% rakyat Malaysia mencari informasi di Google
- 18 juta rakyat Malaysia mempunyai akaun Facebook
- 1 daripada 3 orang yang menggunakan Google search akan membuat belian secara online
- Hanya 1 syarikat daripada 4 yang ada website
- Hanya 1 daripada 10 syarikat menggunakan pemasaran sosial media
Ramai kekawan berniaga nak berjaya tetapi tidak ramai yang sanggup keluar duit untuk melabur belajar ILMU bisnis yang pelbagai. Mungkin ini salah satu sebab kejayaan bisnis kita tidak boleh dikekalkan. Sebagaimana teknologi yang berubah pantas begitu juga budaya bisnis sebenarnya bergerak sangat pantas sehingga ramai yg tertinggal dan ada yang tak ambil kisah. Hujungnya merungut tewas dalam bisnis dan ramai yg lansung serek nak berbisnis.
Lihat saja perubahan dalam dunia pemasaran digital ada pelanggan yang suka melihat gambar cantik di FB, ada pelanggan yg fokus mencari informasi di Google, ada pelanggan yang menggunakan hashtag di twitter, ada pelanggan malas membaca lebih suka tonton video di Youtube, tu belum lagi yg suka pinterest, path, linkedin, tumblr, foursquare dan dari survey paling banyak sale terhasil dari review blog.
Adakah kita sebagai usahawan kisah semua ni atau fokus hanya pada satu kaedah pemasaran sahaja??
Usahawan yg kisah semua kaedah tulah yang kita panggil usahawan Digital yg akan kekal lama dalam industri. Tu belum lagi cerita kisah trend produk dan service yg sentiasa berubah.
Kami team Denaihati Network pun sedang belajar dan nak mengajar utk jadi usahawan Digital. Kepada rakan blogger, usahawan online dan usahawan konvesional yang berminat untuk belajar kaedah pemasaran Digital murah kami menyediakan pakej khas berharga RM4900 dibimbing oleh guru-guru yang pakar dalam bidang mereka antaranya Sifu Eizil (Blog & SEO), Aqif Azizan ( Copy Writing & eBook), Denaihati (Branding dan Video Youtube) dan Firdaus Azizi ( FB dan Instagram ads). Kepada yang berminat sila hubungi kami kerana kelas pertama hanya terbuka untuk 20 pelajar sahaja.
120 Comments
Online marketing adalah medium pemasaran yang paling serasi dan mudah untuk saya. Tapi jangan banyak sangat channel sampai tak boleh fokus. Kalau dengan 2-3 channel pun dah ok dan banyak buat sales fokus lebih di situ. Jangan terlalu tamak .
Curahan rasa rahimah majid @ ..Jom Lihat 9 Tempat Menarik Di Beijing
Banyak potensi yang dapat dijana dalam dunia online. Belajar yang mana ok tumpukan kat situ aje pun dah ok kan.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Cara Cari Duit Poket Mudah
sekarang ni siapa je yang tak guna internet. wara tua pun dah pandai guna tablet.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Seindah Takdir Cinta Tv3
Betul tu. Ramai yang guna internet sekarang. Memang akan jadi go digital tak lama lagi dibuatnya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Cara Cari Duit Poket Mudah
Memang tak dinafikan, saluran pemasaran perlu dipelbagaikan. Bila dah pelbagai tu, jangan biar macam tu je, kena amik tahu yang mana paling berkesan supaya boleh fokus.
Saya sendiri apabila mengusahakan pusat rawatan Islam saya, menggunakan blog sebagai medium menarik pembaca (bakal pesakit) melalui enjin carian.
Kemudian untuk saluran pemasaran lain saya pelbagaikan contohnya seperti facebook, google+ dan sebagainya. Macam admin cakap, bakal pelanggan kita ni bermcam-macam. Ada yang minat menonton video di Youtube.
Ada beberapa pesakit saya yang terkena sihir mengetahui khidmat rawatan sihir yang saya sediakan bila menonton video youtube saya di mana dalam video itu saya tunjukkan bacaan ayat pembatal sihir untuk diamalkan.
Curahan rasa Perawat Islam @ ..9 Jenis Sihir & Bagaimana Mengenalinya?
Ramai juga yang jadikan youtube sbagai sumber rujukan untuk belajar. Ada bayak cara nak kembangkan bisnes agar jadi lebih baik dan stabil kan.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Cara Cari Duit Poket Mudah
betul2…skang ni semua dihujung jari jer.. tinggal pilih apa nak siap sedia smuanya..dari makan berbisness, belajar jahit, baking etc.
Curahan rasa mizzura @ ..My First Uber Experience
Yurp….
Saya baru sahaja baca statistik Cyber Sales dua tahu sebelum ini yang dikeluarkan oleh Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM)
myCyberSale 2014 (29 Sep – 1 Oct 2014)
>> RM67 juta
myCyberSale 2015 (29 Sep – 1 Oct 2015)
>> RM117 juta
Curahan rasa Anuar @ ..Bagaimana bekas Pemandu UBER ini berjaya menjana pendapatan lumayan melalui KERETA milik orang lain.
Dalam tempoh 3 hari sahaja, kempen ini berjaya menghasilkan jualan melebihi RM100 juta.
Curahan rasa Anuar @ ..Bagaimana bekas Pemandu UBER ini berjaya menjana pendapatan lumayan melalui KERETA milik orang lain.
Sebagai seorang penulis blog atau usahawan online, sebaiknya kita manfaatkan peluang tersebut untuk menjana pendapatan secara online…
Curahan rasa Anuar @ ..Bagaimana bekas Pemandu UBER ini berjaya menjana pendapatan lumayan melalui KERETA milik orang lain.
yup.. yg dapat peluang pergi kelas dengan DH baik pegi je.. boleh tambah ilmu bisnes
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Seindah Takdir Cinta Tv3
sebab tu org2 bisnes kena ambil peluang utk belajar selok belok IM. supaya boleh bersaing dengan yg lain
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Seindah Takdir Cinta Tv3
Macam-macam ada sekarang ni. Antara nak atau pun tak nak aje. Bagi yang rajin belajar dan berusaha. Insyallah boleh dapat perkara ni.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Cara Cari Duit Poket Mudah
sekarang ni smua dihujung jari jer, senang dan memudahkan kerja.
Curahan rasa mizzura @ ..My First Uber Experience
betul tu, kebanyakan benda kalau boleh online saya pun online je. senang cepat dan tak bazir resource
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Produk Percuma Shaklee Sempena National Conference 2016
Dunia digital ni cepat berkembang. Siapa yang pandai manfaatkan benda ni akan mudah untuk ke depan dalam dunia bisnes sekarang. Pasaranya luas.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat Cek Ketiga Dari Nuffnang
siapa yang mampu menguasai dan aplikasi ilmu data digital dalam bisnes boleh berjaya dengan tersangat cepat..lebih-lebih lagi kepada blogger yang dekat dengan blog dan media sosial
Curahan rasa mrhanafi @ ..Daftar Wafy Mobile Dapat Kredit Percuma RM100
Betul tu. Bagi usahawa yang berani buat benda ni insyallah mdah untuk maju ke depan. Sebab sekarang ni makin ramai yang guna internet.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Cara Buat Duit Duduk Di Kampung
Nice posting! Really good articles for sharing. Please always sharing information same like this articles everyday because i wanna to always follow your update posting!
Blog denai hati sentiasa bagi entri yang terbaik untuk pembaca setia. Tak rugi ikut blog denai hati. Banyak boleh belajar.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat Cek Ketiga Dari Nuffnang
Dunia teknologi digital semakin berkembang. Usahawa yang rajin berusaha dan berjaya manfaatkan teknologi ni MUDAH nak maju di depan.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Gagal Dengan Jobdirumah
Yurp… Dulu masa internet baru diperkenalkan di Malaysia, ramai rakyat Malaysia terpingga-pingga. Kagum dengan kelebihan teknologi “dunia dihujung jari”
Curahan rasa Anuar @ ..Bagaimana bekas Pemandu UBER ini berjaya menjana pendapatan lumayan melalui KERETA milik orang lain.
Apabila berita kejayaan Irfan Khairi menjadi jutawan Internet dalam usia yang begitu muda mendapat liputan media cetak dan elektronik.. Ramai rakyat Malaysia mula membuka mata tentang kelebihan pemasaran internet…
Curahan rasa Anuar @ ..Bagaimana bekas Pemandu UBER ini berjaya menjana pendapatan lumayan melalui KERETA milik orang lain.
Semenjak itu laman-laman web baru dan blog-blog baru wujud bagai Cendawan Tumbuh selepas Hujan….
Curahan rasa Anuar @ ..Bagaimana bekas Pemandu UBER ini berjaya menjana pendapatan lumayan melalui KERETA milik orang lain.
Selepas era tersebut, datang pula era baru yang lebih hebat… Iaitu era Aplikasi Telefon Pintar… Sehingga sekarang aplikasi telefon pintar (Whats App) masih menjadi medium terpantas untuk menyebarkan info…
Curahan rasa Anuar @ ..Bagaimana bekas Pemandu UBER ini berjaya menjana pendapatan lumayan melalui KERETA milik orang lain.
Selepas ini, tak tahulah era apa pula yang akan wujud untuk menyaingi era aplikasi telefon pintar… Sama-samalah kita tunggu dan nantikan …
Curahan rasa Anuar @ ..Bagaimana bekas Pemandu UBER ini berjaya menjana pendapatan lumayan melalui KERETA milik orang lain.
zaman sekarang perlu juga go digital, memang perlukan perubahan dan anjakan paradikma
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Pengalaman Saringan Kesihatan di Pathlab
Yurp.. sebagai contoh macam blog promosi produk2 Shaklee milik puan Raihanah..
Info yang diberikan cukup padat dan bermanfaat..
Curahan rasa anuar @ ..Bagaimana bekas Pemandu UBER ini berjaya menjana pendapatan lumayan melalui KERETA milik orang lain.
Bila buat digital macam ni. Pelanggan nak cari info senang. Di hujung jara sahaja. Bagus berniaga secara online sekarang ni.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Gagal Dengan Jobdirumah
yup..zaman sekarang, ramai yang mula beralih kepada dunia digital. banyak yang menggunakan blog sebagai medium pengiklanan juga sebagai pemasaran produk. kalau kena dengan caranya, dengan menggunakan blog, kita boleh menjana income yang lebih hebat dan besar. bagus program yang disertai tuan ini. insyaAllah, ada rezeki lebih, nak joinlah kelas tu..:)
Selain pemasaran secara online seperti blog, facebook dan Youtube… Ramai usahawan sudah beralih kepada aplikasi Smartphone…
Curahan rasa Anuar @ ..Bagaimana bekas Pemandu UBER ini berjaya menjana pendapatan lumayan melalui KERETA milik orang lain.
Melalui Aplikasi Samartphone, penyampaian info lebih cepat dan pantas… Sebagai contoh aplikasi Whatsapp… Sekejap sahaja sesuatu berita dapat diviralkan kepada rakan-rakan dan kenalan…..
Curahan rasa Anuar @ ..Bagaimana bekas Pemandu UBER ini berjaya menjana pendapatan lumayan melalui KERETA milik orang lain.
ramai usahawan masih lagi sebenarnya bergantung sangat pada method tradisional yg dirasakan lebih impaknya. Sedangkan mereka sebenarnya tiada ilmu dan malas nak cari ilmu (online) ni sebabnya banyak istilah-istilah asing bagi mereka yang mereka kena belajar..istilah belajar bagi mereka dah tiada dalam kamus, sebabnya ramai dah berjaya hasil dengan kaedah tradisional sedangkan depa tak sedar, dunia sudah bergerak pantas secara digital
Curahan rasa reezluv @ ..Tutorial Bagaimana Membeli Di Aliexpress.com
Yurp… Saya setuju dengan pandangan bro Reezluv… nak maju kehadapan dalam bisnes sekarang ni, kita kena rajin Explore….
Curahan rasa Anuar @ ..Bagaimana bekas Pemandu UBER ini berjaya menjana pendapatan lumayan melalui KERETA milik orang lain.
Kita kena berusaha buat lebih baik berbanding pesaing-pesaing kita… Apa strategi pemasaran yang pesaing kita ada, kita juga kena ada… malah kena lebih hebat daripada itu…
Curahan rasa Anuar @ ..Bagaimana bekas Pemandu UBER ini berjaya menjana pendapatan lumayan melalui KERETA milik orang lain.
Walaubagaimanapun, kenalah bersaing secara sihat… Supaya rezeki kita berkat dan halal…
Curahan rasa Anuar @ ..Bagaimana bekas Pemandu UBER ini berjaya menjana pendapatan lumayan melalui KERETA milik orang lain.
zaman sekarang kena belajar ilmu online marketing selain secara offline. pasaran dunia online sangat luas..
Curahan rasa Oja Samid @ ..Kenapa Telur Makanan Super Untuk Kesihatan | Khasiat Telur
Nampaknya lepas ni kena go digital juga. belajar dan buat kerja online memang best jika dapat hasil yang memuaskan.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Sambilan Dari Rumah Tanpa Modal
memang terbaek. dunia digital menjanjikan peluang yang lebih luas untuk kita berjaya..
walaupun saya bukan usahawan sangat tapi ada juga ambil peluang ni
Betul tu. Dengan adanya usaha yang berterusan. Belajar dari mereka yang pandai. insyallah boleh berjaya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Sambilan Dari Rumah Tanpa Modal
Comments are closed.